Setiap kali aku ke pejabat Pos, aku mesti melihat kerani pos yang jarang senyum itu. Bayangkan dari pagi sampai petang dia duduk di kerusi itu melayan orang dengan pelbagai ragam. Kalau diberi pilihan, lebih baik aku jual jagung rebus di pasar malam daripada kerja di situ.
Yang ingin aku perkatakan di sini bukan tentang kerja dia tetapi aku tertanya-tanya adakah dia termasuk golongan yang berisiko mati awal kerena faktor-faktor kesihatan?
Dalam jurnal Archives of Internal edisi 26, pengkaji dari Australia, mengkhabarkan kepada kita berita serius kepada golongan yang kurang aktif. Kajian lebih kepada 222 000 orang yang berumur 45 tahun ke atas. Hasil kajian merumuskan, risiko kematian lebih tinggi kepada para pekerja pejabat yang duduk selama 11 jam sehari. Risiko ini 15% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang duduk kurang dari 4 jam sehari.
Mati awal kerana apa? Macam-macamlah implikasi daripada kurang aktif tadi, antaranya mungkin penumpukan plak dalam salur darah di samping racun-racun dalam badan telah berlapis-lapis macam kuih lapis!
Justeru itu, kepada kawan-kawan yang kerja di ofis, yang duduk melebihi 11 jam sila ambil perhatian, balik rumah je sila buat senaman agar terhindar daripada mati lebih awal. Baru sebentar tadi, aku nampak ramai dah orang Parit Sulong yang membeli basikal lumba macam-macam jenama. Cuma keselamatan semasa aktiviti itu kenalah dipastikan selamat.
Saban pagi ketika aku pergi kerja, aku akan terlihat seorang jiranku Nyonya Lee Peng berjoging. Walaupun usianya sudah 65 tahun, namun dia kelihatan sihat dan ceria. Lalu aku tertanya-tanya, manalah makcik-makcik kita ni, mereka tak pernah keluar peluh? Ramai dah yang terbaring di katil hospital kerana pelbagai penyakit walaupun mereka tidak pernah merokok dalam hidup mereka.
Jumaat, 30 Mac 2012
Isnin, 26 Mac 2012
BONUS DAN DIVIDEN BANK RAKYAT 20%
Disertakan bukti kukuh Laporan Utusan Online tu, penantian anda pelabur-pelabur BANK RAKYAT untuk kewangan 2011, durian runtuh menghempap kepala anda semua. Lumayan...lumayan...! Tahniah kepada semua yang sempat melabur pada masa-masa lampau.
Bila bonus masuk akaun? Sekarang dah masuk akaun dah, cucuk jangan tak cucuk. Jangan lupa belanja anak isteri.
Bila bonus masuk akaun? Sekarang dah masuk akaun dah, cucuk jangan tak cucuk. Jangan lupa belanja anak isteri.
Sabtu, 24 Mac 2012
KESIBUKAN MELANDA AKU
Blog aku ni seolah-olah semakin terbiar minggu ini. Aku semakin sibuk dengan beberapa majlis di sekolah aku bekerja ni. Satu lagi sebab, virus menyerang laptop aku yang satu lagi tu....
Minggu ni, guru-guru sekolah aku mengadakan majlis perpisahan dengan Ustaz Mohamad Romodhin dan Cikgu Nor Fatikhin Salim. Ustaz berpindah ke SK Pedas, di Rembau dan Nor Fatikhin berpindah ke SK Sri Broleh.
Aku ditugaskan sebagai juruacara dalam majlis itu. Dalam pengacaraan penutup tu aku berpantun
Mereka ketawa terbahak-bahak....Salah seorang cikgu veteran mengusik, ingatkan bertemu di Syurga!
Ada satu lagi rekod yang sepatutnya aku masukkan, iaitu kejayaan sekolah aku mengajar ni. SK Seri Pasir telah berjaya menjadi Johan Bola Sepak bawah 12 tahun Bagi Zon Parit
Sulong. SKSP telah mengalahkan juara bertahan tiga tahun berturut-turut, SK Pt Sulong dengan jaringan 5-0. Cikgu-cikgu sekolah aku ni memangle hebat.
Oleh sebab aku kena mengajar pada hari pertandingan tersebut, maka tak adalah gambar-gambar yang dapat diuploadkan sini seperti kejohanan yang lepas.
Minggu ini pula kerja-kerja memasukkan data online, apps, sgm, dan kejap ladi saps menjadikan aku semakin jauh daripada blog aku ni, maaflah kalau aku tak dapat balas komen kawan-kawan. Ada masa nanti aku jenguklah. Ditambah pula pelawat/nazir akan bertandang ke sekolah aku, maka tiadalah masa untuk bersantai-santai lagi.
Minggu ni, guru-guru sekolah aku mengadakan majlis perpisahan dengan Ustaz Mohamad Romodhin dan Cikgu Nor Fatikhin Salim. Ustaz berpindah ke SK Pedas, di Rembau dan Nor Fatikhin berpindah ke SK Sri Broleh.
Chef Ramlah. Makanan ditaja oleh En Zaidi
Pergi ke taman memetik melati
Suara beduk kuat sekali
Andai tak jumpa di alam realiti
Jumpa di Facebook gembira di hati
USTAZ ROMODHIN (BERBAJU OREN) DAN CIK NUR FATIKHIN
Salam Terakhir......
Ada satu lagi rekod yang sepatutnya aku masukkan, iaitu kejayaan sekolah aku mengajar ni. SK Seri Pasir telah berjaya menjadi Johan Bola Sepak bawah 12 tahun Bagi Zon Parit
Sulong. SKSP telah mengalahkan juara bertahan tiga tahun berturut-turut, SK Pt Sulong dengan jaringan 5-0. Cikgu-cikgu sekolah aku ni memangle hebat.
Oleh sebab aku kena mengajar pada hari pertandingan tersebut, maka tak adalah gambar-gambar yang dapat diuploadkan sini seperti kejohanan yang lepas.
Minggu ini pula kerja-kerja memasukkan data online, apps, sgm, dan kejap ladi saps menjadikan aku semakin jauh daripada blog aku ni, maaflah kalau aku tak dapat balas komen kawan-kawan. Ada masa nanti aku jenguklah. Ditambah pula pelawat/nazir akan bertandang ke sekolah aku, maka tiadalah masa untuk bersantai-santai lagi.
PENAPIS AIR IMTIYAAZ - BATU PAHAT
PENAPIS AIR TERMURAH DI MALAYSIA
Murah...! Murah...! Usah habiskan duit anda beli penapis air yang mahal-mahal, sampai hutang bank, hutang koperasi.....Ni baru RM 598...!
Untuk orang Batu Pahat, jika nak beli penapis air yang mampu milik, dengan harga amat berpatutan boleh hubungi saya di talian 010- 3443 880.

Selasa, 20 Mac 2012
CARILAH SITI NUR FATIHAH
Gambar Kredit : Fan Geng Blogger
Baru saja kita dikejutkan dengan kisah adik Dirang, berlaku lagi kes culik adik Siti Nur Fatihah 15 tahun di Kuantan ini. Ya Allah, mengapakah begitu banyak kes culik sekarang ini? Dan ada beberapa kes culik yang tidak dilaporkan secara besar-besaran seperti ini, kerana kita selalu terjumpa poster-poster akan kehilangan budak di dinding-dinding premis perniagaan?
Oleh itu, setiap ibu bapa mesti mengawasi anak mereka seketat-ketat yang boleh. Berada di dalam rumah adalah lebih selamat. Jika tidak ada apa-apa yang penting, tak perlulah keluar.
Ingat, perangkap tidak pernah melupakan pelanduk. Hari ini juga seorang lagi mangsa culik diselamatkan oleh polis Thailand. Sampai begitu jauh mereka ini dilarikan. Gadis berumur 14 tahun itu berkata, dia diculik bersama beberapa warga Myanmar. Untuk apa mereka dilarikan ke Thailand? Anda fikirlah...
UPDATE 21 MAC
Alhamdulillah budak pembohong ni selamat, sila rujuk di sini:
DI SINI
Baru saja kita dikejutkan dengan kisah adik Dirang, berlaku lagi kes culik adik Siti Nur Fatihah 15 tahun di Kuantan ini. Ya Allah, mengapakah begitu banyak kes culik sekarang ini? Dan ada beberapa kes culik yang tidak dilaporkan secara besar-besaran seperti ini, kerana kita selalu terjumpa poster-poster akan kehilangan budak di dinding-dinding premis perniagaan?
Ingat, perangkap tidak pernah melupakan pelanduk. Hari ini juga seorang lagi mangsa culik diselamatkan oleh polis Thailand. Sampai begitu jauh mereka ini dilarikan. Gadis berumur 14 tahun itu berkata, dia diculik bersama beberapa warga Myanmar. Untuk apa mereka dilarikan ke Thailand? Anda fikirlah...
UPDATE 21 MAC
Alhamdulillah budak pembohong ni selamat, sila rujuk di sini:
DI SINI
Ahad, 18 Mac 2012
ANGKARA PENJUAL KARPET
Membaca berita penjual karpet menyelak kain hari ini sangat menyedihkan kita.
Mereka memancing kita dengan bayaran bulanan semurah RM 10. Sebenarnya apabila dikumpulkan harga karpet itu akan menjadi mahal berganda-ganda. Soalnya bukan saja harga, malah dibimbangi insiden penjual karpet mencabul pelanggan terus berlaku lagi.
Aku pernah melihat, penjual karpet ini tanpa dipelawa masuk, dia tiba-tiba saja sudah ada di ruang tamu rumah orang yang berhutang. Baru ada hutang seratus dua, mereka dah berlagak macam Along.
Maka tindakan yang mesti kita ambil, biarkan saja mereka mengetuk pintu atau memicit loceng rumah kita berkali-kali, usah sesekali dibelenggu hutang karpet. Lagi pun karpet kurang baik untuk kesihatan.

PENGEDAR JUS TOK GURU PARIT SULONG BATU PAHAT
Produk Jus Tok Guru telah masuk senarai produk yang saya jual khas bagi kawasan Parit Sulong dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Tak mahal, cuma RM 20.00 dan pilihlah antara tiga perisa tersebut.
RM15
RM 15
RM 15
RM 15
Jumaat, 16 Mac 2012
KUDENGAR JERITAN HANTU ITU
Tapak lama rumah Kak Long yang diambil semalam
Beginilah gambaran rumah Kak Long pada tahun 1972 (ok tak lukisan aku? hahahaha)
Kira-kira empat puluh tahun dahulu, Kak Long telah tinggal di sebuah rumah atas bukit yang dikelilingi hutan rimba. Lokasinya ialah Pt No 7, Parit Jayus Seri Medan. Ia kira-kira 10 km dari pekan Seri Medan.
Untuk sampai ke rumahnya aku perlu menaiki basikal yang ditunggang oleh arwah ayahku. Selepas itu, kami perlu berjalan kira-kira 2 km dengan meniti pokok-pokok balak seperti yang dilalui oleh kanak-kanak sekolah di Sarawak sekarang ini. Kami meniti dari satu pokok balak, ke satu pokok balak yang lain. Akhirnya sampailah ke rumah Kak Long.
Kenapa abang ipar aku memilih untuk tinggal di tempat yang dipenuhi binatang buas itu? Pada masa itu aku tidak mengerti. Namun aku rasa beliau seorang lelaki yang sangat berani. Mungkin kerana belum memiliki tapak rumah yang strategik, di samping ingin jadi peneroka pertama kawasan itu. Aku melihat ada tiga buah rumah di kampung itu dan jarak antara satu dengan yang lain sangat jauh. Rumah Kak Long, terletak di hujung sekali.
Aku meminta kebenaran dengan ayahku untuk tinggal di rumah Kak Long itu selama seminggu. Aku sungguh gembira kerana ayahku memberi kebenaran. Aku seronok di situ kerana boleh bermain-main dengan anak saudaraku Yati yang sangat keletah itu. Yati suka memanjat dinding dan pokok. Setiap kali turun ke bawah Kak Long akan berpesan supaya jangan main jauh-jauh. Dia menakut-nakutkan aku ada gergasi.
Rumah kak Long berdindingkan kulit pokok meranti. Lantainya pula daripada pokok nipah. Apabila aku berlari-lari, kadang-kadang kaki aku terjulur ke bawah, dan Yati akan mentertawakan aku. Padan muka...padan muka! Apabila angin bertiup, terasa nyamannya dan sejuknya.
Gambar ihsan Google lubukawah.blogspot.com ini hampir menyamai 70% rumah Kak Long itu. Yang sama betul ialah dinding rumah yang diperbuat daripada kulit kayu balak itu.
Kadang-kadang aku memancing dengan yati di depan rumah itu. Ikan keli dan haruan mesti dapat seekor dua.
Apabila terpandang foto ini rasa sangat terharu, Kak Long dan Abang Johari telah melepasi zaman sukarnya (Kak Long dan Abang Johari bersama-sama kelima-lima anaknya yang telah ada kerjaya sendiri. Yati, yang bertudung cokelat itu)
Namun keseronokan itu lenyap apabila pada suatu malam, aku terjaga dari tidur. Waktu ketika itu lebih kurang pukul 2.00 pagi. Aku dengar suara orang lelaki menjerit "Tolonggggggggg...tolong.........tolong....." Tidak berhenti-henti. Dalam hutan ini mana ada orang? Jiran Kak Long pun satu batu dari sini? Aku berpeluh-peluh. Aku segera tutup telinga. Perlahan-lahan aku buka semula telingaku. Lama-lama suara itu semakin dekat dengan rumah Kak Long. Dia mengetuk-ngetuk dinding rumah Kak Long. Yang hairannya, mereka bertiga tidur begitu nyenyak.
Tiba-tiba Yati terbangun dan menjerit meminta susu. Lega aku. Kak Long dan Abang Long pun bangun. Namun aku tidak berani nak beritahu apa-apa kepada mereka.
Pagi esoknya, aku cakap dengan Kak Long, aku nak balik, dah rindu dengan emak, dengan Amanah adik aku. Kak Long tanya aku kenapa nak balik cepat, kata seminggu, ni baru tiga hari. Mahu atau tidak mahu aku terpaksa bercerita tentang peristiwa malam itu.
Kak Long biasa saja. Tidak ada apa-apa perasaan terperanjat atau apa. Dia kata, itu sudah biasa. Dia bercerita setiap malam dia mendengar orang mandi di kolam depan rumahnya. Setiap malam juga dia dan Abang Long dengar suara orang menajak di sekeliling rumahnya. Dia kata, rumahnya itu merupakan perkampungan orang bunian. Kak Long juga berkata, Abang Johari setiap malam akan membaca Yasin, duduk di tempat seperti itu jiwa mesti sekuat waja. Keberanian mesti sehebat Hang Jebat.
Kak Long memujuk aku supaya teruskan tidur di rumahnya. Aku tetap menggelengkan kepala. Petang itu ayahku datang, dan aku mengikutnya balik sebelum Magrib tiba.
Dua tahun kemudian, 1974 sebelum kelahiran Anis, mereka berpindah ke Parit Ju setelah membeli sebidang tanah hasil-hasil jualan kobis yang ditanam Abang Long. Tinggallah dua keluarga saja yang tinggal di kampung itu.
Tiga puluh lapan tahun kemudian........2010, ketika aku duduk-duduk mengeteh di sebuah warung di Parit Sulong, aku disapa oleh seseorang. Oh Abang Likin....Dia merupakan salah seorang jiran Kak Long pada tahun 1970-an itu.
Aku bertanya Abang Likin, kenapa sekarang duduk di taman perumahan?
"Panjang ceritanya, di Parit No 7 tu akulah antara penduduk yang paling lama duduk di situ. Aku ada kebun lima ekar di situ. Memang tenang di situ, tetapi waktu malam kami selalu ditakutkan dengan bunyi jeritan"
"Jeritan..? Lelaki atau perempuan?"
"Perempuan....bunyi itu datang dari belakang kebun aku, yang lebih menggerunkan kami selalu nampak api menjulang di situ, oleh sebab kami sentiasa dalam ketakutan, kami pun mengambil keputusan berpindah pada tahun 1980 lebih kurang"
Dan pada tahun lepas, ada sebuah kereta masuk ke dalam parit di depan tapak lama rumah kakak kau itu, tak taulah kenapa. Yang pelik, kenapalah dia lalu di situ pada waktu malam.
Begitulah cerita benar saya untuk entri pagi Jumaat yang hening ini......
Isnin, 12 Mac 2012
BARONGAN PT BARU, SERI MEDAN
Miss Mirror, entri ini belum lengkap, ha sekarang aku bagi maklumat. Semalam Ahad aku ada ke beberapa jemputan kahwin. Video yang pertama ni ialah di rumah Lek Kamirin Pt Jayus, rumahnya berhampiran rumah Lek Jamal. Sawah dia dulu bersebelahan dengan sawah kita. Masa tu kau kecik lagi, tentu tak ingat.
Isteri aku melayan Alif Iskandar
Video Barongan ini pula adalah di rumah Lek Saripah. Kan nampak tu gerai Yati. Pengantin lelaki tu Samsuri. Inilah anak bongsu Lek Saripah.
Untuk rakan-rakan dari negeri lain, Barongan ini beberapa tahun lepas jadi kontreversi di Indonesia kerana kita didakwa merampok budaya mereka. Hal ini berpanjangan dalam komen-komen mereka di Youtube, blog dan sebagainya.
Memang sebahagian besar, penduduk kampung ini, ayah dan datuk mereka dari Jawa. Tentulah mereka membawa bersama budaya itu di sini, dan diperturunkan pula kepada anak-anak. Pakaian dan topeng-topeng itu pun diimport dari Indonesia. Dalam video ini pelaku-pelaku Barongan ini merupakan generasi muda.
Barongan ini pada saya lebih kepada watak badut kalau zaman sekarang ni. Mereka memeriahkan majlis-majlis sedia ada, khasnya majlis perkahwinan. Mereka juga dijemput dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, khasnya di Batu Pahat.
Sabtu, 10 Mac 2012
PERCUTIAN YANG BERISI
Entri kali ini sekadar untuk simpanan peribadi. Blog kan Diari Online.
Sabtu, hari pertama cuti bermula menguruskan pendaftaran ibu bapa di SKSP sempena mesyuarat agung PIBG. Setelah urusan itu selesai, aku berkejar ke sini kerana dah berjanji dengan En Tapong (Jawa nama macam orang Sarawak). Tiba di kebun aku dan abang aku, Tapong dan jentera-jenteranya belum sampai lagi. Aku makan bekal nasi. Lapar betul. Makan di kebun rasa lebih sedap daripada biasa, lagi-lagi kalau perut dah berdisko.
Untuk pengetahuan kalian, 2012, azam aku ialah menjadikan kebun ini produktif dan sebagai salah satu cabang persediaan pencen umur 56 tahun, kalau aku panjang umurlah.Selain buat bisnes yang biasa aku buat tu.
Aku tenang di sini. Ia mengingatkan aku akan arwah ayahku. Arwah banyak menghabiskan masanya di sini semasa hidupnya. Kebun ini telah banyak berjasa membesarkan adik-beradikku.
Gambar sebelum ditraktor
Kerja-kerja bermula, Tapong masih tak kelihatan, dia menghantar orang-orangnya.
Empat buah lori Tapong terlibat dalam projek 2012 aku hari ini
Mesyuarat sekejap kut...JCB pun tiba khas untuk mencabut sebatang pokok yang menghalang jalan yang akan dibuat.
Berurusan dengan Tapong baru aku tahu 1 rantai bersamaan 66 kaki (1 RANTAI=66 KAKI). 1 rantai upahnya RM 400. Kebun ni banyak juga rantainya. Untuk lori sawit pusing kena nagi RM 200 pula. Tak apa...tak apa, pelaburan kan.
Anak-anak aku ni kat mana-mana mesti dengan hobi memancing mereka ni.
Pukul 5.00 petang masih tak siap. Batu kerikil belum ditimbus lagi. Akan bersambung hari Isnin. Esok Ahad banyak jemputan kahwin. Esok saja ada empat orang yang jemput aku. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.
NASYID: ANAK SOLEH OLEH SHOUTUL ISLAM SK SERI PASIR
Sudah lama aku ingin merakamkan video kumpulan nasyid sekolah aku ni. Ia dipimpin oleh Ustaz Mohd Rizal Abd Manap dan En Ahmad Salleh bin Suraimi. Penyanyi utama Nor Hakim Mohd Raya (BerTshirt kuning) dan Taufik Yaacob. Aktiviti mereka antaranya adalah seperti menceriakan majlis-majlis rasmi sekolah seperti Mesyuarat PIBG, Maulidurosul dan sebagainya.
Kalau tak ada kesabaran mungkin aku dah tak jadi upload video Youtube ini. Internet yang agak slow semalam mengambil masa SEMBILAN JAM untuk menguploadnya. Dalam keadaan biasa cuma memakan masa 1-2 jam sahaja. Sebab tu kalau jadi orang sibuk, mengupload video Youtube akan membuang masa mereka sahaja, dan pastinya benar-benar menguji kesabaran. Tak percaya, cubalah.
Jumaat, 9 Mac 2012
TUNGGU PENYANYI NASYID DARI SK SERI PASIR
Aku dan Ustaz Rizal sedang buat rakaman lagu kumpulan nasyid SHOUTUL ISLAM SK SERI PASIR...tunggu pendatang baru dari sekolah kami yang akan menggemparkan dunia nasyid...Namun sementara itu, mari dengar dulu lagu 10 malaikat dari Indonesia ini, sesuai untuk anak-anak kita.
Khamis, 8 Mac 2012
GAJI BARU SSM AKAN DIBAYAR SELEWAT-LEWATNYA APRIL
Ceupacs berkata, SSM yang hendak digunakan semula bagi menggantikan SBPA yang dimansuhkan hari ini hanya bersifat sementara sebelum kerajaan mengumumkan skim SSM (yang dibaharui), sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya pagi tadi.
Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji sistem saraan dan rupa bentuk perkhidmatan awam pada masa akan datang.
Sebagaimana yang telah diketahui, pagi tadi PM mengumumkan satu berita baik, walaupun ada sesetengahnya menganggap satu berita paling buruk, terutamanya yang telah sign pencen 60 tahun! Apo nak dikato.
Mereka yang mempunyai gaji yang sudah sampai dinding (gaji terakhir dalam tangga gaji), pagi tadi menghantukkan kepala berkali-kali ke dinding dan berazam tidak akan mengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Aku pesan " Kalau masih tak dapat menampung keperluan sekarang, silalah tambah pendapatan dengan usaha-usaha sendiri, seperti berniaga, menceburi pelaburan emas perak, berkebun dan sebagainya"

Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.
Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.
Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini akan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
Ihsan Google Blog Bintang
Sempena hari yang gemilang ini, aku teringat seorang wanita, namanya aku tak tahu.
Ketika menunggu bertemu Dr Ahmadol di kliniknya Klinik Tawakkal, aku lihat di sebelahku seorang wanita yang masih muda, tetapi anaknya dah lapan orang.
Aku berbual-bual dengannya tentang kisah anak-anaknya yang berderet tu. Rasanya setiap setahun melahirkan seorang anak.
Pada hujung perbualan, dia bercerita, oleh sebab suaminya hanya bekerja sebagai buruh dan gaji tidak seberapa, mereka hanya mampu memberi susu pekat sahaja kepada anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Jarang sekali mereka dapat membeli susu tepung. Namun dia redha, dan tak pernah menyalahkan kesempitan itu.
Itu kisah wanita yang hidup serba kekurangan, namun dia bahagia bersama suami dan keluarganya.
Satu hari lain, dalam perjalanan pulang, aku terpandang seorang penunggang motosikal termasuk ke dalam parit. Aku dan beberapa pemandu yang ternampak terus berhenti dan menyelamatkan wanita itu.
Dia bercerita, siang dia bekerja di pekan sebagai pembantu kedai, malam pula bekerja kilang. Semuanya kerana nak membesarkan tiga orang anaknya. Suaminya telah meninggal dunia. Akibat kepenatan yang teramat sangat, dia telah terlelap ketika menunggang motosikalnya itu, dan terjunam ke dalam parit itu.
Kedua-dua kisah benar ini aku ceritakan supaya anda sebagai wanita harus bersyukur yang amat sangat, kerana semua yang anda ingini telah anda miliki.
Akhir kata, SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA.
Rabu, 7 Mac 2012
BUKA SAJA INTERNET, KAU TENGOK APA?
Pertama: Aku buka blog aku sendiri. Kalau ada orang komen aku jawab. Kadang-kadang aku tak tau jawab apa, aku baca.
Kemudian, aku tengok blog kawan-kawan. Kadang-kadang aku komen. Kadang-kadang jadi silent readers sahaja. Lagi-lagi kalau otak tengah tepu.
Lepas tu aku buka Facebook aku. Kalau ada orang add, aku terima. Dulu aku rajin add orang. Sejak orang tanya "Awak siapa? Di mana saya jumpa awak?" Terus aku takut nak add orang.
Status di wall Facebook tu sebenarnya menggambarkan peribadi kita. Semalam aku terbaca status seorang gadis, ada ke patut tulis babi, sial bla, bla...aku rasa nak ceramah saja kat dia. Kalau jadi isteri besok, panaslah telinga suami dia kena sumpah-seranah.
Sebenarnya apabila dia buat macam tu, secara tidak langsung dia telah menjatuhkan martabat dirinya sendiri. Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan.
Dah habis berfacebook, aku pun tengok surat khabar Online. Kosmonya, Berita Hariannya, Sinar Harian. Malaysiakini sekali-sekala aku jenguk, tetapi apabila baca komen orang ramai di situ, aku rasa macam sakit kepala.
Kemudian aku menyeberang ke Indonesia, negara arwah ayahku, Detik, Kompas. Lepas tu dah tak tau nak buat apa, last sekali tengok harga emas.
Dah.....aku pun tutup internet, buka radio, tidur.....
Banyak-banyak yang aku baca dalam Facebook semalam yang mengesankan aku ialah status Prof Dr Muhaya, elok aku kongsikan kepada kalian.....
"Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship"
Entri ini dikarang pada jam 2.45 pagi 7 Mac 2012
Kemudian, aku tengok blog kawan-kawan. Kadang-kadang aku komen. Kadang-kadang jadi silent readers sahaja. Lagi-lagi kalau otak tengah tepu.
Lepas tu aku buka Facebook aku. Kalau ada orang add, aku terima. Dulu aku rajin add orang. Sejak orang tanya "Awak siapa? Di mana saya jumpa awak?" Terus aku takut nak add orang.
Tiga Wanita Tersohor di Malaysia. Mereka antara yang insan yg sentiasa bersopan-santun di tanah air kita ini-Kredit untuk Facebook Wardina Saffiyah
Kemudian aku tentulah baca semua status orang. Macam-macam status ada. Ada yang aku jawab. Ada yang aku Like.Status di wall Facebook tu sebenarnya menggambarkan peribadi kita. Semalam aku terbaca status seorang gadis, ada ke patut tulis babi, sial bla, bla...aku rasa nak ceramah saja kat dia. Kalau jadi isteri besok, panaslah telinga suami dia kena sumpah-seranah.
Sebenarnya apabila dia buat macam tu, secara tidak langsung dia telah menjatuhkan martabat dirinya sendiri. Kita adalah seperti apa yang kita fikirkan.
Dah habis berfacebook, aku pun tengok surat khabar Online. Kosmonya, Berita Hariannya, Sinar Harian. Malaysiakini sekali-sekala aku jenguk, tetapi apabila baca komen orang ramai di situ, aku rasa macam sakit kepala.
Kemudian aku menyeberang ke Indonesia, negara arwah ayahku, Detik, Kompas. Lepas tu dah tak tau nak buat apa, last sekali tengok harga emas.
Dah.....aku pun tutup internet, buka radio, tidur.....
Banyak-banyak yang aku baca dalam Facebook semalam yang mengesankan aku ialah status Prof Dr Muhaya, elok aku kongsikan kepada kalian.....
"Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship"
Entri ini dikarang pada jam 2.45 pagi 7 Mac 2012
Selasa, 6 Mac 2012
TERLUPA TIGA HAL PENTING
Kereta ini sebijik macam kereta aku yang pertama dulu - Toyota Celica ST
Kereta satu lagi tu aku tak boleh kacau. Tu untuk isteri aku hantar ambik anak sekolah.
Ada satu lagi, aku pun memeriksa Lesen Memandu. Alamak! Tamat 2 Mac! Kenapa teruk sangat aku ni? Dah 22 tahun jadi pemandu, inilah pertama kali aku menjadi Melayu yang paling pelupa.
Ini semua gara-gara tak tulis semuanya dalam diari atau kalendar penting aku.
Lalu dua hari ni, aku jadi pemandu yang takut bayang-bayang sendiri. Aku melalui jalan-jalan pintas, jalan kebun.
Aku pun baca banyak-banyak surah Yasin ayat 9, supaya mereka tak nampak aku...Maklumlah JPJ Muar tu dengar khabarnya telah mengganas di kawasan aku ni sampai masuk ke Kangkar Senangar. JPJ juga mengejar orang sampai masuk ke kampung di Seri Medan yang dalam-dalam ni. Hebat betullah dia orang ni bekerja. Ada yang kejar sampai masuk ke kebun sawit.
Dan kini, road tax dan insurans aku dah siap melalui kiriman kepada agen.
Tinggal lesen memandu ni, semalam aku setengah jam menunggu di pejabat Pos Parit Sulong. Sampai giliran aku, kerani pos tu letakkan kenyataan, Lesen Memandu Telah Kehabisan.....Aku belum sempat nak buka mulut...aduiiiii!! Grrr!
Jumaat, 2 Mac 2012
BISNES MELALUI BLOG KITA SENDIRI.
Jika kita tidak dapat mengejar pendapatan melalui Nufnang (yalah kalau sebulan pun susah nak dapat RM 10), elok sangat kalau kita tambah dengan iklan produk kita sendiri.
Aku buat macam tu, Alhamdulillah setiap minggu ada pelanggan yang contact. Semalam Mr Singh dari Rawang menelefon aku bertalu-talu nak produk yg aku iklankan di sini. Minggu lepas En Joe dari Muar, juga mengetahui produk aku melalui blog ini. setelah membuat temu janji En Joe sanggup datang ke Parit Sulong berjumpa aku kerana nak dapatkan harga diskaun. Mereka buat carian Google.
Cadangan aku, kalian kena rajin buat tinjauan ke kilang-kilang herba, atau produk-produk unik yang lain. Dengan membeli terus ke kilang, kita dapat harga yang baik, dan dapat menjualnya kepada bakal pelanggan dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, kalau ada rakan yang nak jual rumah, kereta, sewakan rumah, juga kita boleh iklankan. Kena janji dengan dialah, berapa yang dia nak beri kepada kita kalau dah dapat pelanggan.
Selain itu bagi suri rumah yang rajin membuat kraftangan yang menarik, sarung bantal ke, apa ke, yang lain daripada yang lain, boleh diiklankan dalam blog mereka sendiri.
Tajuk mesti berkaitan produk, kerana ia akan masuk dalam search engin itu.
Cubalah hari ini juga. Semoga Puan-puan dapat membantu suami menambahkan pendapatan buat mengharungi kehidupan yang semakin menghimpit ini. Kalau suami dah kaya-raya tak payahlah nak bisnes macam ni...hehehe.
Cadangan aku, kalian kena rajin buat tinjauan ke kilang-kilang herba, atau produk-produk unik yang lain. Dengan membeli terus ke kilang, kita dapat harga yang baik, dan dapat menjualnya kepada bakal pelanggan dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, kalau ada rakan yang nak jual rumah, kereta, sewakan rumah, juga kita boleh iklankan. Kena janji dengan dialah, berapa yang dia nak beri kepada kita kalau dah dapat pelanggan.
Selain itu bagi suri rumah yang rajin membuat kraftangan yang menarik, sarung bantal ke, apa ke, yang lain daripada yang lain, boleh diiklankan dalam blog mereka sendiri.
Satu Contoh Carian dalam blog aku, aku dah tak jual pun orang tetap hubungi aku, macamana aku nak jual, kalau harga yang kilang beri tidak menarik?
Tajuk mesti berkaitan produk, kerana ia akan masuk dalam search engin itu.
CONTOH 2: Tengok Search Engin aku 6 jam lepas...jual garam...oh tu cuma nak tau harga garam. Keris...cuma nak tengok keris. Ha, yang bawah tu STOKIS tu mesti dia cari sesuatu produk, tak taulah produk apa. Sebab aku selalu sebut perkataan STOKIS kat sini. Kalau jual SARUNG BANTAL kenalah ulang perkataan itu setiap kali tulis entri blog Puan-puan.
Satu pesanan aku, kalau nak tawarkan harga, kena fikir juga KOS POS LAJU, biasa kalau barang ringan macam produk saya ni dalam RM 6. Kalau ke Sabah/Sarawak dalam RM 9-RM 10. Lagi berat lagilah banyak. Kurier lebih mahal, namun lebih pantas. Aku tak jual pakaian kanak-kanak pun, dia masuk sini, baik puan-puan jual baju budak-budak.
GAMBAR ANAK MAWI
Tahniah Mawi, setelah menghadapi pelbagai dugaan, akhirnya Mawi dan Ekin dianugerahiNya Cahaya Malaika (Cahaya Permaisuri).
Dengan kehadiran Cahaya ini, bertambah-tambahlah Aura Mawi......
Dengan kehadiran Cahaya ini, bertambah-tambahlah Aura Mawi......
Khamis, 1 Mac 2012
EKSIDENT DI DEPAN MATA
PARIT SULONG-1 Mac 2012,pukul 6.30 pagi, aku mengerahkan anak-anakku Ili, Arina dan Iwan untuk segera masuk ke kereta. Begitulah rutin harian aku setiap pagi hari persekolahan.
Namun kali ini, aku ada pengalaman lain. Sebelum lampu isyarat, aku brek dengan tiba-tiba, apabila Ili menjerit ada orang terbaring di tengah jalan. Aku pun brek, dan turun dari kereta. Aku lihat seorang pemandu lori mengajak aku mengangkat dua lelaki yang cedera itu ke tepi jalan. Motosikal yang mereka naiki nampak dalam samar-samar itu, pecah di sana, pecah di sini.
Turut membantu mengangkat dua lelaki yang cedera parah ialah dua orang perempuan. Rasanya wanita itu datang dari rumah depan trafik light itu. Mereka memang lebih hebat daripada para memandu yang hanya menonton keadaan yang bahaya itu. Mungkin masing-masing hendak ke tempat kerja dengan segera. Seorang lagi lelaki berbaju batik datang membantu dan segera menghubungi polis dan ambulans.
Lelaki-lelaki malang itu dilanggar lari. Mereka langsung tidak berkata apa-apa. Mungkinkah mereka telah pengsan. Yang aku rasa, orang yang aku angkat tadi tulang dia ada yang patah.
Selepas itu semakin ramai yang ingin membantu. Aku pun meneruskan perjalanan. Apakah yang terjadi kepada lelaki-lelaki itu, aku pun tak tahu? Balai polis pun hanya kira-kira 100 meter dari lampu isyarat itu. Biarlah polis meneruskan kerja-kerja ini.

Langgan:
Catatan (Atom)