Sabtu, 21 Disember 2013

APABILA ANAK MINTAK BELIKAN MOTOSIKAL



Hari tu aku kata bayaran lesen kereta untuk anak Umi Alya sebanyak RM 900 mahal di negeri utara tu. Rupa-rupanya harga kat selatan ni cuma kureng sikit aje. Yang RM 760 tu jika anak dah mahir bawa kereta, RM 810 yang dah pandai sikit-syikit, dan yang RM 860 adalah yang tidak tahu langsung memandu kereta. Dan itulah bayaran yang akan aku keluarkan untuk anak sulong aku ILI yang sedang menanti keputusan SPM Mac nanti. Risau pula, dia asyik menonton filem korea dalam bilik dia tu, takut kena sampuk hantu korea macam yang berlaku kat Trengganu hari tu.

Isnin ini aku nak daftarkan. Tadi, aku tanya-tanya saja. Aku pun tangkap gambar harga bayaran yang terletak di atas meja kedai sekolah memandu ni.

Anak lelaki aku pula yang nak masuk tingkatan empat ni dah tak sabar-sabar nak mengambil lesen motosikal. Aku kata tunggu pertengahan oktober tahun depan. 2014. Sekarang ni mencuka  saje sebab aku tetap dengan pendirian, selagi belum ada lesen motosikal, jangan harap ayah akan beli motosikal itu.

Masa anak kecik dulu, pening apabila anak menangis mintak susu je. Apabila anak-anak dah memBESAR ni, lagilah pening...sabar....tabahkan hati.



6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Si Irfan mencuka??.
Dah hensem2 jgn mencuka Irfan... kang Makwe lari.. kekeke.

p/s : Cik M pulak yg risau mendengar bebudak nk bwk motor... hati2 Nak ye.

Mat Som Sadona berkata...

MM
Kita tak beli
Dia naik motor kawan

Nanti ko taulah apabila anak dah besar hAHAHAH
Kalau boleh biar kecik bantut aje

Umialya berkata...

Itulah harganya memang berbeza mengikut tempat, si sulung ambil lesen motor hujung tahun lepas RM450.

Kami tak beli motor barupun, cuma guna motor lama, tak berkemampuan nak ikut rentak anak2 maklum le gaji seciput cuma berbanding kos sara hidup yang makin meningkat.

Mat Som Sadona berkata...

Dan memang tak ada satu pun motosikal
Nak ke mana2 emaknya sanggup hantar, ambik
Tapi dia kata mcm pondan jerr

Kayu Manis berkata...

Betul, semakin besar, semakin byk kena keluar..

semakin tenat, tapi in shaAllah ada aje rezeki utk anak2 tu nti....motor..nti merempit plk...

Mat Som Sadona berkata...

Tu yg takutnya K.Nor
Budak2 skrg punya langkah
Tak terjangkau kat minda kita