Sabtu, 7 Disember 2013

SYARIKAT AIR JOHOR LINTAH DARAT BERLESEN

SAJ Syarikat Air Johor kini telah menjadi lintah darat. Mereka telah menukarkan meter-meter lama dengan meter baru, dan akibatnya bil yang diterima boleh membeliakkan mata kita. Kenaikan bil sehingga 100%. Adakah logik jumlah bil air telah sama banyak dengan bil elektrik? Sudah hampir berpuluh tahun bil elektrik jauh meninggalkan bil air. 

Semasa saya membayar bil di pejabat pos, saya bertanya tentang bil-bil air orang yang menunggu giliran itu. Dan kebanyakannya mengalami nasib yang sama seperti saya. Bukan saya mendiamkan diri, malah saya telah ajukan masalah ini kepada SAJ. Mereka datang, dan akhirnya SAJ menyalahkan saya balik.

Apabila saya bertanya mangsa-mangsa kenaikan bil ini, mereka akan jawab
"Nak buat macamana,bayar sajalah..."
SAJ kata kalau nak buat bantahan sila bayar RM25 di pejabat SAJ cawangan Yong Peng. Memang mereka ini sekarang mencetak duit melalui meter-meter baru dan hendak bantah pun, kita kena keluar duit lagi. Memang dasar kapitalis!

Satu lagi yang membuat orang ramai tidak berpuas hati, SAJ memasang meter tanpa tandatangan anda,dan selalunya tanpa anda sedari. Alih-alih bil air melambung.

SAJ juga menyediakan air yang tidak berkualiti terutama di Batu Pahat ini. PENAPIS AIR yang ribuan harganya, tidak kira jenama apa,mudah tersumbat. Selain itu, ramai orang Batu Pahat kena sakit buah pinggang,kerana akibat kotornya air yang disalurkan kepada rakyat. Buktinya, Batu Pahat adalah penerima terbanyak sumbangan zakat Johor bagi rawatan hemodialisis.

Lagi satu, sudah dua hari tiada air....Makluman pun tidak disebarkan, ikut suka-suka kerana air ini milik mereka.

4 ulasan:

Hana berkata...

kiranya tiap2 bulan mcm tu or bulan tu ja melambung bilnya

Mat Som Sadona berkata...

Tiap-tiap bulan selepas meter ditukar Hanaaaaaaaaa
Tu yg sakit tu

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kayu Manis berkata...

sesuatu yg kita biasa dpt.bila tiba2 berubah dgn kadar melampau,ni sesuatu yg pelik..

jgn putus asa cikgu,bentang masaalah tu pd pihak berkenaan.

boleh kena cancer ni..kalu semua naik..

satu lgi nak tambah..saman suka hati diorg je saman,jln bukan main teruk..berlubang sana berlubang sini..letihlah..