Rabu, 11 Disember 2013

PERMOHONAN PERTUKARAN TIDAK DILULUSKAN


Cikgu-cikgu sekolah aku ni majoriti setia dengan satu sekolah. Ada yang sampai bersara baru bertugas di dua buah sekolah je, dan terakhir di sekolah ini. Aku pulak, hobi aku memang suka berpindah-randah. Entah macamana kat sekolah ini, aku boleh sampai 10 tahun? Pulak-pulak mohon dapat jawapan seperti itu.Setakat ini aku dah berpindah dari SMK PALOH, lepas tu aku bertugas di SMK CONVENT Batu Pahat, kemudian aku berhijrah ke SMK Penghulu Saat, last sekali aku dihantar ke SK SERI PASIR sampai sekarang. SMK Paloh ialah sekolah pertama aku posting, kemudian aku memohon ke Batu Pahat, kemudian ke Pt Sulong. Ditakdirkan selepas itu, semua guru bukan siswazah mesti dihantar ke sekolah rendah, aku pun akur, walaupun sebenarnya surat arahan berpindah sampai sekarang aku tidak terima berbanding kawan-kawan aku. Ah, yang penting gaji aku tetap naik, dan aku dapat jalankan tugas dengan baik. Kawan-kawan aku bertanya, kenapa aku mohon bertukar? Aku kata, biasalah, memohon tukar kerana nak cari pengalaman baru, suasana baru. Aku dah penat memanjat tangga perpustakaan yang empat tingkat itu. Aku nak cari sekolah yang rendah-rendah aje. Lutut pun tak sakit...!  

4 ulasan:

Umialya berkata...

cikgu bagi alasan tak kukuh, len kali kena cari alasan yang betul2 mantop..

Kayu Manis berkata...

Baguslh cikgu tukar2 ni...senang kerja..tak payah fokus dgn murid terdahulu...hehe....

Mat Som Sadona berkata...

Saya sebenarnya tak ada alasan.
jIKA ada byk sekolah yg dkt dgn rumah kita, kenapa kita perlu kerja jauh dr rumah.

Mat Som Sadona berkata...

Masalahnya nak pindah pun skrg guna caple elektrik yg paling besar. Dan saya tak pernah manfaatkan cable2 yg saya ada.