Memang patut sangat aku tak nak sambung belajar. Otak aku ni cepat penat kalau mendengar ceramah tentang perkara baru yang pelik-pelik. Dengan nama kursus yang juga pelik, lebih-lebih lagi akan dijalankan di semua sekolah tahun depan.
Ketika aku sampai di tempat kursus Isnin lepas, aku datang dalam sihat walafiat. Hari kedua aku dah bersin-bersin. Hari ketiga menggigil, batuk, demam, selesema semua ada.
Ketika kawan-kawan mengajak aku ronda-ronda sambil shoping di Mydin MITC, aku berselimut di bilik 706 D'Village Air Keroh itu. Semuanya gara-gara ekon dewan yang terlalu sejuk dan aku pula lupa membawa blazer seperti kawan-kawan aku. Aku tengok kawan yang pakai blazer itu pun menggigil juga. Hey..........! pengurusan D'Vilagge, lain kali adjust ekon tu janganlah sampai minimum. Kalau musim panas mungkin sesuailah. Nasib baiklah aku tak mati! Kalau tak aku saman engko.
Sampai saja di rumah, aku terus ke farmasi. Nampak macam dah kurang.
8 ulasan:
Klu gi dewan tak bwk blazer.... mmg alamat la beku 1 badan. Itu mmg 1 benda paling penting arwah FIL aku bawak tiap kali beliau gi seminar.
tp kalu dah mati, camner cikgu nak saman pihak hotel tu? hu3
berkursus didalam bilik ber'aircond' musim banjir ni, mmg menggigil 1 badan..
ADJUST SENDIRILAH CIKGU...
BAWA2 ISTIREHAT YE..
huhu kena beli blazer la ni..kena buat persiapan awal
MM- Barangkali aku sudah terlalu tua dan mudah terkena penyakit
Umi Alya
Kalau dah mati saya saman kat akhirat
K.NOR
Bilik penginapan boleh kita adjust
Sepatutnya penganjur yang adjust
HANA memang kena ada blazer sekurang-kurangnya dua helai
Satu utk kawan yg mungkin kesejukan
Catat Ulasan