Jumaat, 20 Disember 2013

IBU BAPA AWAS DENGAN PERINGATAN INI


Sindiket pemerdagangan manusia telah melatih anggota sindiket di kalangan pelajar lelaki untuk mensasarkan pelajar perempuan yang cantik dan menawan, dengan pura-pura bercinta giler, dan apabila budak perempuan tadi telah mabuk kepayang mengalahkan cinta kepada jejaka Lombok, satu masa yang tepat, pelajar lelaki ini akan membawa pelajar perempuan tadi ke satu tempat. 

Dan akhirnya terperangkaplah ia dan tidak boleh ke mana-mana, menjerit-jerit pun tidak ada yang nak tolong lagi. Macam menjerit di dalam gua sajalah, sia-sia. Akhirnya dia dijual ke negara asing. Sungguh menyeramkan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor MAPMAS, Dr Irene Fernandez, semalam.

Baca petikan akhbar Sinar Harian di atas itu

"Irene berkata, pihaknya pernah menyelamatkan seorang pelajar di Sepang yang cuba di seludup dalam satu kontena untuk dihantar ke sebuah negara." 

Bayangkan kalau yang masuk dalam kontena itu adalah awak? Awak dah macam bahan-bahan mentah yang hendak di eksport.

Dan yang celaka 10 kali ialah pelajar lelaki yang dilatih sindiket itu. Tergamaknya mereka? Kalau aku dapat budak-budak ni, aku ketuk kepala dia dengan tukul besi je. Hahahahaha!

Sindiket dah namanya sindiket, mereka boleh buat apa sahaja. Nyawa awak tiada nilainya kepada mereka. Nyawa awak tidak lebih seperti nyawa lalat saja! Hati mereka kering macam pembunuh Sosilawati tu.

Awak yang aku maksudkan ialah remaja, terutama remaja perempuan. Juga kanak-kanak yang sering jadi mangsa culik. Dan yang pelik, kebanyakannya tidak dapat dikesan langsung seperti kes Sharlinie. Di mana dia sekarang? Dan banyak lagi?

Juga awas penjenayah yang menyamar sebagai jejaka kacak di FACEBOOK, TWITTER dan sebagainya. Awasi anak-anak anda. Rekod 815 kes 2011 dan 2012 hanya di Selangor. Negeri lain ada tak jawatankuasa bertindak seperti yang diketuai oleh Dr Irene Fernandez ini? 

Tiada ulasan: