Jumaat, 23 Oktober 2020

PELUANG BISNES TERBAIK 2020

 www.wasap.my/+60103443880


💚 Mengapa Win menjadi Fenomena?? 🔥🔥





Dlm masa 10 bulan win di pasaran.


1. Lebih RM20juta bonus telah dibayar


2. 23 orang mencapai bonus lebih RM100 ribu sebulan


3. 3 orang mencapai bonus lebih RM200 ribu sebulan


4. Lebih 50 orang mencapai bonus lebih RM50 ribu sebulan.


5. 127 master stokis.


6. Keahlian lebih dari 50 ribu


7. Beribu orang telah mendapat manfaat kesihatan dari produk NTDOT dari pelbagai masalah kesihatan


8. Beribu telah menikmati pendapatan lumayan dan mengubah cara kehidupan.


9. TERBARU!!! Penambahan bonus ke 8 iaitu bonus pasangan bagi yg membuat pembelian kembali minima 2 kotak.  Wow!! Lagi utk momentum..


10. 5 orang telah mencapai Reward kereta velfire percuma secara tunai. Di jangkakan Lebih 10 orang yang akan layak sehingga disember 2020..


11. Ramai yg dah layak utk umrah percuma.


12. Pengunaan kad debit master kad utk ahli bagi tujuan pengeluaran bonus. Memudahjan ahli seluruh dunia utk pengeluaran bonus dimana saja win berada.


Dan banyak lagi brita2 gembira dan gempar di masa akan datang dengan perancagan syarikat telah disusun bagi membantu ahli2 semua.



So stay tune.. jom *GEMBIRA* DAN MENGEMBIRAKAN bersama Win Impact Network. 


*Bersama bersatu menuju kejayaan..*

www.wasap.my/+60103443880

Selasa, 22 September 2020

GAMBAR LAMA GURU SK TENAGA SETIA 1978

                                               GURU SK TENAGA SETIA 1978


Cikgu-cikgu saya yang sangat saya kagumi  sewaktu aku di sekolah rendah dulu. Hampir separuh daripadanya telah menemui penciptanya. Alfatihah buat Cikgu Maarof, Cikgu Melan, Cikgu Kandir, Cikgu Noraini, Cikgu Rosdiati, Hj Rosdi. Semoga roh mereka sentiasa dalam rahmat dan naungan Allah SWT

Isnin, 21 September 2020

HARGA KOTAK JNT

                           Harga Kotak JnT


 Harga Kotak JnT yang aku terlihat di JnT Cawangan Muar tempoh hari.


                             Harga Kotak JNT PT SULONG

AKTIVITI HIKING DI BUKIT BOTAK PARIT SULONG


 

Rabu, 16 September 2020

NYARIS TERPERANGKAP DI KAMPUNG BUNIAN


Kisah ini pernah saya masukkan dalam blog ini dulu. Tapi kerana ramai yang tak suka membaca, aku bercerita dalam video pulak.

Selasa, 1 September 2020

KEMBARA MERDEKA SK SERI PASIR 2020


 Salam Kemerdekaan Sahabat. Isnin 31 Ogos 2020, aku turut serta dalam konvoi Kembara Merdeka yang disertai oleh 12 orang guru lelaki sekolah kami, SK Seri Pasir.

Rasa seronoklah, sebab dapat melihat keindahan kampung orang lain di sekitar Sagil. Tshirt yang kami pakai ni, ditempah khas untuk program ini.

Biasanya Kembara Merdeka disertai oleh murid dengan berbasikal, tetapi oleh sebab dalam tempoh era corona ini, hanya guru-guru yang terlibat. Dengan aktiviti konvoi motosikal.

Kawan-kawan aku agak pelik. Ngko pandai ke bawak motor? Ya, aku bawak kereta dalam konvoi ini. Har har har....

Rabu, 19 Ogos 2020

EMPAT HARI DI TAWAU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam kejayaan buat kalian yang sudi membaca entri aku ini. Sudah dua bulan rasanya aku membiarkan blog ini tanpa pengisian. Bukan aku tidak punya cerita atau masa, cuma sekarang masa lebih banyak pada chanel Youtube aku, kerana menyiapkan video lebih menarik daripada menulis.

Sesungguhnya aku tidak pernah terfikir langsung untuk sampai di bumi Tawau. Jika Kota Kinabalu dan Kundasang mungkin pernah kuterbayang untuk pergi, apabila selalu melihat rakan-rakanku bergambar ceria berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. 

Semuanya sudah diaturkan Allah SWT. Entah bagaimana, satu hari anak lelakiku menerima email tawaran dapat peluang belajar di sana. Perasaan aku kosong ketika itu. Perasaan berpisah jauh dengan anak seperti sudah lali semenjak Ili belajar di Korea tempoh hari, maka dengan berbesar hati saya dan isteri menyokong penuh pemergian Ikhwan ke Tawau.

Setelah keputusan segera dibuat, kami pun menyediakan segala kelengkapannya di sana. Puas sudah aku menggogle dan menyotube akan apa yang ada di Tawau. Kudapati politeknik itu hanya 13 minit sahaja daripada Lapangan Terbang Tawau. Ini sudah sangat strategik. Namun bandar Tawau hampir 40 minit dari Politeknik itu. Dan bayaran grab lebih kurang RM45. Semuanya aku kaji.

2 Ogos 2020,Hari yang ditunggu pun tiba. Aku mengambil cuti CRK lagi selama tiga hari. Guru Besarku sangat memahami dan memberi kelulusan tanpa banyak soal. Kami pergi ke Tawau melalui Senai Airport. Akibat covid19, suasana di airport agak kelam kabut dengan sistem barcode. Kami hampir-hampir tertinggal kapal terbang. Ini juga gara-gara perlu mengisi pelbagai borang kemasukan ke Sabah sebelum menaiki pesawat.

Sampai di Tawau sekitar jam 6.15 petang. Penerbangan berlancar lancar dan cuaca sangat baik. Turun saja di sana, aku menelefon Sdra Aslan taukey kereta sewa.  Aslan sangat peramah dan kami merasa tidak sabar untuk meneroka bandar Tawau. Sdra Aslan menyerahkan kereta Proton Saga baru berwarna merah dengan bayaran RM300 untuk tiga hari.

Kami menuju bandar Tawau yang 35 minit daripada Airport itu. Terus menuju hotel Oyo. Bersambung dengan video...Dah tak larat nak tulis hehehe.



Ke Tawau jika tidak pergi kePke UTC maka tidaklah lengkap lawatan itu...jom lihat apa yang ada di sana...





Isnin, 22 Jun 2020

PETUA SUPAYA KERETA TAK BAU DURIAN




Assalamualaikum....Apa khabar Guys..Walaupun durian mahal macam harga Yahudi, sesekali kita teringin beli juga. Tetapi yang tak boleh tahan ni masalah bau durian yang melekat berlegar-legar dalam kereta kita tu.

Aku sendiri akan rasa pening kepala, kalau ada bau durian di dalam kereta. Biasa aku sembur guna Fybrez.

Kadang-kadang aku letak daun pandan. Kalau rajin aku buat bunga rampai daripada pandan tu. Ada juga yang kata selitkan tangkai durian pada lubang ekon.

Tapi hari ni aku teruja dengan gambar kat Facebook ini. Entah siapa yang share aku tak ingat...marilah cuba. Roti tu jangan dibazirkan. Cari roti yang paling murah. Lepas tu boleh sedekahkan kat monyet di tepi jalan.

Isnin, 8 Jun 2020

NAK DAPAT 1000 SUSCRIBER BUKAN MUDAH




Setelah berkali2 memberitahu rakan2 Fb Pak Cik sendiri, juga saudara-mara Pak Cik tolong ya Suscribe Channel saya, ikutkan jumlah rakan Facebook hampir 5000, sepatutnya 1000 Suscriber itu adalah mudah. Tetapi akhirnya jadi susah, kenapa? Apabila pakcik tanyakan kepada mereka, mereka bertanya pula, Suscribe tu apa? Dan ada pula yang cakap takut nak Suscribe nanti duit mereka kena potong. Itu dua alasan lucu yang pakcik peroleh.

I Suscribe you, you suscribe me, dlm mana2 group Fb dan telegram pula pakcik dah kurang berminat. Memang ramai yang jujur...tetapi ada juga segelintir yang tidak berintegriti. Akhirnya, pakcik buat keputusan lebih baik suscribe datang secara normal. Sambil2 tu promote dulu barang kita sendiri dalam Youtube sementara nak tunggu dapat 1K Suscriber..

Terpulang kepada anda. Ini hanya pendapat pakcik yang dah tua ni. Benar, yang penting contain@kandungan video kita. Untunglah yang ada bakat seperti Nur Mira Syahirah yang bermain drum tu. Suscriber beliau menjangkau 2 juta lebih. Jadi, kalian kena keluarkan bakat masing-masing agar jadi Youtuber yang berjaya. Semoga kalian jadi Youtuber yang berjaya semua. Jumpa anda di puncak kejayaan!

Ahad, 7 Jun 2020

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH KERAJAAN

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH KERAJAAN:

5.1. Pentadbir Sekolah

5.1.1. memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.

5.1.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang pergi
ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat;

5.1.3. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan
kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai
penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan
kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci
tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand
 sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta
kepentingan amalan penjarakan sosial;

5.1.4. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi
garis panduan yang ditetapkan;

5.1.5. memastikan murid mendapat akses kepada PdP
dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang
berkaitan;

5.1.6. memantau PdP yang dijalankan dan memberikan
sokongan yang bersesuaian kepada guru;

5.1.7. melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada
ibu bapa/penjaga; dan

5.1.8. membuat keputusan untuk menangani isu
pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan
yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira
pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

5.2. Guru
5.2.1. menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran;

5.2.2. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan
kesediaan murid dan situasi semasa;

5.2.3. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga
kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial; dan

5.2.4. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid
yang bergejala.


5.3. Ibu Bapa/Penjaga
5.3.1. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan
sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan
gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;

5.3.2. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut
kemampuan ibu bapa/penjaga; dan

5.3.3. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk
terus belajar.

6. Pelaksanaan
6.1. Pengurusan Sekolah
6.1.1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti
yang berikut:

a. kehadiran guru tertakluk pada arahan
perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
Jabatan Perdana Menteri dan KPM dari semasa ke
semasa;

b. kehadiran murid ke sekolah secara berfasa dan
dimulai dengan murid yang akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid
Berkeperluan Khas (MBK); dan

c. murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke
sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah
sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

6.1.2. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara
berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar
negeri.

6.1.3. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan
murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara
beramai-ramai tidak dibenarkan.

6.1.4. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada lima (5)
aspek dalam pengurusan sekolah, iaitu pengurusan
prasarana, keselamatan murid, guru dan warga
sekolah, PdP, peranan ibu bapa/penjaga dan
pengurusan asrama.

6.2. Pengurusan Prasarana
Pentadbir bertanggungjawab:

6.2.1. memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk
semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan
bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi
persekolahan;

6.2.2. memastikan fokus utama pembersihan adalah pada
permukaan yang sering disentuh dan pada paras
ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti
tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, butang lif,
pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan
di laluan pergerakan murid bagi sekolah yang
mempunyai MBK dan lain-lain;

6.2.3. menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik
PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik
khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh
berfungsi dengan baik untuk PdP;

6.2.4. memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut
arahan penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka;

6.2.5. memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti
berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan
yang lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti
meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan
di kelas yang lain;

6.2.6. memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang
mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik guru dan pejabat;

6.2.7. memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan
makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan
ruang makan di kantin tidak dibenarkan;

6.2.8. memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah
seliaan guru pada waktu rehat;

6.2.9. memastikan murid yang makan di dewan makan asrama
pada waktu rehat dalam makluman guru bertugas;

6.2.10. memastikan bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan
sekolah berasrama dijadikan sebagai bilik isolasi bagi
murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan.
Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta
sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer);

6.2.11. menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda
penjarakan sosial dengan menggunakan pita pelekat
berwarna di lokasi yang bersesuaian seperti yang
berikut:

a. bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki
meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk
rujukan;

b. kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang
berbaris untuk pembelian dan pengambilan
makanan serta laluan ke singki;

c. bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan
pada kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas
kehadiran; dan

d. lif - tanda penjarakan diletakkan mengikut kapasiti
lif.

6.2.12. menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau
sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu
arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah
termasuk asrama;

6.2.13. menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan
sentiasa ditutup;

6.2.14. menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti
kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan
(hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti bilik
PdP, pejabat dan bilik guru;

6.2.15. mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah
kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti
laluan murid, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang
menunggu dan asrama sebelum sesi persekolahan
bermula. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan
bercetak terbitan KKM daripada laman sesawang KKM;
dan

6.2.16. meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan
COVID-19 di pintu masuk utama sekolah.

6.3. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
Pentadbir bertanggungjawab:

6.3.1. merujuk Standard Operating Procedure (SOP)
Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus
2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac
2020;

6.3.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah berada
dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.
Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka
sebelum sekolah dibuka semula;

6.3.3. memastikan saringan demam serta gejala batuk,
selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan
terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap
hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan
bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C
atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah. Pentadbir sekolah dibenarkan untuk
melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah
berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan
masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan
jalan utama. Hal ini adalah bagi mengelakkan
kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan
sosial;

6.3.4. memastikan masa senggang diperuntukkan bagi
pengambilan suhu badan murid yang berjalan
kaki/berbasikal ke sekolah;

6.3.5. melantik guru bertugas untuk:

a. mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama
sekolah semasa tiba dan pulang;

b. memeriksa suhu badan murid menggunakan alat
pengimbas suhu badan; dan

c. mengawal pergerakan murid semasa rehat.

6.3.6. memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa
mematuhi penjarakan sosial pada setiap masa dengan
pengawasan guru;

6.3.7. memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan
dan keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu
pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan
setiap hari. Peringatan secara berterusan dilaksanakan
semasa PdP;

6.3.8. memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap
mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan (hand
sanitizer) boleh digunakan;

6.3.9. memastikan guru atau pembantu pengurusan murid
membantu MBK yang perlu memegang bahan bantu
belajar (guna sama) seperti gambar rajah timbul dan
peralatan khas mencuci tangan dengan air dan sabun
atau pensanitasi tangan (hand sanitizer);

6.3.10. memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan
selang satu tempat duduk apabila mereka menaiki
kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster;

6.3.11. mengingatkan murid untuk mematuhi dan
menggunakan laluan pergerakan yang disediakan.

6.3.12. membekalkan pelitup muka kepada murid yang
bergejala dan mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit
sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa
mereka pulang.

6.3.13. memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan
imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup
muka.

6.3.14. memastikan guru bimbingan dan kaunseling
melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi
mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma
baharu di sekolah;

6.3.15. memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor
pembersihan, pengusaha kantin dan pembekal
perkhidmatan makanan bermasak di asrama serta
membuat penegasan supaya sentiasa mengingatkan
pekerja mereka mengenai perkara berikut:

a. mengimbas suhu badan mereka setiap hari
sebelum memulakan tugas;

b. tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah
jika bergejala;

c. mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian

pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain; dan

d. mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci
tangan dengan air bersih dan sabun).

6.3.16. memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat
kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan
warga sekolah yang disahkan oleh PKD:

a. mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak
rapat bagi membantu PKD;

b. memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan

c. mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai
keperluan melaksanakan pembasmian kuman di
lokasi yang dikenal pasti.



6.4. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan
PdP di rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan
mengikuti PdP di sekolah, sementara murid lain akan mengikuti
PdP di rumah.

6.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi
melancarkan pelaksanaan PdP:

a. mengadakan mesyuarat penyelarasan
pelaksanaan PdP;

b. menyusun jadual PdP dengan mengambil kira
bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan
guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas
peperiksaan turut dilibatkan;

c. melakukan semakan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP

d. melaksanakan pemantauan PdP; dan

e. memberikan bimbingan secara berfokus kepada
guru untuk memastikan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara berkesan.

6.4.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
a. merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP
yang bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh
diterokai adalah seperti pembelajaran teradun
(Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran
bersemuka dan penggunaan teknologi secara
dalam talian;

b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang
akur kepada keperluan penjarakan sosial;

c. memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak
melibatkan aktiviti luar bilik darjah; dan

d. memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum
secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke
suatu tarikh yang akan dimaklumkan
.
6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah:
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP
mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan
kesesuaian setempat;

b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian
seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan,
radio atau media sosial bagi murid yang bersedia
untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut;

c. mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta
keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan
murid untuk melaksanakan PdP secara dalam
talian;

d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau
disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak
mempunyai akses Internet;

e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek
dengan menggunakan sumber yang mudah
didapati oleh murid sekiranya bersesuaian;

f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di
sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak
serahan yang diletakkan dalam pondok
keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan
bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut
jadual yang ditetapkan;

g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah
berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz
dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara
dalam talian atau serahan tangan; dan

h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi
persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat
menyerahkan ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi
membantu pihak sekolah

6.5.1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan
penularan jangkitan COVID-19:

a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan
berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan
selepas menaiki kenderaan;

b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat
tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu
sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau
orang sekeliling;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa
mengamalkan kebersihan sebelum dan
selepas makan;

d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang
menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;

e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan
makanan dan minuman dari rumah untuk
anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan
dan kesesakan di kantin;

f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan
yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;

g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi
makanan dan minuman dengan murid lain; dan

h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak
jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah
dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

6.5.2. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan
sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang,
rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah dan

6.5.3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi
tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan
untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan
berkeperluan).


6.6. Pengurusan Asrama
Pentadbir bertanggungjawab memastikan:

6.6.1. pengangkutan bas disediakan oleh KPM untuk murid
yang berada di luar kawasan untuk kembali ke asrama
bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Sukan
Malaysia (SSM), Sekolah Seni Malaysia (SSeM),
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional
(KV) dan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) kecuali ibu
bapa/penjaga yang hendak menghantar anak mereka
sendiri;

6.6.2. murid yang sihat sahaja yang dibenarkan kembali ke
asrama. Sekiranya mereka tidak sihat, mereka
hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan disahkan
sihat sebelum bersedia untuk balik ke asrama;

6.6.3. murid yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM
dan STAM digalakkan tinggal di asrama sekiranya
kemudahan asrama mencukupi;

6.6.4. saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran
masuk ke asrama. Murid yang didapati mempunyai suhu
badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala perlu
diasingkan di bilik kesihatan/sakit, diberikan pelitup
muka untuk dipakai dan dihantar ke klinik kesihatan
untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu
bapa/penjaga;

6.6.5. persediaan pihak sekolah sebelum murid masuk
ke asrama:

a. katil murid dijarakkan satu (1) meter antara satu
sama lain. Bahagian bawah katil dua tingkat
(double-decker) sahaja digunakan;

b. tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk
murid beratur bagi semua bilik khas yang
bersesuaian (tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik
gosok dan pantri);

c. jadual penggiliran waktu makan disediakan di
dewan makan sekiranya perlu;

d. tempat beratur dan kedudukan tempat makan
dewan makan diletakkan penandaan bagi
penjarakan sosial (contoh: jarak satu (1) meter
untuk beratur semasa mengambil makanan dan
menghantar dulang makan di dewan makan
asrama) dan tanda tempat duduk dengan
penjarakan sosial semasa waktu makan;

e. susunan tempat duduk kelas persediaan (prep)
ditandakan dengan jarak sekurang-kurangnya satu
(1) meter; dan

f. alat pengimbas suhu badan perlu disediakan
di asrama.

6.6.6. makluman dan peringatan berkaitan penjarakan sosial
dalam kalangan murid perlu dilaksanakan sebelum
murid pulang dari sekolah dan ketika murid berada di asrama

6.6.7. perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam
kalangan murid di asrama tidak dibenarkan. Warden
perlu memantau keberadaan murid di asrama;

6.6.8. semasa di asrama, murid yang tidak sihat perlu
diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta
dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa
pulang oleh ibu bapa/penjaga;

6.6.9. murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada
warden sekiranya diri sendiri atau rakan mengalami
tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau
sesak nafas;

6.6.10. solat berjemaah di surau dan semua aktiviti
berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan
menggunakan sejadah sendiri untuk solat;

6.6.11. pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di
asrama sekiranya terdapat urusan kecemasan. Pelawat
perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua
Warden sahaja;

6.6.12. pemantauan secara berkala perlu diadakan
bagi memastikan murid sentiasa mematuhi penjarakan
sosial dan berada dalam keadaan sihat;

6.6.13. aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak
dibenarkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman
lanjut; dan

6.6.14. jadual bertugas kepada semua guru secara penggiliran
disediakan bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Jumaat, 22 Mei 2020

KRIM GELENGGANG SABUN GELENGGANG CASSIA ALATA


KRIM & SABUN GELENGGANG

In Sha Allah mujarab untuk  panau: kudis  : kurap:  exzema  :  ruam  :  ulat air  :  kulit allergic  :  gigitan serangga : kesan chicken pox dan lain-lain.

✅Krim cepat meresap
✅Kesan yang cepat dan efecktif
✅Harga promosi berpatutan
✅Sesuai semua jenis kulit
✅Sesuai semua peringkat umur 
✅Produk Muslim
✅Sesuai dewasa dan kanak kanak

Tak perlu ragu ragu lagi kerana kerana kami mempunyai banyak testimoni terbaik daripada customer kami 😊

Jom kita USAHA dan IKHTIAR 

HARGA: RM30-RM60 Termasuk Postage

#gelenggang
#krimgelenggang
#ubatgatal
#ubatkudis


KRIM DAN SABUN GELENGGANG

KRIM DAN SABUN GELENGGANG

KRIM DAN SABUN GELENGGANG

KRIM DAN SABUN GELENGGANG

KRIM DAN SABUN GELENGGANG

Harga2 berbeza kerana saiz sabun dan jumlah krim

Saiz Sabun ialah:
Sabun kecik 15 gram
Sabun bulat 45 gram
Sabun besar 100 gram

PANAU PADA  WAJAH SEMAKIN PULIH

Masalah PANAU pada wajah⁉️ Dah macam-macam cara dah diusahakan sehingga buntu. Beli ubat sapu di farmasi dah, pergi beli ubat hospital pun dah, berubat apatah lagi dah . Sampai segan nak keluar dengan rupa berpanau ni, mula lah mulut orang kampung berbunyi itu ini😭 Buatkan diri terus down bila orang mengata belakang kita ni. Ubat apa yang ok utk sembuhkan panau ni☹️?

Selepas seorang kawan sarankan Produk Gelenggang ni Alhamdullilah panau pada wajah ini semakin lenyap 😍 Lepas ni dah tak segan dah nak berjumpa dengan orang kampung 😍 Asbab PRODUK GELENGGANG ini sangat bagus utk yang ada masalah seperti ini. Baik ke baik sangat 😋

KRIM & SABUN GELENGGANG
Harga RM30-RM60
TERMASUK POSTAGE

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN,

CONTACT saya:
www.wasap.my/+60103443880

Rabu, 15 April 2020

MD7 NTDOT PELUANG BISNES M.L.M 2021 TERBAIK

WIN NETWORK SDN BHD menyediakan satu peluang perniagaan yang hebat. 

Klik Wasap





Plan Marketing Ntdot Oleh Jutawan WN En Azman dari Batu Pahat

Plan Pemasaran Win Impact Network NTDOT Oleh Cikgu Baha

Plan Pemasaran Win NTDOT oleh saya sendiri Mat Som

Produk NTDOT yang terbukti berkesan dan Plan Pemasaran yang menarik dan menguntungkan.
Contact Saya di no



Assalamualaikum dan Salam Kejayaan!

Antara Testimoni NTDOT. Stroke 4 tahun dah boleh berjalan

En Zamri Katimin dari Pt Baru Seri Medan, selepas menjalani pembedahan jantung di IJN beliau tidak dapat berbaring di katil, terpaksa tidur di kerusi malas. Selepas mengamalkan NTDOT Alhamdulillah beliau dah boleh tidur dengan nyenyak. Selain itu beliau sudah bertenaga yang mana sebelum ini sangat lemah. Selain itu pernafasan juga sudah normal. Alhamdulillah.
 
Cikgu Affandi Kasim dari Taman Bukit Mutiara Batu Pahat, selalu melihat video saya di Youtube. Beliau akhirnya menghubungi saya. Masalah besar beliau ialah buku lali sakit dan susah untuk berjalan dan menaiki tangga. Selain kesan eksiden masa dulu menyebabkan sakit saraf. Syukur Alhamdulillah kini semua masalah itu telah pun dapat diatasi dengan asbab perawatan produk NTDOT.

Puan Musanah dari Mersing dulu mengalami beberapa masalah kesihatan ..kini dah pulih dan turut memperkenalkan kepada kawan-kawan beliau

Testimoni Kejayaan Bisnes NTDOT tonton video di bawah

Antara testimoni kejayaan para pengedar adalah seperti yang dipaparkan di bawah!







Dan Ramai lagi....yang tak dapat dipaparkan semuanya di sini...Jika ada syarikat yang mudah untuk kita dapat income buat apa kita pilih syarikat yang susah nak dapat bonus. Jika ada lebuh raya yang luas dan cantik, buat apa kita pilih jalan yang sempit dan berliku?

Dan Produk Terbukti hebat! Alhamdulillah

Doa saya untuk anda....
Semoga Tuan Puan Sdra Sdri terus dilindungi Allah daripada segala penyakit moden yang mengancam seluruh umat manusia..

Maaf pagi ini saya bertandang lagi...dan ingin memperkenalkan satu produk yang mungkin dapat meningkatkan kualiti kesihatan Tuan Puan Sdra sdri ....Produk itu ialah NTDOT.

Ramai yang tertanya-tanya Apa itu MD7 NTDOT?

MD7 =Million Diamond 7
NTDOT =Penawar

FALSAFAH NTDOT

Mengembalikan Keseimbangan dan kesembuhan Mutlak pada manusia dan Alam.

Antara bahan yang terkandung dalam NTDOT adalah:

1.Durian belanda
2.Sarang burung Walit
3.Kurma Merah
4.Delima
5.Madu
6.Goji
7.Moringga Oleifera
8.Buah Tin
9.Lidah buaya
10.Stevia

MD7 NTDOT
“Advance Superfood”

.Anti-oxidan
•Anti-inflammatory
•Anti –cholesterol
•Anti-depressant
•Anti-fungal
•Anti-Tumor
•Anti-Cancer
•Anti- Aging


1.Anti Oksidan
2.Anti Keradangan
3.Anti Kolesterol
4. Anti Tumor
5.Anti Funggal/anti kulat/kurap
6.Mengurangkan kandungan gula dalam badan
7.Menangani masalah saraf
8.Menangani masalah sembelit
9.Membuang toksin
10 Menormalkan tekanan darah
11.Meningkatkan imunisasi badan
12.Membaiki system penghadaman
13.Menggalakkan pertumbuhan rambut
14.Membaiki kesihatan kulit
15.Meningkatkan tenaga


 PELUANG BISNES MLM NTDOT
 NTDOT BAIK UNTUK SISTEM IMUN

PRODUK NTDOT

NTDOT adalah makanan Tambahan Terbaik yang tinggi dengan Antioksidan yang di formulasikan dengan Seni dan Sains Gabungan Tumbuh-tumbuhan,Buah-Buahan serta makanan Sunnah terpilih yang telah di buktikan Oleh Pakar-pakar pemakanan,pengamal-Pengamal Perubatan moden dan tradisional Sejak 1600 Tahun dahulu,antaranya WHO World Health Organization/Pertubuhan Perubatan Sedunia bagi Menyelesaikan segala masalah yang Berkaitan dengan Kesihatan dari segi mental,fizikal,spiritual dan rohani manusia.

NTDOT adalah Alternatif Kepada rawatan, pengobatan serta pencegahan bagi Menyelesaikan segala yang berkaitan dengan ketidakseimbangan pada diri Seseorang.

NTDOT berkesan,Tiada kesan Sampingan dan Selamat di gunakan bermula Seawal janin Sehingga dewasa.Orang yang sihat juga amat baik amalkan NTDOT utk mencegah dari sebarang Penyakit kerana bahan-bahan yang terkandung dalam NTDOT mempunyai zat dan vitamin yang diperlukan oleh Sistem tubuh seseorang manusia.

NTDOT bukan sahaja untuk di minum(dalaman)malah NTDOT juga boleh untuk kegunaan luaran,seperti masalah yang berkaitan dengan Kulit Seperti luka,gatal-gatal dan sebagainya.

NTDOT amat sesuai di ambil sebelum makan 2 kali sehari,pagi dan malam.Mereka yang Makan NTDOT perlu minum air yang mencukupi mengikut keperluan badan seseorang.

NTDOT adalah kurniaan rezeki dan in sha Allah Ianya asbab utk menyelesaikan segala masalah Kesihatan. Kesembuhan Itu Milik Allah..

Ayuh bersama Win Impact Network Sdn Berhad, melalui produk hebat NTDOT..

Cepat....
Hubungi saya:
www.wasap.my/+60103443880





SIJIL SAH AJL WIN IMPACT NETWORK SDN BHD

Sabtu, 4 April 2020

APA KAITAN SURAH AL AHZAB AYAT 33 DENGAN VIRUS CORONA?

Satu persoalan telah terjawab malam ini...

Sebulan dua ini ada sahaja orang mengaitkan Ayat 33 Surah Al Ahzab dengan wabak Corona. Seorang ustaz tidak bersetuju dengan hal yang sedemikian.

Pesanan ustaz yang tidak dinamakan itu disampaikan kepada Ustaz Fadzlan jiranku lalu beliau kongsikan melalui Group qariah aku Simpang Tiga Pt Sulong ni...

Ustaz tu menaip begini⬇️⬇️

Perkataan duduk diam dlm ayat tu ada وقر...bukannya قرن...

Sy sgt tidak bersetuju dgn mengaitkan perkara2 yg tidak bersangkutan sama sekali...

Waqara وقر (telah menetap) - kata kerja past tense
Yaqiru يقر (sedang menetap) - kata kerja present tense
Qar قر (menetaplah kamu lelaki) - kata kerja perintah
Qarii قري (menetaplah kamu perempuan)
Qarna قرن (menetaplah kamu semua perempuan2)

Dari mana nak kaitkan perkataan Qarna dgn corona?

Virus corona juga dieja dengan كورونا bukannya قرن

Hanya kebetulan bunyi yg seperti sama

Ayat surah al-ahzab itu turun sebagai perintah Allah keatas wanita supaya tidak keluar dari rumah (tanpa keuzuran syar'ie), tidak berhias spt wanita2 jahiliah, perintah mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan taat kpd Allah dan Rasul...

Kalau kita nak kaitkan sesuatu, pastikan kaitan itu dalam konteks yg betul dan bukan semata2 kerana bunyi (sebutan) yg seakan2 sama sedangkan maksud dan tafsirannya adalah berbeza sama sekali...

Yg ada kaitan dgn apa yg berlaku skrg, klu kita nak ambil pengajaran adalah ini sebagai pengalaman kita untuk berdepan  dgn fitnah dajal

Sbnrnya klu nak cari dalil tentang perlunya kita duduk diam dalam rumah pada masa ini, ada dalam hadis Nabi yg jelas menyuruh kita untuk tidak pergi ke tempat wabak, dan org di tempat wabak tidak keluar dari tempatnya...

Tak perlu nak kait2 dgn ayat yg sebenarnya tak berkaitan pun...

Rabu, 1 April 2020

KITAB AZA'IMU DUHUR KITAB SIAPA?

Maaf sekadar perkongsian
Ramai org tanya saya mengenai kitab Aza'imu Duhur oleh Abi Ali Addabiziri, yg merangkap satu syair dan menyebut pasal corona.

Sebenarnya untuk pengetahuan semua kitab ini adalah kitab syiah.  Kenapa org kita mudah berkongsi dan mempercayai apa yg telah diviralkan tanpa menyelidiki terlebih dahulu?

Bukankah Allah telah befirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)

Begitu juga hadis sebagaimana Yang telah diriwayatkan boleh Muslim dgn sabdanya

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: Cukuplah seorang itu dianggap berdusta apabila dia bercakap segala apa yang dia dengar. Riwayat Muslim.

Imam al-Nawawi berkata: Di sini menunjukkan larangan daripada bercakap setiap apa yang dia dengar kerana boleh jadi dia dengar pada adatnya benar atau dusta. Justeru, apabila dia berbicara setiap apa yang dia dengar, maka sesungguhnya dia telah mendustakan dengan berita-beritanya yang boleh jadi bukan begitu. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

Begitu juga baru baru ini dihebohkan mengenai buku Iqra yg menyebut pasal corono.

Kita mudah tertipu dengan ramalan ramalan yg kononnya telah menyebul hal sedemikian.

Kesimpulannya:

Ingatlah bahawa semua ramalan adalah termasuk dalam perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT.

Firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Ertinya nya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman"(Surah al-A’raf: 188)

Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda :

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Ertinya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Ahmad)

Hal ini banyak saya telah huraikan dlm kitab saya yg bertajuk Aku Bukan Pendosa.

Wallahua'lam

Nik Nizam Nasir
Pejabat Agama Jajahan Bachok

Saya Tambah:

Jika sesuatu kitab itu bagus, dan popular di kalangan ilmuwan, maka ia akan diperkatakan orang dalam blog-blog...

Dengan orang menghuraikan dalam blog atau web, maka sesuatu itu akan masuk carian Google.

Jika kalian tak ada akaun Facebook..contohnya nama kalian juga tidak akan tersenarai dalam carian Google.

Cuma pelik kitab besar tidak ada dalam senarai pencarian Google? Adakah ini kitab yang baru ditulis?

Ahad, 22 Mac 2020

PESAKIT KE 136 PUNCA GELOMBANG KEDUA COVID-19?

Sehari dua ini, netizen menyalahkan Pesakit ke 136. Katanya pelajar kita di Korea yang baru balik dari sana dan join di perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling tu..

Ini pendapat sayalah..

Pada masa itu, hujung Feb. Setiap orang yang balik dari Korea di Klia1 dan Klia2 dapat 1 kertas, memperingatkan agar ke hospital jika ada tanda2 demam, batuk dan selsema.

Sama ada orang itu nak kuarantinkan diri atau tidak, bergantung pada individu itu sendiri. Tak ada sesiapa yg menelefon atau mengawal pergerakan dia bagi memastikan mereka dikuarantin.

Maka, kat situ ada satu kekurangan. Tambahan pula individu ini tidak ada tanda2 atau simtom2...Dia sendiri tidak terlintas langsung perkara ini akan terjadi. Pemeriksaan KKM di KLIA memang lepas kerana suhu badan ketika itu normal. Inilah bahayanya virus ini.

Untuk akan datang, jika ada virus baru atau wabak baru. Semua yg datang atau balik dari negara berisiko. Mesti dikuarantin di satu tempat khas (hospital), jika di rumah, hanya diri sendirilah yg mengawal...kalau ada sikap acuh tak acuh inilah jadinya.

Saya juga balik dari Korea pada 29 Feb. Saya kawal dgn ketat semua ahli keluarga saya 7 orang untuk tidak bertemu sesiapa selama 14 hari tu. Saya tahankan diri untuk tidak berjumpa sesiapa hatta ibu saya. Habis kuarantin 14 hari kini satu negara pula dikuarantin gara2 pemuda ini (jika benar dakwaan ini).

Selasa, 10 Mac 2020

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN SEPANJANG DI KOREA SELATAN

JEJU ISLAND

Dalam entri ini aku paparkan gambar-gambar sepanjang kami berada di Korea Selatan antara 22 Februari hingga 29 Februari 2020 yang lalu. Ketika kami menjejakkan kaki kami ke bumi kimchi ini, kes Coronavirus hanya sekitar 200 kes, namun setelah kami keluar dari negara ini kes Covid-19 yang ditakuti penduduk dunia ini telah melepasi 3000 kes. Dan ketika aku menulis entri ini hari ini kes Corona di Korea telah mencapai 7000 lebih kes.

NAMI ISLAND 
NAMINARA REPUBLIC ISLAND

Walaupun begitu kami tetap meneruskan apa yang telah kami rancang sebelum ini, termasuk berkunjung ke Nami Island yang sangat indah dan memukau itu. Pastinya lawatan ini tidak lengkap tanpa kunjungan kami ke Nami Island atau dikenali di sana sebagai Republic Of Naminara.

Gambar ini ialah setibanya kami di Jeju Airport dari Malaysia. Kami menaiki MPV menuju ke tempat kereta sewa. Banyak kereta boleh disewa, dan kami memilih Kia Carnival

Pantai Ilchulbong

Pagi-pagi aku keluar untuk melihat keindahan pantai Ilchulbong..Pantai ini kelihatan berbatu-batu dan terdapat banyak rumpai laut yang menghijau di tepi pantau

Setiap kali kami bergerak, kami menaiki teksi atau TADA (seperti Grab). TADA adalah kereta MPV yang muat untuk kami sekeluarga 7 orang. TADA dan teksi di Korea Selatan begitu cekap dan pantas. Tak sampai lima minit setelah kita memanggil, mereka akan muncul di depan kita. Kalau kita terlewat sudah pasti kita malu, kerana semua rakyat Korea kelihatan sangat menepati masa dan bergerak pantas.

Beach near Seongsan Ilchulbong, Jeju Island.

Beach at Seongsan Ilchulbong, Jeju Island.

Semua happy je walau diancam Corona

Gimpo International Airport

Mungkin sebab muka aku ketika tiba di Gimpo International Airport ni macam pengganas ISIS, dua orang askar Korea sentiasa mengawasi gerak-geri aku. Oleh sebab tidak selesa sentiasa diperhatikan dengan wajah curiga cepat-cepat keluar dari lapangan terbang ini.

Keindahan Jeju Island

Bunga-bunga kuning ini hidup subur di Jeju walaupun musim sejuk

Bila lagi nak bergambar? Peluang duduk di Jeju selama tiga hari tentu tak dilepaskan.

Untuk puas berada di Jeju ni eloknya sekurang-kurangnya seminggu. Baru boleh pergi banyak tempat.

Irfan Iman berposing


Jeju Island sejuknya 5 darjah celcius. Kalau di Nami waktu kami ke sana 1 darjah celcius

Mula meronda-ronda bandar Seoul


Kat Korea ni barulah seronok untuk bergambar berdua


Tolong jangan muntah dengan gambar-gambar ini

Di hadapan Korea University

Alhamdulillah Aliff Iskandar tahan dengan cuaca di Korea
Sebelum pergi aku sangat risau akan anak aku sorang ini.

Majlis rasmi Konvokesyen telah dibatalkan atas arahan kerajaan Korea Selatan, setakat bergambar-gambar depan universiti je lah

Ili Nabilah 
Antaranya gambar ini.

Nak tunduk ke nak mendongak ke asal tak sedut virus Corona yang sedang berterbangan di langit Korea...hahahaha

Kalau takut topeng jangan tanggal

Bergambar bersama En Ismail Busran ayah Fina kawan sebilik Ili Nabilah. En Ismail sentiasa macho dan kacak.

En Ismail Busran yang selalu senyum dan ceria

Apa khabar En Ismail...Ok ya...Insha Allah tak kena COVID-19. Orang kampung kita risaukan kita tu


Inilah Fina kawan serumah Ili Nabilah. Orang Rawang. Anak dara En Ismail.

Ili Nabilah bersama rakan-rakan sekelasnya di Korea University


Anak bujang En Ismail




Ibu yang banyak memberikan motivasi dan doa sepanjang Ili berjuang di sana


Indahnya Nami Island  

Inilah gambar foto yang paling mahal bagi aku daripada banyak gambar lain yang nampak ada anak aku yang menggedik

Aku adalah aku




Pondok rumput di Nami Island, sesuai untuk musim sejuk


Kentang Goreng Di Nami Island

Harga sepinggan nasi di Korea jangan ditanya, nanti kau tak akan selera makan






Inilah lokasi rumah sewa Ili sepanjang dua tahun Ili di Korea. Sebelum tu Ili dan Fina tiga tahun menyewa rumah di tempat lain. Semasa kami datang ke Korea dua hari kami menginap di resort Jeju, dan empat hari kami menginap di sebuah home guest di Seoul dan akhirnya tiga hari di rumah sewa Ili ini.

Inilah gajet internet untuk pelancong yang boleh dibeli di airport dan hendaklah dipulangkan di airpot semula sewaktu berangkat pulang. Speed  internet di sana sangat laju, bayangkan sepanjang di sana aku dapat upload 20 video youtube. Nak tengok video tu?



Sekian sahaja laporan aku sekeluarga sepanjang kunjungan aku ke Korea Selatan. Untuk akan datang tentunya aku BERIMPIAN akan ke Mekah, itu sudah tentu wajib bagi semua orang Islam, dan kalau ada rezeki nak tengok adik aku yang menggedix di Perth. Akhirnya impian aku nak ke rumah Ibnu Massud di depan Bank Negara Madiun Indonesia itu. Tempat-tempat lain masih kabur lagi...Insha ALLAH, Alangkah seronoknya kalau pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan dan saudara-mara..