Khamis, 22 Disember 2022

DOAKU DARI SINI

 


Assalamualaikum  sahabat, buat semuanya

..Selamat menunaikan ibadah solat Dhuha tak lagi ni...


Didoakan buat seluruh umat islam sahabat muslimin muslimat 

Semoga dilimpahi rahmat dan redho Allah..


Semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah seperti air zam zam mengalir tanpa henti..


Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan beramal ibadah

Semoga kaya berjaya jutawan dunia akhirat...

Semoga dipercepatkan hajimu atau umrah..dan yang telah pergi, semoga dapat ke sini lagi..

Semoga tabah cekal hati menempuh cabaran kehidupan...


Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat

Semoga berjaya dalam kerjaya, rumah tangga dan apa2 bidang yg diceburi ..


Semoga istiqomah dalam kebaikan..


Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang...dan disayangi manusia .dan Allah SWT


Semoga dapat waqaf infaq harta ke jalan Allah....dan tidak membazirkan rezeki pada yang sia2...


Semoga mendapat syafaat rasulullah di akhirat nanti..


Semoga dapat menolong orang susah anak yatim faqir miskin....


Semoga sentiasa buat amar makruf nahi mungkar....dan dijauhi sikap penakut dan bacul dan tidak peduli kepada umat ini..


Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan pertolongan Allah, di mana2 saja berada ..


Semoga ceria gembira selalu...


Semoga sentiasa tercapai segala hajat doa impianmu...


Aaminn ya Allah 

Aaminn ya mujib


Aamin ya robbal Alaminn

Selasa, 20 Disember 2022

KEMBARA IBADAH KE BUMI BARAKAH

 Kembara Ibadah Ke Bumi Barakah



Seawal jam 7.00 pagi aku berkumpul dengan 26 orang jemaah lain di Dataran Taman Mutiara di perumahan aku ini. Memang itu yang aku inginkan daripada ustaz Hasanin Tamio mutawif kami. Dan biasanya begitu agaknya. Selebihnya 14 orang dihantar oleh anak dan keluarga di KLIA.


Lebih kurang pkl 12.00 tengah hari bas sampai di KLIA, satu taklimat diberikan oleh CEO Glocal Travel yang menguruskan umrah kami.


Jam 2.00 petang kami terus menjalani pemeriksaan kastam, dan kami bersolat di surau bording area.


Jam 3.25 petang MH 158 membawa kami terbang ke bumi Rasulullah SAW. Dalam kapal Boeing ini dipenuhi oleh jemaah umrah dari Glocal Travel dan Tiram Travel.


Penerbangan selama 9 jam, aku tidak dapat tidur langsung. Itulah kelemahan aku. Aku lihat isteriku Hamidah nyenyak tidur. Tentu dia kepenatan berhari-hari menyiapkan persiapan umrah di samping tetap menyiapkan tempahan jahitan daripada para pelanggannya..


Tambah-tambah aku tak dapat tidur, di sebelah aku ni seorang akak yang berdengkur kuat. Ah, mungkin itu dugaan kecil sahaja...Dia pun berpenat lelah untuk pergi ke umrah ini barangkali...


Apabila berada dalam rombongan jemaah umrah ini, aku gembira sekali dapat berjumpa kawan-kawan lama. Antaranya Kak Kalsom yang sangat peramah itu. Juga Cikgu Rahman Hamid, Cikgu Norman Naim dan isterinya Cikgu Zaimah. Di sini juga aku bertemu kembali Hj Maliki dan Kak Salmah, dari Parit Simis Seri Medan. Mutawif aku ni pula sahabat lama aku masa mengajar di SMK Penghulu Saat sekitar awal tahun 2000 dahulu.


Dua hari lepas, aku telah bertemu dengan seorang sahabat aku dari Selatan Pahang. Dia memberitahu sembilan orang guru dari sekolahnya telah mendaftar umrah dengan satu syarikat yang kurang dikenali. Sudah daftar sejak bulan Mei 2022 lagi. Tiba-tiba syarikat gagal untuk menguruskan, dan nasib baiknya duit telah dipulangkan.

Namun mereka sangat kecewa, jika tahu terjadi begini alangkah baik berurusan dengan syarikat yang telah pun ternama dan terbukti pengurusan umrahnya. Bukan sedikit persiapan yang telah dibuat, di samping kecederaan mental sahabat-sahabatnya itu.


Aku pulak mendaftar dengan Ustaz Hasanin ini kerana beliau telah berpengalaman membawa jemaah umrah bertahun-tahun. Alhamdulillah, akhirnya hari ini aku tiba di bumi Rasulullah buat pertama kali dalam hidup aku dan isteri.


Masjid Nabawi, Madinah

Jumaat, 16 Disember 2022

PH TAKUT DENGAN SEKOLAH PASTI?

Kerajaan PH Takut dengan PASTI, SRITI DAN SMITI.



Ketakutan itu disebabkan undi generasi muda kpd PAS dlm Pru15 baru2 ini, adalah kesan daripada didikan PASTI, SRITI & SMITI.


Soalan Wartawan kepada Menteri Pelajaran yang baru ini, Membayangkan Sangkaan Buruk Musuh-musuh PAS.


Kelantan, Terengganu PAS bertapak kukuh, kerana byknya sekolah rendah dan menengah Islam. 


Kini, sekolah2 ini telah berkembang ke negeri2 lain, dan kebimbangan itu nampak sangat, apabila Lim Kit Siang mula bersuara agar Kjaan PH bertindak dari sekarang untuk mengekang kemaraan 'Taliban' ini. 


Makanya, sekolah2 ini mula disebut2 untuk diganggu.


Sepatutnya Kjaan perkasakan sekolah2 mereka, terutama di Sabah yg dhaif itu. Juga byk sekolah2 di kampung2 kita ni, terlalu byk kekurangannya, guru2 dan PIBG dah biasa berkorban duit untuk membaik pulih dan memperindah kelas dan kawasan sekolah...Meja2 buruk, dan kerusi pun semakin sukar untuk berganti..


Dulu Dr Mahathir pun menganggu sekolah2 agama rakyat, dgn memotong bantuan ke sekolah2 itu...Tp org Melayu bersatu ..sekolah2 ini dapat terus bertahan sehingga sekarang..


Jika nak dikaji, itu sekolah-sekolah Cina swasta itu. Buku-buku terang-terang berkiblatkan negara nenek moyang dan tidak mahu mengakui sejarah yang tercatat di negara ini, itu yang perlu dipantau dan buat transformasi, bukan sekolah PASTI, SRITI dan SMITI, yang sudah berkurun kewujudannya, cuma zaman dulu dikenali sebagai sekolah pondok. Konsep dan fikrah tak jauh berbeza. 


Jika mereka tuduh kita extrimis agama, apa kurangnya mereka? Menanamkan semangat rasisme yang bukan kepalang dan terus jadi masalah kepada perpaduan rakyat Malaysia.

Selasa, 6 Disember 2022

NEGERI-NEGERI BAWAH UMNO DAN PAKATAN HARAPAN YANG LAKSANAKAN CABUTAN NOMBOR JUDI


 Realitinya..


Negeri yg terlibat cabutan judi khas 8 kali setahun


1) Selangor / PH

2) Pulau penang / PH

3) Negeri Sembilan / PH

4) Johor / UMNO

5) Perak / UMNO❤ PH

6) Melaka UMNO ❤PH

7) Perlis

8) Pahang UMNO❤PH


Negeri yg tidak terlibat - Zero Cabutan


1) Kelantan / PAS

2) Terengganu /PAS

3) Kedah / PAS


Nota:InshaAllah Perlis akan menyusul haramkan judi

Isnin, 5 Disember 2022

SALAM TAKHZIAH BUAT DATUK ZULKURNAIN KAMISAN SEKELUARGA

                    Video Di Rumah Datuk Jun

Assalamualaikum wbt Salam takziah kepada keluarga Dato Hj Zulkurnain bin Hj kamisan atas permergian anak lelakinya Abid fikri Iskandar bin Zulkurnain petang semalam 4 Disember 2022. Allahyarham Abid ialah anak sulong Datuk Zulkurnain daripada tiga orang adik-beradik.

Mohon sahabat sedekahkan fatihah semoga rohnya di tempatkan di kalangan org yang beriman. 

Al Fatihah:

     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الَّمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِ يْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّيْنَ. اَمِينْ 

Datuk Zulkurnain ialah ADUN Seri Medan.Seorang pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat di kawasan Parit Sulong dan Seri Medan.

Selasa, 29 November 2022

Jumaat, 25 November 2022

SIDANG AKHBAR PERTAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 10 ANWAR IBRAHIM

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dan Salam Sejahtera

Apa khabar Malaysia



Kulihat ada kawan2 yg mcm lemah lutut kerana idolanya gagal jadi PM, jgn down sgt, PN telah menambah satu negeri lagi Perlis, setelah mguasai 3 negeri lain sebelum ini....


Semua ni dah qada dan qadar drp Allah, bahawe Anwar PM 10 Malaysia.


Kita kena terus move on. Jgn down. Buat penyokong2 Anwar dan Pakatan Harapan saya ucapkan Tahniah, kerana impian anda jadi kenyataan.


Ini membuktikan usaha yg berterusan, walau digasak masuk penjara dan sebagainya, akhirnya Anwar mencapai impian besarnya....


Yang kesian adalah pengundi2 Umno yg ditipu hidup2. Sekarang kita tahulah bahawa ahli politik itu majoriti besarnya lidah bercabang.


Satu lagi, inilah akibat kalian tidak mahu mendengar nasihat ulama2 kita...


Itu hanya pendapat saya. Jangan marah

Isnin, 21 November 2022

TAN SRI MUHYIDDIN YASIN PM KE 10


 

Setelah melihat GPS dan GRS berikrar bergabung bersama Perikatan Nasional, ditambah dengan blok Dato Sri Hishamudin Husin yang lebih cenderung untuk bersama kerajaan yang akan dibentuk, petang ini kita akan menyaksikan Tan Sri Muhyidin Yasin sekali lagi akan dimuktamadkan sebagai Perdana Menteri kita yang baru. 

Dato Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai bilangan yang cukup, tetapi reaksi wajah beliau kelihatan tidak ceria dan ini sudah menggambarkan beliau sekali lagi gagal menjadi Perdana Menteri. Semoga Malaysia terus sejahtera dibawah pimpinan kerajaan baru yang akan dibentuk minggu ini.

Rabu, 16 November 2022

CARA-CARA PARKING KERETA YANG BETUL

 KREDIT UNTUK: Jemi Nur Jaman (Tiktok)


 





Walaupun aku sudah 32 tahun memandu kereta, tetapi bab parking ni aku tak mahir. Aku mesti belajar lagi, aku agar lebih cekap. 

Tuan Puan bagaimana ya? 

Selasa, 15 November 2022

BILA GAJI YOUTUBE DIBAYAR?

 Artikel untuk Youtuber Baru. 



Kitaran pembayaran AdSense berlaku sebulan sekali. 


Anda akan memperoleh anggaran pendapatan sepanjang tempoh sebulan, kemudian pada awal bulan berikutnya, pendapatan anda akan dimuktamadkan dan diterbitkan pada baki anda di halaman Pembayaran (Adsense YouTube). 


Jika baki anda melebihi ambang pembayaran ($100)dan anda tidak mempunyai penahanan pembayaran, bayaran anda akan dikeluarkan antara 22hb hingga 27hb tersebut. 


Harap maklum bahawa masa yang tepat bagi anda menerima pembayaran adalah bergantung pada zon waktu anda, sama ada 22hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti dan bentuk pembayaran yang anda pilih.


Katakan anda mengakru anggaran pendapatan sepanjang bulan Oktober. Pada 8 November, anda akan melihat jumlah pendapatan muktamad untuk 1-31 Oktober dimuatkan di halaman Pembayaran anda.


Kemudian, pembayaran akan dikeluarkan kepada anda untuk pendapatan bulan Oktober anda dan sebarang kredit lain pada baki anda sebagai pembayaran sekali gus pada atau sekitar 22-27 November.


Nota: Pendapatan YouTube yang dimuktamadkan untuk bulan sebelumnya ditambahkan pada baki akaun bayaran YouTube anda antara 8 hb hingga 13 hb pada bulan semasa. 


Contohnya, jika anda berada di Malaysia dan anda memperoleh $100 pada bulan Oktober, anda akan melihat baki ini di halaman utama AdSense untuk YouTube anda pada tarikh tersebut iaitu pada 8-13  November.


Kesimpulan begini:

1. Nak Tengok income bulan lepas yg tepat dlm youtube adsense Ialah 8hb-13hb. 


2. Kalau dah cukup $100, 22hb -27hb, masuklah gaji Youtube ke akaun kita. Bergantung pilihan bayaran yang kita pilih. 


3. Jangan tengok hari2, dlm Google Adsense tu, nanti frust. Itu diupdate sebulan sekali. 


4. Nak tgok hari2, tgok di studio Youtube kita 


Semoga ini memberi manfaat. Jika salah maklumat, youtuber2 hebat di fan ini mintak sangat tolong betulkan. Aku hanya serangga, masih dalam perjuangan untuk terbang lebih tinggi.

MAT SABU EJEK KITA WIRID DAP DAP DAP DAP DAP?



RBA DAP ajar org Melayu membenci lebai. Supaya apa, supaya orang Melayu jauh daripada petunjuk sebenar dan berpecah- belah tanpa pedoman. 

Hari ni ulama diperlekeh. Guru biasa macam kita pun sudah lama dipandang sebelah mata dan dipijak-pijak supaya orang Melayu hilang jati diri. Malah, mereka kini mula bersekongkol dengan dengan puak-puas rasis itu.

Tercatat dalam tinta sejarah, dalam zaman penjajahan lebai-lebai itulah yang memimpin perjuangan. Nama-nama besar seperti Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Kiyai Salleh, dan lain-lain lagi bukanlah lulusan ekonomi persis Rafizi, tapi mereka punya semangat juang luar biasa dan mempunyai karisma dan kepimpinan yang tak terkalahkan dengan tokoh-tokoh songsang yang lebih memuja komunis, sekular dan seumpamanya.

Sungguh sedih melihat apa yang berlaku hari ini. Mungkin 10,20, 30 tahun mendatang anak cucu kita sudah kehilangan ini tanah dan maruah... Nauzubillah min zaalik. Sekarang pun hendak memiliki rumah amatlah peritnya.

Mereka lebih sayang apek-apek tua yg punya agenda kaum mereka, sebaliknya mencerca, menghina, merendahkan martabat  lebai dan tokoh agama mereka.

Maka berkatalah mereka
MCA dan Gerakan lebih rasis.
Tetapi suara mereka minoriti, berbanding DAP yg sangat agresif, rasis, tengok saja ucapan mereka di parliment,  sepanjang yang kita saksikan  beberapa tahun kebelakangan ini.

Mat Sabu mengata kita dan mempersenda konon kita berzikir,

DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP 
DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP 

Memang pun kerana DAP telah membuktikan demikian, jika mereka bersikap bijaksana  tentu PH masih jadi kerajaan. 22 bulan dalam pemerintahan, walau cuma 40 kerusi tapi dia punya mendesak Tun M, sampai Tun M pun terpaksa lari bersama beberapa orang yang tidak tahan didesak dengan pelbagai tuntutan.

Jika Anwar tak join DAP rasanya dah lama dia jadi PM.

Sahabat aku bertanya aku. 
"Kau sokong apa?"

Aku tetap sokong PAS. Kerana disitu terdapat majoriti ulama. Kalau setakat masalah Hj Hadi kata peristiharan harta satu kebodohan, aku tidak tergugat. Bukan pun dia ada 47 kes mahkamah. Atau dia membunuh orang. Kalau kata Tuan Ibrahim ada kes tender terus RM2 Bilion, itu pun masih samar-samar , ya atau tidak, kenapa tiba-tiba Rafizi sebut dekat-dekat pilihan raya. Ingat. Rafizi pernah beberapa kali kalah dlm saman fitnah termasuk isu arwah Datuk Khalid Ibrahim dan beberapa kes lagi.

PH kata hendak memajukan negara Malaysia,
Tetapi diberi peluang perintah dua tahun , ekonomi makin jatuh
pelabur lari...

Hari-hari LGE wirid, negara sudah mau bengklap.

Masa PH perintah, duit tak pandai cari, sampai bukak TABUNG HARAPAN.

Harga sawit jatuh pada harga terendah ketika itu iaitu RM200 satu tan. Orang kampung menderita, dan buat kempen supaya minum minyak sawit. Berapa gelen kita mampu minum. Setakat seorang rakyat Malaysia minum dua sudu, dapatkah menampung ekonomi yang sedang sakit?

Ditambah Mahathir PM Pakatan Harapan ketika itu, serang india, akhirnya India boikot sawit Malaysia. Inilah ibarat bidalan kata  orang, sebab mulut negara binasa.

Selain itu, Anwar tidak boleh jadi calon Perdana Menteri, kerana pernah berkata:



"Tetapi kita tidak boleh menghukum golongan LGBT dan menerima undang-undang Anti LGBT sebagai relevan"  Kata beliau dengan satu televisyen barat.

Sultan Brunei pula beri amaran keras kepada golongan LGBT di sana...geleng kepala baginda dengan kenyataan Anwar bakal Perdana Menteri ke 10 pujaan penyokong Pakatan Harapan ini.

Rabu, 9 November 2022

BERITA TERBARU BEKAS GURU SMK PALOH TAHUN 90AN

Pt Sulong ni ada dlm 10 org dulu bertugas di Paloh:


1. Cgu Baharudin Tahir & Isteri (Cgu Zabedah)

2. Hj Norman Ibrahim-Sjkc Paloh

3. Junaidi Kasian-Sjkc Paloh

4. Abd Razak Othman-SmPaloh

5. Hj Suhood Kanapi & isteri Ustazah Mahani -SmkPaloh

6. Mashudi - SmPaloh

7. Saharudin Samsuri

dan Isteri - SmPaloh

8. Matsom

9. Hj Razan-SmPaloh anak jati Pt Sulong tp dah pindah Ypeng


11. Arwah Hj Shidan dan Isteri (Cgu Rashidah)


Utk Pengetahuan Cikgu Omar, Cikgu Hamzah Jilani (suami Ustazah Saadiah) Telah meninggal dunia kira2 3 tahun yg lalu. Dan Ustaz Azahar Shamsudin (Suami Cikgu Faezah Jaafar) juga telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Nama2 tadi semua pernah bertugas di Paloh khasnya SMpaloh.


Sekian utk makluman.

Selasa, 18 Oktober 2022

AKHIRNYA CIKGU MOHAMAD FADLI SALLEH TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN

Alhamdulillah keputusan ini satu kemenangan kepada semua guru, netizen dan rakyat keseluruhannya.

   Cikgu Mohamad Fadli Salleh merupakan seorang guru yang sangat berani menyuarakan apa yang terbuku di hati para guru. Suara beliau mewakili suara 400 ribu guru di negara ini 

   Puluhan ribu guru telah bersara awal dan beribu-rubu guru lagi telah memohon bersara awal kerana stress dengan kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang telah rosak. Hendak dihuraikan pun terlalu panjang. Guru-guru terpaksa terpaksa mengajar silibus yang sudah jadi cacamarba dan pelbagai sistem online yang serba memeningkan dan menganggu pengajaran.

   Ditambah jumlah murid dalam satu-satu kelas yang menjangkau 40 orang amat-amat tidak sesuai  pada era 2022 ini. Bayangkan dengan suasana begitu bagaimana anak-anak kita hendak menghadapi pembelajaran dengan tenang?

    Pelajar-pelajar peringkat rendah yang terpaksa menghadapi silibus yang bukan pada tahap pemikiran mereka. Cubalah periksa buku-buku latihan anak anda!

   Ibu bapa juga turut terkesan bukan sahaja melihat pada isu beg berat, tetapi semasa pandemik boleh melihat sendiri bagaimana susahnya mereka hendak membantu pembelajaran anak-anak mereka. 

   Semoga dengan kemenangan ini Litle Napoleon dalam KPM dapat dihancurkan agar guru-guru dapat mendidik dengan sejahtera dan anak-anak kita tidak terus jadi tikus makmal. 

   Ingat lagi seorang pejuang, Cikgu Izzat Johari telah dipecat pada tahun 2012 pada era Abah menjadi Menteri Pelajaran? Malangnya beliau tidak mendapat pembelaan ketika itu. Cikgu Izzat Johari menjadi mangsa Litle Napoleon yang bersarang dalam jabatan...




Jumaat, 14 Oktober 2022

LIVE TIKTOK SAMBIL MENGUNYAH MAKANAN SOPAN KE?



Sekarang tengah trend Live Tiktok dengan pelbagai tujuan.

Cuma satu yang aku kurang berkenan, ada yang sedang makan, mengunyah makanan ringan malah ada yang makan nasi dan  sendawa ketika Live. Bagi aku ia kurang sopan dan menjijikkan. 

Ada juga orang tersohor yang makan ketika live. 

Terpulang kepada anda, tetapi kalau aku yang tengok, cepat-cepat aku skip.

Ada aku kesah? Ngko akan jawab macam tu kan?😎

Rabu, 12 Oktober 2022

SEMANGAT BERCERITA TENTANG KEJAYAAN ANAKNYA

Pagi tadi aku pergi memancing, setelah enam bulan tidak melakukan hobi aku itu. Sebabnya parit itu telah semak dengan rumput. Pru15 dah dekat, terang baliklah parit-parit yang tersumbat itu. Lagi pun dalam tempoh itu aku dah bertukar ke bidang baru. Bersihkan kebun dengan tulang empat kerat. Pencen kenalah lakukan aktiviti, kalau tak, tak sihat fizikal dan mental nanti.


Tengah aku sibuk memancing, makanya datang seorang lelaki seumur-umur macam aku, muka agak cengeh. Aku terus cari di mana pisau bersarung dan tak mahu berjauhan dari senjata itu. Aku bukan apa, takut dia tu penagih dadah nak rompak aku, almaklum tempat aku memancing itu sunyi dan jarang orang lalu.

"Hang dah dapat ikan ka?" Soalan pertama terpacul dan aku juga jawab spontan.

"Baru nak mula ni bang. Tapi nampak gaya tak galak macam dulu" Jawabku.

Sangkaan buruk tadi tinggal 25%.

"Saya tadi ke pekan Kangkar cari ikan kering ni. Isteri masak gulai kena kena ada ikan kering baru ngam"

Maka berbual-buallah aku dengan orang itu. Tetapi setelah setengah jam bercerita, baru aku perasan, dia bercerita tentang kejayaan anak-anaknya dari anak sulong sampai nombor lima. Nampaknya aku cuba jadi pendengar yang baik. Dia begitu bersemangat apabila bercerita kisah kejayaan anak-anaknya. Anak nombor satu, doktor pakar sakit puan. Anak kedua jurutera Perodua. Anak ketiga juga doktor..Anak ke empat tengah ambik master, anak kelima tengah belajar medic. 

Aku tak tanya apa-apa. Tapi dia terus bercerita. Sudahnya aku tak dapat ikan walau seekor sebab sudah hilang fokus. 

Terfikir dalam hati. apakah dia ini tidak ada kawan berbual. 

"Abang kerja apa" Aku bertanya.

"Dulu polis, saya sarjan, sekarng dah pencen, saya bahagian polis trafik" Jawabnya pantas. "Sekarang dah pencen, dapatlah duit pencen RM3300 sebulan. Saya hutang dah tak ada. Nak apa lagi?"

"Tahniah bang...Apa amalan abang sampai anak-anak berjaya sampai ke peringkat tertinggi macam tu?" Tiba-tiba aku dapat idea. Taklah perbualan berat sebelah aku dengan dia ini tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Anak-anak saya, Magrib saja, semua kena solat berjemaah ikut belakang saya. Ada juga yang saya hantar kepada ustaz, waktu Magrib memang saya tak kasi can, tengok TV ke apa ke" Dia bagi tip, dulu masa anak-anaknya masa masih kecil.



BIARLAH BAH INI MENGANYUTKAN RASUAH: USTAZ PAHROL MOHAMAD JOI

_Belum bermula sudah berakhir_

_Kalah sebelum berjuang_

Bangsa Melayu paling agung ketika zaman Melaka. Namun kekuasaan di sekitar negeri2 Melayu Nusantara. 

Melayu seksli lagi hebat pada era Mahathir Anwar...tetapi masa tu kita miskin, gaji terlalu kecil, walaupun harga saham sangat cantik...

Dlm dua2 kjaan Melaka dan era Mahathir Anwar, kita jatuh kerana hanya berebut kekuasaan, fitnah memfitnah para pembesar....

Selepas itu kita nenjadi hamba suruhan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Dan kini kita ikut telunjuk order dunia baru Yahudi dan Nasrani..

Melihat era terkini, nampaknya politik kita semakin hanyut ke lembah kehancuran

Membaca catatan Ustaz Pahrol Mohamad Joi

_*Jika ditakdirkan 'bah' ini berlaku jua, biarlah ia menghanyutkan rasuah*_

Aku mengaminkan doanya itu....Rasuah telah berakar umbi daripada polis2 koperal hingga jawatan tertinggi Menteri Perdana....

Itu je ulasan aku kawan-kawan

AMALAN-AMALAN SUNAT MENGIKUT TAKWIM ISLAM

AMALAN SUNAT UNTUK SEPANJANG TAHUN ISLAM
  1. Sembahyang Fardhu Berjamaah.
  2. Mendirikan sembahyang-sembahyang sunat yang tertentu khususnya Sunat Tahajjud dan Witir pada waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
  3. Membaca al-Quran dan Tafsir.
  4. Menghadiri majlis ilmu seperti Ceramah Agama, kuliah dll.
  5. Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb, 14 hb dan 15 hb (dipanggil hari-hari bulan cerah) pada 28hb, 29hb dan 30hb (dipanggil hari-hari bulan gelap). Haram puasa pada 1 Syawal, 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
  6. Membaca segala wirid dan doa harian.
  7. Bersedekah.
  8. Mengerjakan umrah jika mampu, khususnya pada bulan Ramadhan.
  9. Memelihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain daripada perbuatan keji dan maksiat.
  10. Mengingati Mati dan menziarahi sanak saudara, sahabat handai yang sakit dan yang mati, solat jenazah dan menghantarnya ke kubur.
  11. Menziarahi sahabat handai, saudara-mara lebih-lebih lagi orang-orang alim, para ulamak dan tuan-tuan guru.
  12. Amar makruf dan nahi mungkar iaitu mengajak orang ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.

AMALAN SUNAT KHUSUS MENGIKUT BULAN

AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARAM
  1. 1-9 hb Muharam Sunat Berpuasa. 10hb -
  • 10hb- Sunat berpuasa (Hari Asyura) 
  • 10hb-Menyapu kepala anak yatim
  • 10 hb-Bersedekah kepada Fakir Miskin
  • 10 hb-Meluaskan perbelanjaan keluarga.
  • 10 hb-Memperbanyakkan bacaan berikut sekurang-kurangnya 70 kali

AMALAN SUNAT PADA BULAN SAFAR, RABIULAWWAL, RABIULAKHIR, JAMADILAWWAL DAN JAMADILAKHIR.

Tidak ada amalan yang khusus melainkan sebagaimana amalan sepanjang tahun seperti yang tersenarai di atas..

AMALAN SUNAT PADA BULAN REJAB
  1. Puasa 1 hari - Mendapat keredhaan yang besar daripada Allah
  2. Puasa 2 hari- Mendapat kemuliaan daripada Allah.
  3. Puasa 3 hari- Akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan terhindar daripada fitnah syaitan dan dajjal.
  4. Puasa 7 hari- Ditutup 7 pintu neraka.
  5. Puasa 8 hari- Dibuka 8 pintu syurga.
  6. Puasa 10 hari- Allah akan memakbulkan permintaannya.
  7. Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semuqa kejahatan dengan kebaikan.
  8. Tambahan puasa akan menambah pahalanya.
  9. Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
  10. Membaca Al-Quran
  11. Membaca Doa, Istighfar dll.



    12. 27 Rejab. Isra' dan Mi'raj- Digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini  dan mengerjakan puasa sunat.      





AMALAN SUNAT PADA BULAN SYAABAN
1. 15 hb- Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan:
  • Membaca Surah Yaasin 3 kali dan berdoa supaya 
  1. Panjang Umur serta dapat beribadat
  2. Murah Rezeki.
  3. Tetapkan iman
  • Dan ibadat-ibadat lain
      Amalan yang disebutkan ini bercanggah pendapat ulamak, terpulanglah kepada kita. Walaubagaimanapun jangan diiktikadkan bahawa pada malam 15hb sahaja, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya membacanya sebanyak 3 kali.

2.   Digalakkan berpuasa kecuali hari Syak iaitu 30hb Syaaban.

AMALAN SUNAT PADA BULAN RAMADHAN
  1. Doa pada awal malam Ramadhan sebagaimana doa di atas.
  2. Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam.
  3. Membanyakkan membaca Al-Quran.
  4. Membanyakkan sedekah.
  5. Membanyakkan ibadat pada waktu malam khususnya malam ke 21hb-30hb.
  6. Mengerjakan umrah jika mampu oleh sebab pahala satu umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala satu ibadat haji.

AMALAN SUNAT PADA BULAN SYAWAL
  1. Membayar zakat Fitrah sebelum sembahyang Sunat Idul Fitri.
  2. Sembahyang Sunat Idul Fitri.
  3. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa bulan Ramadhan memperoleh pahala puasa sepanjang tahun.
  4. Membaca Takbir sehingga Sembahyang Sunat Idul Fitri.
  5. Hidupkan malam 1 Syawal dengan banyak beribadat.

AMALAN SUNAT BULAN ZULKAEDAH
Tidak ada amalan khusus melainkan sebagaimana amalan sepanjang tahun pada awal tajuk di atas.


AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH
  1. 1-8 hb -Sunat Berpuasa.
  2. 8 hb - Hidupkan malamnya dengan beribadat.
  3. 9hb (Hari Wukuf di Arafah) -Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan PUASA bagi yang tidak mengejakan Haji dan Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.
  4. 10hb- Hari Raya Haji/Sembahyang Sunat Hari Raya Idul Adha dan Bertakbir. Juga melakukan ibadat Korban dan bersedekah.
  5. 11hb, 12hb dan 13 hb- Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat dan takbir selepas Solat lima waktu.
  6. 29hb atau 30hb Membaca doa Akhir Tahun dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun.


Dipetik Daripada Buku
AMALAN SEPANJANG HAYAT (Cetakan 1993) 
Ustaz Ismail Kamus
Ustaz Hj Abdullah B Abd Rahman
Ustaz Hj Yusuf B Embi
Ustaz Hj Ibrahim B Ali. 

Ahad, 9 Oktober 2022

BANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

                      Selawat Untuk Nabi SAW

                                 Selawat

                                  Selawat

 Bagaimana Mencintai Rasulullah?


1. Sempena hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, mari zahirkan bukti kecintaan kita terhadap Rasulullah secara praktikal.

2. Sebahagian ulama meletakkan beberapa panduan dalam menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ antaranya seperti:

(a) Mentaati segala perintah Allah dan Rasul
Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, para salafussoleh terdahulu, sekiranya mereka mengetahui Baginda Nabi memerintahkan atau melarang sesuatu, maka mereka tidak akan bertanya atau mempersoalkan. Mereka mentaatinya secara mutlak.

(b) Menghidupkan Sunnah Rasulullah
Rasulullah pernah berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa, mereka yang berpegang teguh dengan agama Islam ini dengan menghidupkan sunnah Rasulululah, berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. Sabda Rasulullah:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

(c) Mempertahankan Sunnah Rasulullah
Jadilah seperti para sahabat yang menghidupakan Sunnah Rasulullah dalam setiap perkara. Saidina Abdullah bin Umar dikatakan antara sahabat yang sangat kuat mengikuti setiap perbuatan Rasulullah sekalipun tidak di suruh.

(d) Memperbanyakkan Berselawat ke atas Nabi
Secara zahirnya, mereka yang benar-benar mencintai Rasulullah tidak pernah jemu untuk membacakan selawat ke atas Rasulullah. Mereka yang banyak berselawat akan dekat dengan Rasulullah di hari kiamat kelak.

Semoga ALlah membimbing kita.

Kredit:
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Isnin, 3 Oktober 2022

BANJIR BESAR MENAKUTKAN MALAYSIA BULAN DEPAN?


Selalunya kalau ramalan, ramalan itu meleset


Pernah diramal banjir besar di Kelantan 2006-2007

Tiba2 yg banjir teruk negeri Johor


Tsunami 2004 tiada pun sesiapa menduga

Juga Tsunami di Jepun yg membunuh 10 ribu jiwa


Banjir besar di Lembah Klang juga tanpa diramal


NAMUN. kita kena sedia, kerana kali ini nampak mcm serius...kawasan2 rendah kena rancang nak lari mana banjir ni, sebab kalau dah banjir luar biasa, YB YB pun sibuk nak selamatkan keluarga dan harta dia je. Yg akan dtg Ngo, dan org2 persis Abang Viva


*Apabila dah ada ramalan, kita kena sedia, walaupun rumah kita tak pnh banjir, mungkin kali ini, banjir akan berkunjung ke dalam rumah kita.*


Kejadian di beberapa tempat di Karak Bentong dll tempoh hari jadi bukti.


Kalau Taman Sri Muda mmg dah pernah berlaku pada 1985.


Bagi yg rumahnya di atas bukit mcm di rumah Zamri dekat Quaters, atau rumah Tuan Safar...juga kawasan bukit...Boleh berasa lega...


Tetapi jika rumah Tuan-tuan berdekatan anak-anak sungai, kawasan rendah, seperti area Parit Botak, Sri Gading, Pt Sulong, Seri Medan tak payah cerita, ada rekod dunia (banjir paling lama di dunia tahun 1984= empat bulan) Sampai buaya sempat beranak pinak..Maka kalian bersedialah dengan kiamat iklim yang turut disetujui kerajaan Amerika ini...


Kejadian banjir ngeri di Pakistan, China, Korea tempoh hari harus jadi pengajaran yang penting kepada kita....


Namun semua ini kita serahkan kepada Allah. Semoga anak-anak cucu kita yang telah bertebaran di mana2 dijaga oleh Allah SWT.


Sekadar Pendapat:

Admin Group Paloh Era 90an.

Jumaat, 23 September 2022

07-2517521 PROFESOR DR USTAZ JUMADI MUSTAR PAKAR PERUBATAN ISLAM


Darul Ilaj yang terletak di Taman Mawar Pasir Gudang dimiliki oleh Profesor Dr Ustaz Jumadi Mustar. Beliau telah berkecimpung dalam perubatan ini selama 30 tahun. Ribuan pesakit telah dirawatnya dengan izin Allah SWT. Beliau boleh dihubungi melalui nombor telefon 07-2517521 Ofis dibuka pkl 9.30 pagi. Harap yang berhajat call pada waktu ofice ya. No handphone saya tak boleh letak di sini. Itu urusan peribadi takut menganggu privasi beliau. Tetapi bagi yang rajin boleh cari di Google.

Khamis, 22 September 2022

KISAH SEORANG GURU DI PEDALAMAN JOHOR. Cikgu Arifin Sapawi



 Cikgu Arifin Sapawi

Setelah berkkidmat 7 tahun di SMD Raub, Pahang aku membuat keputusan untuk balik kampung.

Akhirnya akhir tahun 1987 aku dapat surat balik ke Johor tetapi tak ada nama sekolah. Cuti hujung tahun 1987 aku berurusan dengan JPNJ Unit SM bertanyakan sekolah tempat bertugas. Pegawai yang Bertanggung-jawab Tn. Hj. Abd. Wahid Abd. Rahman.

Aku ditempatkan di Daerah Kluang dengan pilihan samada SM Paloh atau SM Layan-Layang. Aku mohon kepada pegawai untuk tangguh nak buat survey dulu, maklumlah kedua-dua sekolah ni aku tak pernah sampai.

Esoknya aku pergi ke SMK Layang-layang. Laluan Ayer Hitam - Spg. Renggam - Rengam - Layang-layang.

Jalan ok tapi dari Renggam ke Layang-layang jalan agak teruk. Jalan batuvtanah merah tak bertar.

Hari berikutnya aku ke SMK Paloh pula.

Laluan Ayer Hitam - Yong Peng - Paloh ok cuma Yong Peng ke Paloh banyak selekoh.

Jarak Ayer Hitam Layang-layang dan Ayer Hitam Paloh lebih kurang sama.

Akhirnya aku membuat keputusan memilih SMK Paloh untuk meneruskan tugas.

Langkah seterusnya nak cari rumah sewa di Paloh. Pusing punya pusing dapat lah rumah di No. 24,Jalan Biru, Tmn. Melati.

Seminggu nak buka sekolah aku mula nak angkut barang-barang dari rumah sewa di Raub. Saat sedih bila aku masuk rumah sewa tu...... Tanpa diduga rumah sewa tu telah dimasuki pencuri. Habis barang yang telah dikemas berselerakan. Kamera Canon yang aku sayang beli di Singapura RM500 kena kebas, koleksi _'duit antik'_ yang aku susun dalam album juga di kebas, duit beberapa rumah sewa yang kawan2 kirim yang aku gantung didinding juga dijebas. Yang paling sedih isteriku.... Terjelepuk disatu sudut sambil menangis. Aku panik kenapa?....

Rupa-rupanya duit maskawin RM22. 50 yang digubah bagai sejambak bunga juga dipulas rakus yang tinggal daun plastik dan batang dawai. Ku pujuk isteriku apakah perlu aku ganti?

Oh... Tidak

Kita akan tuntut di akhirat kelak.

Sebenarnya dua tiga tahun sebelum aku nak balik Johor, ada juga beritahu isteriku bahawa ada nak balik Johor. Awalnya dia menolak tak nak ikut dengan alasan tak ada sedara mara, tak ada kawan di Johor. Aku kata tak nak tak apa aku balik sorang. Walau apa pun hati wanita kita dah ikat dengan 2 orang anak menurut juga. Sekarang dia dah tak nak balik Pahang.

Melapur diri di SM Paloh jumpa En. Hatta.

Di SMP aku ditugaskan disesi petang mengajar subjek Sains Tkt. 1 & 2, BM, Seni Lukis. 

Subjek sains bagi aku tak ada masalah sebab memang opsyen sains. Tapi bila mengajar BM dan Seni Lukis aku jadi stress sebab bukan bidang. Apakan daya mengajar juga ikut kemampuan.

Sepanjang lima tahun di SMP aku kurang gembira dengan subjek kena ajar BM dan Seni. Pengalamab 7 tahun mengajar subjek sains teras dan matematik di Tkt. 4-5 tak di gunakan.

Maklumlah semasa di SMKD Raub tidak ada guru BSc maka cikgu macam aku la yang mengalasnya. Tapi bila sampai SMP dah ramai guru BSc. Reda je la.

Tahun pertama

Setahun duduk Johor aku sudah pikir nak cari rumah sendiri, maklumlah bawak anak orang Pahang, anak dah dua pula. Takut berlaku sesuatu pada diriku ada juga tempat isteri dan anak-anak berteduh. 

Akhinya aku beli rumah di Ayer Hitam tempat asal kelahiranku hingga kini.

Setahun lebih menyewa di Taman Melati ramai juga kenal orang orang Paloh. Yang paling rapat arwah Imam Jaafar, imam Mokhtar dll. Melalui imam Jaafar lah aku dapat peluang menoreh getah diwaktu pagi dan menceroboh tanah di   area Kangkar Baru.

Antara pengalaman yang tak boleh dilupakan semasa di SMP ialah kes geng Gagak Hitam. Kes ni MSS, Cg. Ahmad Yusof mesti ingat kan.

DiSMP lah aku jumpa kawan2 antaranya MSS, Amran Yusoh, Baharuddin Tahir, OO,, Suhud Kanapu, Mashudi, Saraji, Rashid, Suraimi, Zulkifli Cg Salkeh dll.

Setelah 5 tahun bertugas di SMP aku mohon balik ke Ayer Hitam. الحمد لله permohonan diterima. 1.1.1992 bertugaslah aku di SMDM Ayer Hitam, sekolah tempat aku belajar Tkt. 1-3. Rumahku hanya beberapa meter dari kawasan sekolah. Alangkah bahagianya.


Dua minggu di sekolah baru. Konon sedang mengatur strategi dan menyesesuaikan diri di sekolah aku dapat surat dikehendaki melapor diri di SKBK nenjawat jawatan GB. Tak pernah mimpi tak pernah fikir untuk jawatan tu. Pana jap.

Jumpa PPD Kluang Tn. Hj. Kasmuri.... Minta batalkan. Dia jawab _nek ora kuea sopo meneh_

Berkenalanlah aku dengan Ust Halim, Jamburi n isteri, Jamaruddin, Khairul, Shih dll di SKBP

Maka berulang alek lah aku Ayer Hitam Paloh Ayer Hitam selama 5 tahun melalui selekoh selekoh yang mengancam. Sehingga ada sahabat minta tolong kira ada berapa selekoh dari YP Paloh. Penat kira akhirnya ada dua selekoh je, iaitu kanan dan kiri. 


_Inilah sedikit catatanku buat gp GENG PALOH ERA 90AN_



Isnin, 22 Ogos 2022

AKU TIBA-TIBA TERIMA PANGGILAN KECEMASAN!

Kira-kira  pkl 10.00 pagi tadi, selepas membersihkan kawasan depan rumah aku macam biasa, aku pun baring-baring. Belum sempat nak lelapkan mata satu panggilan aku terima...


Kenapa kawan aku ni call pagi-pagi ni, baru petang semalam dia jumpa aku? Hati ini tertanya-tanya.


"Cikgu mintak tolong, saya ada masalah besar ni, saya ambik cikgu nanti, pakai smart-smart sikit"


"Ok..tapi kenapa, macam cemas je tu"


Kereta King warna hitam dah ada di depan rumah aku. Aku pun masuk, king hitam meluncur laju ke arah bandar.


"Begini cikgu, anak saya di mahkamah, kena ikat jamin RM3000 ringgit. Duit saya dah sediakan ni. Tapi kena bayar transfer bank. Saya ni kan orang kampung, nombor IC saya sendiri pun saya tak ingat."


"Oh boleh. tapi abang kena masukkan dulu duit tu ke akaun saya" Aku berikan saranan...


"Bank mana cikgu"

"Tu depan tu ada Maybank, bawah Hotel Paintree tu..."


Aku pun masukkan duit tu ke akaun aku...dan kami menuju ke mahkamah majistret..


Aku tak nak banyak tanya, kes apa, sampai mahkamah nanti taulah aku cerita sebenar.


Tiba di mahkamah kami terus masuk ke bilik bahagian bayaran ikat jamin tu...


Isi borang itu ini. Dari situlah aku tahu, anak sahabat aku ni ditangkap kerana ada hisap ganja. Ada CCTV lagi...jika tak diikat jamin ni. katanya penjara.


Selepas bayaran jaminan dibuat, polis pun hantar anak sahabat tadi dari lokap Balai polis Batu Pahat yang tersergam tinggi itu ke pekarangan mahkamah. 


Selepas sahabat aku menandatangani beberapa borang, anaknya dibenarkan balik.


Dalam kereta panjang berjela sahabat aku tu menasihati anaknya. Katanya dia hari-hari suap sendiri anaknya tu makan sampailah sekolah rendah. Aku cakap engko bapak yang hebat. Aku sendiri tak pernah suap anak aku makan. Tapi katanya sekarang anaknya dah tergelincir kerana pengaruh kawan-kawan.


Itulah cerita aku hari ini. Ada iktibar yang boleh kita ambil. Biarlah anak kita menangis masa anak kita kecil, kita hukum dia kerana nakal, jangan dah dewasa kita pula yang menangis atas perbuatan anak yang banyak memalukan kita.



 

Isnin, 2 Mei 2022

KELAM KABUT RAYA 2022)1443 HIJRIAH


SELAMAT HARI RAYA
BUAT SEMUA
Ini sembang aku dengan dua orang netizen di Facebook JAKIM. Masa ni aku beria-ia dan yakin 500% raya disambut Selasa 3 Mei 2022.



Beberapa hari sebelum ini begitu yakin yang raya 2022/1443 hijriah ni akan jatuh pada hari Selasa 3 Mei 2022. Keyakinan itu kerana JAKIM dan kerajaan menafikan beria-ia khabar angin yang viral dalam aplikasi Whatsapp dan medsos yang lain.


Tup-tup...


🎵🎶 🎵🎶 Tiba Tiba hari Raya

Semua orang mcm nak gila


Tetapi bagiku, hanya kesedihan, yang menyelubungi jiwaku


Meja dan peti aisku, telah kosong selamanya


Teruskan sendiri..

Sebenarnya itu hanya gurauan aku kepada group whatsapp aku. Yang nyatanya aku dah penuhkan peti aisku pada hari Sabtu dan Ahad lagi..






Rabu, 20 April 2022

MACAU SCAM MENYAMAR SEBAGAI LHDN



 MACAU SCAM : Penyamaran Pegawai LHDN


Kredit: Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Sejak Januari hingga April 2022, sebanyak 1,072 kes penipuan Macau Scam yang melibatkan modus operandi menyamar pihak LHDN telah dibuka kertas siasatan dan melibatkan kerugian berjumlah RM 30,054,973.30.


Ingat ! 


1. Jika anda dihubungi oleh mesin operator memaklumkan tentang tunggakan cukai LHDN - itu palsu!


Tindakan anda : Putuskan panggilan.


2. Jika anda dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali dan diberitahu ada tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda. - jangan percaya!


Tindakan anda : Semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang maklumat syarikat tersebut. Putuskan panggilan.


3. Jika anda diarahkan untuk pergi ke balai-balai polis tertentu sahaja untuk membuat laporan polis. - jangan cemas!


Tindakan anda : Beritahu pemanggil bahawa anda akan buat laporan di balai polis berhampiran anda. Putuskan panggilan.


4. Jika anda diarahkan memberi butiran bank bagi tujuan siasatan. - jangan beri!


Tindakan anda : putuskan panggilan, jangan layan. Pihak berkuasa tidak akan meminta butiran akaun bank untuk siasatan.


Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 untuk pertanyaan lanjut.


#BeSmartStayAlert

#CCID #jsjk

#MacauScam

#phonescams

Selasa, 19 April 2022

DALIL MANA DALIL? USTAZ IQBAL ZAIN MEMBIDAS WAHABI

 DALIL MANA DALIL: SUATU PENCERAHAN

Nukilan ilmu oleh: Ustaz Iqbal Zain

Dewasa ini, kita menyaksikan fenomena masyarakat awam dimomokkan oleh pihak tertentu untuk bertanya dalil pada setiap amalan agama. Apa yang lebih parahkan keadaan ialah dalil yang diminta itu mesti dilihat ianya disebut secara jelas dalam al-Qur’an dan hadith sahih. Jika tidak ada, maka mereka anggap ianya bukan dalil sebab menganggap ianya hanyalah rekaan Ulama yang tidak maksum.


Akhirnya, apa yang terjadi ialah berlakunya penyempitan pengertian “dalil” dalam keilmuan Islam, yakni mereka telah mempersempit pengertian dalil hanya terhad pada ayat al-Qur’an dan hadith sahih sahaja. Padahal, Ulama mempunyai pelbagai kaedah pendalilan untuk menzahirkan hukum-hakam agama. 


Ini adalah sebuah kekeliruan yang amat nyata dalam fenomena “mana dalilnya”. Ya kita faham kepentingannya jika ia berlaku dikalangan Ulama, namun yang menakjubkan ialah ia menjadi budaya dikalangan masyarakat awam sedangkan dalam budaya ilmu, tuntutan mengetahui dalil untuk masyarakat awam hanya berlaku dalam pengajian Aqidah bukan Fiqh.


 Seseorang yang sepanjang hidupnya tidak mengetahui satu dalil pun terhadap ibadah yang dilakukannya, sedikit pun ianya tidak menjejaskan mutu ibadahnya itu, namun seseorang yang tidak mengetahui dalil mengenai hal Aqidah dan hanya bertaqlid, boleh menjejaskan kesempurnaan iktikadnya. Pendek kata, taqlid hanya dituntut dalam ruanglingkup Fiqh iaitu amalan ibadah jika seseorang itu tidak mencapai darjat mujtahid, manakala dalam bidang Aqidah, taqlid adalah sebuah kekurangan. 


Kepincangan yang terjadi pada masakini ialah masyarakat awam disibukkan dengan mencari dalil dan disuruh bertanya mana dalilnya untuk amalan ibadah yang telah disusun oleh Ulama, sebaliknya pada hal Aqidah tidak ditekankan bahkan dijauhi. Contohnya adalah pengajian Aqidah Sifat 20 yang di dalamnya dibincangkan dalil-dalil dalam iktiqad, bukan sahaja ianya tidak ditekankan untuk dipelajari, bahkan segelintir pihak memomokkannya sebagai bid’ah, falsafah yunani dan sebagainya.


Lalu masyarakat diajar untuk mengkritik amalan yang telah menjadi praktik para Ulama muktabar secara turun temurun seperti talqin di kubur, baca Yasin malam Jumaat, membaca selawat dipertengahan terawih dan sebagainya. Walhal, segala permasalahan Fiqh tersebut telah diselesaikan penjelasannya oleh para Ulama sejak sekian lama. 


Imam Ibnu al-'Arabi al-Ma’afiri al-Maliki (m. 543 H) dalam 'Aridah al-Ahwadhi Sharh Sunan al-Tirmidhi (Abwab al-Zakat, j.3, hadith no.620), sangat tegas terhadap kelompok yang menuntut dalil berbentuk nas bagi setiap masalah hukum, bahkan menyebut mereka sebagai "keldai”. Beliau berkata, “Maka apabila datang keldai-keldai yang menuntut kewujudan nas untuk setiap hukum-hakam dari yang sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya, mereka adalah orang-orang yang ditutup pintu petunjuk oleh Allah, dan mereka terkeluar dari jalan orang-orang yang mengikuti jejak langkah Salaf dan yang berada di atas jalan hidayah”.


Fenomena “mana dalilnya” dikalangan masyarakat awam tidak berlaku pada zaman Salaf. Seseorang yang mengaku sebagai pengikut Salaf, pasti tidak akan bertanya dalil pada setiap amalan ibadah yang telah diusun oleh para Ulama Muktabar. Ramai sahabat Nabi dan Tabi’in yang dihantar ke pelosok tempat untuk berdakwah dan menjadi Mufti, TIDAK menjadi kebiasaan para pengikut mereka bertanya mengenai sandaran dalil terhadap fatwa yang mereka keluarkan. Contohnya ialah Sayyidina Mu’az bin Jabal dihantar ke Yaman untuk menjadi Mufti dan Sayyidina Mus’ab bin Umayr ke Madinah untuk mengajar ilmu, tidak direkodkan penduduk di sana bertanya dalil mengenai fatwa yang mereka berikan. 


Fenomena “mana dalilnya” ini seolah-olah sudah menjadi model Usul Fiqh baru bagi masyarakat awam untuk mengamalkan ibadah. Untuk masyarakat awam bertanya “mana dalil”, mereka mesti sedar apa yang disebut sebagai “dalil”. Dan yang lebih penting, mereka tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan “dalil” itu. Kalau diberi dalil al-Quran atau Hadith sekalipun, sudah pasti masyarakat awam tidak tahu cara untuk berinteraksi dengannya kerana ia memerlukan penguasaan pelbagai bidang ilmu untuk mengetahui cara bagaimana berinteraksi dengan nas al-Qur’an dan hadith.


 Apabila diberikan dalil hadith kepada masyarakat awam, kemudian mereka masih bertanya apakah statusnya, maka pertanyaan itu sahaja sudah cukup menjadi petanda bahawa dia tidak menguasai ilmu yang cukup untuk berinteraksi dengan nas.  Oleh itu, di sini saya terpanggil untuk menerangkan sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan “dalil” dalam amalan ibadah. 


Dalil secara bahasa ertinya sesuatu yang menghantarkan kepada maksud tertentu (Abu Ya’la al-Farra’ w. 458 H, al-Uddah fi Usul al-Fiqh, ms.1/131).


Sedangkan dalam istilah syar’i, dalil adalah:


ما يمكن التوصل بصحيح النظر فيه إِلى مطلوب خبري


“Segala sesuatu yang memungkinkan untuk menghantarkan kepada sesuatu yang diinginkan yang bersifat khabari (berita) dengan analisis yang benar”. 


(Ibnu Muflih dalam Usul al-Fiqh, ms.1/19, lihat pula: Muhammad bin Ali as-Shawkani dalam Irshad al-Fuhul, ms.1/22).


Ertinya para ulama dari sejak zaman salaf tak pernah terburu-buru menentukan sebuah hukum hanya bermodal kepada satu hadith sahih saja. Kerana hadith sahih saja belum cukup menjadi produk hukum kecuali setelah melalui pemahaman yang sahih pula dengan kaedah yang tepat.


Dalam perbahasan Usul Fiqh, dalil yang disepakati oleh semua ulama ada 4 iaitu:


1.al-Qur’an

2. Hadith

3. Ijma’ 

4. Qiyas. 


Selain keempat-empat perkara yang telah sepakati di atas, masih ada lagi kaedah-kaedah pendalilan lain yang di aplikasi oleh para ulama Sunni yang mana praktiknya adalah bergantung kepada metodologi mazhab masing-masing seperti:


1.‘Urf (kebiasaan setempat)

2.Istihsan (sesuatu yang dianggap baik)

3.Istishab (ikut hukum asal)

4.al-Masalih al-Mursalah (kemaslahatan umum)

5. Amal Ahli Madinah

6. al-Talaqqi bi al-Qabul (penerimaan Ulama secara meluas)

7. Syariat sebelum Nabi Muhammad

8. Sadd al-Zara’i’ (pencegah mudarat)

9. Al-Mundarij tahta asli al-ma'mul bih (terangkum dalam dalil umum) 

10.  dan lain-lain.


Ulama Fiqh akan proses sesuatu dalil itu sama ada ianya Am-Khas, Juz’i-Kulli, Mujmal-Mubayyan, Nasikh-Mansuh, Mutlaq-Muqayyad, Mantuq-Mafhum, Muwafaqah-Mukhalafah dan lain-lain.


Sesungguhnya “dalil” untuk orang awam adalah para Mufti dan ilmuan Fiqh ikutannya. Imam al-Shatibi (w. 790 H) dalam as-Muwafaqat menulis:


فتاوى المجتهدين بالنسبة إلى العوام كالأدلة الشرعية بالنسبة إلى المجتهدين


"Fatwa-fatwa ulama mujtahidin bagi orang awam itu ibarat dalil syar’i bagi para mujtahid" .


 (Ibrahim bin Musa al-Shatibi w. 790 H, al-Muwafaqat, ms.5/336).


Hal itu cukup munasabah kerana dalil bagi orang yang awam itu ibarat orang yang tidak cekap memasak bahkan tidak mempunyai alat memasak, maka untuk apa diberi bahan mentah. Demikan itu sebagaimana Imam Shatibi sampaikan, bahkan Imam al-Shatibi melarang orang awam untuk ikut-ikutan menggali hukum sendiri dari dalil, beliau berkata:


والدليل عليه أن وجود الأدلة بالنسبة إلى المقلدين وعدمها سواء؛ إذ كانوا لا يستفيدون منها شيئا؛ فليس النظر في الأدلة والاستنباط من شأنهم، ولا يجوز ذلك لهم ألبتة


“Dasarnya adalah ada dan tidaknya dalil bagi orang awam itu sebenarnya sama saja. Kerana mereka tidak mampu untuk mengambil faedah dari dalil-dalil itu. Menganalisis dalil-dalil syar’i bukanlah tugas mereka. Bahkan tidak boleh sama sekali mereka melakukan tugas tersebut”. 


(Ibrahim bin Musa al-Shatibi w. 790 H, al-Muwafaqat, ms.5/337)


 Imam al-Shatibi memang cukup keras dalam melarang orang awam untuk menilai al-Qur'an dan hadith lalu menggali hukum sendiri. Dan memang seperti itulah seharusnya. Persolan mungkin timbul di sini, adakah kita ini tergolong masyarakat awamkah atau bagaimana? Untuk menjawab hal itu, memang perlu sedar diri. Tak jarang ada yang beranggapan bahwa kalau sudah ustaz bererti tidak awam, kalau sudah lulus sarjana syari’ah bererti sudah terlepas dari keawaman.


Bahkan seorang penghafal al-Qur’an dan hadith sekalipun tidak serta merta terkeluar dari menjadi awam yang boleh menggali hukum sendiri, apalagi hanya pernah belajar Bahasa Arab. Bukti paling nyata adalah tidak semua Orang Arab yang sudah faham Bahasa Arab sejak kecil lantas tiba-tiba boleh menggali sendiri hukum dari al-Qur’an dan Hadith.


Imam Ibnu Hajar al-Haytami as-Shafi’i (w. 974 H) menukil perkataan Ibnu Uyaynah (w. 198 H):


الحديث مضلة إلا للفقهاء


Hadith itu boleh jadi menyesatkan kecuali Fuqaha’. 


(Ibnu Hajar al-Haytami w. 974 H, al-Fatawa al-Hadithiyah, ms.202)


Kita akan lihat buktinya bahawa penghafal banyak hadith belum tentu Faqih. Syarat menjadi faqih adalah tahu banyak hadith beserta tahu cara memahaminya. Hanya saja kadang orang yang hafal banyak hadith, tidak tahu banyak terhadap kandungan hadith yang dihafalkan itu. Hal itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallaAllahu alaihi wasallam:


رب مبلغ أوعى من سامع ورب حامل فقه ليس بفقيه ورب حامل فقه إلى من هو أفقه منه


“Ramai orang yang hanya disampaikan kepadanya suatu hadith, dan dia lebih faham daripada orang yang mendengarkannya langsung. Ramai yang menyampaikan fiqih tetapi tidak faqih/ faham. Dan ramai pembawa fiqih, dia membawakannya kepada orang yang lebih faham darinya”.


 (al-Bukhari, h. 1/ 24, an-Nasa’i dalam as-Sunan al-Kubra, h. 5/ 365, Ibnu Majah dalam Sunan-nya, h. 1/ 159, Ahmad dalam Musnad-nya, h. 27/ 301)


Kesimpulan sederhana yang dapat kita ambil dari hadith di atas ini adalah tak semua penyampai hadith itu faham atas hadith yang mereka sampaikan. Imam Ibnu Wahb (w.197 H) salah seorang murid dari Imam Malik bin Anas (w.179 H) pernah suatu ketika berkata:


لولا مالك، والليث لهلكت، كنت أظن أن كل ما جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم يعمل به


"Kalau saya tidak bertemu dengan Imam Malik dan al-Layth bin Saad, maka binasalah saya. Dahulu saya menyangka segala sesuatu yang datang dari Nabi itu pasti semua mesti diamalkan" .


(Jamaluddin Muhammad al-Mizzi as-Syafi’i w. 742 H, Tahdzib al-Kamal, h. 24/ 270, lihat pula: Ibnu Asakir w. 571 H, Tarikh Dimasyq, h. 50/ 359)


Awalnya Imam Ibnu Wahb (w. 197 H) yang merupakan pakar hadith menyangka bahawa semua yang datang dari Nabi itu mesti diamalkan. Untungnya beliau bertemu dan berguru kepada Fuqaha’ sehebat Imam Malik bin Anas (w. 179 H) dan al-Layth bin Saad (w. 175 H).


Hal ini mirip-mirip yang terjadi akhir-akhir ini. Banyak yang menyangka semua yang datang dari Nabi mesti diamalkan. Tidak mengamalkan bererti menolak, menolak bererti menentang hadith Nabi. Seharusnya mereka itu perlu belajar memahami bagaimana sesebuah hukum agama itu tidak terhenti prosesnya pada status hadith semata-mata, akan tetapi terdapat kaedah-kaedah pendalilan yang digunakan Fuqaha’ untuk menentukannya sebelum ia dapat dihidangkan kepada masyarakat awam. 


Seseorang yang yang terhenti pada status hadith semata-mata adalah umpama seseorang yang ingin memiliki kereta tapi ingin membelinya terus di kilang pembuatan kereta yang mana komponen-komponennya masih belum dipasang, maka akhirnya dia belum dapat memandu kereta yang diidamkannya, bukan kerana komponen-komponen itu tidak sempurna, akan tetapi kerana ia belum melalui proses-proses yang berikutnya. 


Seseorang yang bukan mujtahid yang ingin mengetahui hukum-hakam agama dengan terus lompat kepada al-Qur'an dan hadith, perumpamaannya ialah ibarat orang yang memiliki kereta dan ingin isi minyak petrol, tapi dia tidak mahu isi minyak di pam minyak, sebaliknya dia ingin mendapatkannya dari sumbernya yang asli lagi tulen dan sahih di tempat petroleum digali dibawah dasar lautan. Boleh jadi dia karam tenggelam dalam lautan yang dalam.


Pokoknya, hadith yang sahih juga harus ditapis dan disaring dengan pemahaman yang sahih oleh orang-orang yang ahli dalam hukum-hakam iaitu para Fuqaha’, bukan Muhaddithin. Istinbat hukum-hakam adalah menuntut seseorang untuk tenggelam dalam lautan nas yang luas dengan kemahiran yang sangat cekap. Bukan sekadar mengetahui dari sumber aslinya, kemudian terus mengeluarkan hukum.


Contohnya seperti isu talqin mayat di kubur, ada segelintir pihak hanya berhenti pada status hadithnya yang da'if lalu menghukum ia perlu diketepikan sedangkan majoriti Fuqaha' dan Muhaddithin menetapkan ianya sebagai sunnah berdasarkan kaedah-kaedah pendalilan (wajh al-istidlal) dan penelitian kepada seluruh lautan nas-nas dalam agama.


Antara contoh hadith sahih yang tidak diamalkan secara zahir begitu sahaja ialah Nabi Muhammad sallaAllahu alaihi wasallam bersabda:


إِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْغَائِطَ فَلَا يَسْتَقْبِل الْقِبلَةَ وَلَا يُوَلها ظهره، شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا


"Ketika kalian buang air besar, maka jangan menghadap kiblat atau membelakanginya. Tetapi menghadaplah ke TIMUR atau ke BARAT". 


(Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW melarang buang air menghadap atau membelakangi kiblat, tetapi Baginda menyuruh menghadap ke timur atau ke barat. Jika kita di Malaysia, bukankah kiblat kita ke arah barat? Disinilah pemahaman terhadap hadith harus tepat menurut perbahasan Fuqaha’.


Suatu hal yang menarik ketika membaca sejarah para sahabat Nabi SAW. Beberapa riwayat menyebutkan ada beberapa sahabat Nabi tidak mengamalkan hadith yang mereka riwayatkan sendiri. Contohnya ialah Sayyidatina Aishah Ummu al-Mu’minin radhiyaAllahu anha. Beliau suatu ketika pernah menikahkan anak saudara perempuannya tanpa izin walinya terlebih dahulu. Iaitu Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq dengan Mundhir bin Zubair. Sedangkan Abd al-Rahman adalah adik lelaki dari Sayyidatina Aishah dan wali bagi Hafsah sedang berada di Syam.


Padahal Sayyidatina Aishah sendiri meriwayatkan hadith tentang larangan menikahkan perempuan tanpa izin wali. Hadith tersebut adalah:


أيما امرأة نكحت بغير إذن وليها فنكاحها باطل


Setiap wanita yang menikah tanpa izin walinya, maka nikahnya batil.


(al-Timidhi, h. 2/ 398, Abu Daud, h. 2/ 229, al-Hakim dalam al-Mustadrak, h. 2/ 182 dengan sanad yang sahih).


Kelihatan bahawa Sayyidatina Aishah sebagai perawi hadith diatas malah dalam perbuatannya menyelisihi terhadap hadith yang beliau riwayatkan sendiri. Hakikatnya kefahaman beliau terhadap hadith yang diriwayatkannya itu ditapis menerusi kaedah-kaedah pendalilan yang difahami oleh beliau, bukan sekadar wujudnya hadith.

 (Abu Ja’far at-Tahawi w. 321 H, Syarh Ma’ani al-Athar, h. 3/ 18, lihat pula: Ibnu Hajar al-Asqalani w. 852 H, Fath al-Bari, h. 9/ 186).


Kitab sirah muktabar juga merekodkan bahawa Sayyidatina Aishah ikut di belakang imam jemaah sembahyang terawih 20 rakaat yang dibuat oleh Sayyidina Umar al-Khattab sedangkan Sayyidatina Aishah sendiri adalah periwayat hadith 8 rakaat didalam dan luar Ramadan. 


Contoh lainnya adalah hadith Sayyidina Abu Hurairah tentang banyaknya basuhan sesuatu yang terkena jilatan anjing; S. Abu Hurairah meriwayatkan hadith dibasuh 7 kali, sedangkan beliau sendiri melakukan basuhan 3 kali.

(Abdul Karim an-Namlah, Mukhalafat al-Sahabi li al-Hadith an-Nabawi, h. 125).


Maka dalam hal seperti ini, hanya bermodal hadith sudah sahih saja belum cukup menjadi dalil hukum. Bagaimana mungkin seorang sahabat Nabi yang meriwayatkan sendiri hadith, malah dalam perbuatannya bercanggah dengan hadith yang diriwayatkan.


Maka, dalam kaitan kes-kes seperti ini para Ulama Usul Fiqih telah membahasnya secara tuntas dalam bab "perbuatan rawi menyelisih riwayatnya sendiri"; apakah mengikuti riwayatnya atau perbuatannya. Dalam contoh yang lebih nyata, para Ahli Hadith malah “tidak mengamalkan” hadith Nabi yang mereka tuliskan dalam kitab-kitab mereka.


Dalam hadith sahih riwayat Imam Muslim dalam sahih-nya; Nabi Muhammad sallaAllahu alaihi wasallam melarang menuliskan sesuatu apapun terkait beliau selain al-Qur’an.


عن أبي سعيد الخدري، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تكتبوا عني، ومن كتب عني غير القرآن فليمحه، وحدثوا عني، ولا حرج.. الحديث


Rasulullah sallaAllahu alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian menulis apa yang datang dariku, siapa yang menuliskan sesuatu dariku selain al-Qur’an maka hapuslah. Dan tidaklah mengapa untuk sampaikanlah hadith saya (secara verbal) "

 (Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, h. 4/ 2298).


Larangan menulis sesuatu dari Nabi SAW ini malah tertulis dalam kitab-kitab hadith para ulama ahli hadith. Seolah-olah para ahli hadith tidak mengendahkan larangan Nabi SAW, padahal hadithnya sahih. Inilah mengapa memahami hadith Nabi tidak hanya cukup bermodal sahihnya saja. Hadith diatas dijelaskan dengan hadith khutbah Nabi saat Fathu Makkah:


اكتبوا لأبي شاه


"Tulislah (khutbahku) untuk Abu Syah" .

(Muttafaq alaih)


Para ulama menyebutkan bahawa alasan tidak boleh menuliskan sesuatu selain al-Qur’an saat itu adalah agar tidak bercampur dengan teks al-Qur’an sesuatu yang bukan al-Qur’an.


Ada hadith yang cukup tegas berbicara tentang orang-orang yang bicaranya hanya pakai hadith, tapi malah mendapat kritikan dari Nabi SAW:


سيخرج قومٌ في آخرِ الزمان، أحداثُ الأسنان، سفهاءُ الأحلام، يقولون من خيرِ قولِ البرية، لا يجاوزُ إيمانهم حناجرهم، يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية.. الحديث


"Akan datang di akhir zaman, suatu kaum yang muda usianya, bodoh cara berfikirnya dan berbicara dengan sabda sebaik-baik makhluk (hadith-hadith Rasulullah SAW) . Iman mereka tidak pun melepasi tenggorokannya Mereka tergelincir dari agama seperti anak panah tembus keluar dari badan binatang buruannya. (Bukhari dan Muslim)


Tentu hadith ini umum, tak hanya menuding kelompok ini atau itu, tetapi lebih sebagai pengingat dan amaran. Kita muhasabah diri masing-masing. 


Anak muda, baik secara umur atau keilmuan yang punya cukup semangat menebarkan hadith dan sunnah Nabi tentu sangat bagus. Tetapi boleh jadi orang yang hanya ingin menuntut dalil hadith Nabi untuk setiap hukum-hakam, belum tentu benar-benar mewakili apa yang Nabi Muhammad syariatkan, bahkan perbuatan menuntut-nuntut dalil tersebut menyelisihi para Salaf sepertimana yang diterangkan oleh Imam Ibnu Arabi al-Maliki dalam Aridah al-Ahwadhi.


Kesimpulan 


Hanya tahu ilmu hadith saja belum cukup kecuali difahami dengan cara yang benar oleh orang yang benar-benar benar. Jika tidak, ilmu hadith tersebut boleh menjadi asbab kegelincirannya dalam agama sepertimana yang ditegaskan oleh Imam Sufyan bin Uyaynah. 


Amat penting untuk memahami bahawa dalil dalam keilmuan Islam bukan sekadar al-Qur’an dan Hadith Sahih semata-mata, akan tetapi Ulama menggunakan pelbagai kaedah pendalilan untuk menzahirkan hukum-hakam dan amalan agama. Gagalnya memahami hal ini menyebabkan seseorang itu mudah menghukum orang lain dengan label sesat dan bid’ah.


Perkara-perkara yang ditinggalkan Nabi SAW (al-tark) tidak dapat dijadikan dalil kepada sesuatu itu menjadi haram. Bukan itu sahaja, tapi juga termasuk persepsi-persepsi seperti:


1) "kenapa nak buat, sedangkan Nabi tak buat?" 

2) "kalau takde hadithnya, kenapa kita nak buat?"

3) "kalau benda tu bagus, dah tentu Nabi dan Sahabat dah buat".

4) "hadith sahih masih banyak lg, kenapa nk amal benda yang tak sahih".

5) "bukankah ajaran Nabi dah sempurna, kenapa nak ada tokok tambah"

6) "seolah-olah apa yang diajar Nabi tak mencukupi dan kurang sehingga nak mereka-reka amalan baru". 

7) “kenapa nak cipta perkara baru, bukan ke semua perkara baru adalah bid’ah yang sesat dan sesat masuk neraka!”

8) “buat apa nak amal benda yang Nabi tak buat, nanti takut orang ingat benda tu wajib”

9) “kan benda tu ada ikhtilaf, ada ulama yang kata amalan tu tak sabit, jadi buat apa nak amal sebab kalau tak amal lebih afdal, jadi dapat keluar dari ikhtilaf (al-khuruj min al-khilaf)”.

10) "kenapa tak bagi azan masa solat raya, benda baik kan?". 


Senario yang terjadi pada masakini ialah persepsi-persepsi di atas telah dianggap sebagai dalil dalam agama sedangkan tiada Ulama Usul yang menetapkan mana-perkara di atas sebagai dalil yang menzahirkan hukum-hakam.


Senario lain pula pada masa ini ialah terdapatnya para penceramah hadith yang hanya membincangkan status hadith kepada masyarakat awam lalu membiarkan mereka terkontang-kanting membuat penilaian sendiri terhadap hukum-hakam. Hal ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan yang berpanjangan terhadap kefahaman agama masyarakat awam. Jika diberikan status hadith kepada asatizah biasa pun belum tentu mereka mampu mengistinbat hukum daripadanya, apatah lagi masyarakat awam, lebih2 lagi mereka tidak mempunyai ilmu alat untuk menilai hadith, mentarjih dan membuat keputusan hukum untuk diikuti. 


Ya, untuk masyarakat belajar ilmu hadith sudah tentu sentiasa terbuka agar diperdengarkan hadith-hadith kepada mereka supaya mendapat cahaya keberkatan darinya. Juga tidak menjadi masalah untuk masyarakat awam sekali sekala ingin bertanya mengenai dalil untuk mententeramkan jiwa yang meronta. Namun, jangan sampai mereka terhalang dari ilmu yang wajib dan fardu ain iaitu ilmu Aqidah, ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawwuf. 


Semoga bermanfaat. 


Iqbal Zain al-jauhari