MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 30 Januari 2009

SELAGI DUNIA BERNAMA DUNIA

1987 Saya mengajar praktikal di SMK Sri Tebrau, Johor Bahru, selama enam bulan. Pada hari terakhir, saya saling bertukar buku autograf dengan pelajar Tingkatan 2B. Salah seorang pelajar itu menulis..."SELAGI DUNIA BERNAMA DUNIA, SELAGI ITULAH MANUSIA BERSANDIWARA" Sehingga sekarang, kata-kata itu melekat dalam minda saya, sedangkan buku autograf itu entah hilang ke mana.

Berita semalam melaporkan seorang bapa (Ervin Lupoe) telah menembak 5 orang anak dan isterinya, kerana kecewa diberhentikan kerja. Akhirnya dia membunuh dirinya sendiri. Kejadian berlaku di pinggir Wilmington, selatan Los Angeles ini sungguh mengejutkan. Namun kejadian seperti ini biasa berlaku di Malaysia. Cara pembunuhan sahaja berbeza, iaitu dengan memberikan minuman beracun kepada anak-anak yang masih tidak mengerti apa-apa. Masalah biasanya kerana menanggung keperitan hidup termasuk berhutang dengan along.


Kisah-kisah ini patut dijadikan pengajaran kepada manusia sejagat. Pembunuhan berterusan rakyat Palestin, Iraq dan Afhanistan dianggap tiada apa-apa kepada mereka. Setengah juta kanak-kanak mati di Iraq kerana sekatan ekonomi. Di negara kita, bayi-bayi dibuang di bawah pokok kelapa sawit, di tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Kini Hari Kekasih yang terang-terang bercanggah dengan agama, begitu dinantikan oleh muda-mudi kita. Sampai bila kita menjadi sesat dan meniti jurang api neraka.

Bagi anda yang cantik jelita, peliharalah ia, kerana itu semua hanya sementara. Banyak bintang filem yang dahulunya dipuja-puja jutaan manusia akhirnya kini menjadi nenek tua, dan tiada sesiapa yang mempedulikannya. Monroe akhirnya menelan pil tidur pada saat kemuncak kejayaan, namun hatinya tidak bahagia. Michael Jackson akhirnya memilih agama Allah kerana kekayaannya selama ini tidak dapat membeli kebahagiaan yang sejati.

Tiada ulasan: