Ahad, 18 Januari 2009

CARA-CARA MENCEGAH KEJADIAN PECAH RUMAH

BAGAIMANA PENJENAYAH MEMASUKI BANGUNAN ATAU RUMAH?

1. Mengumpil mangga pintu atau gril dengan pemutar skrew atau benda-benda tajam.

2. Mengeluarkan cermin tingkap dengan jek atau besi.

3. Memotong mangga pintu dengan pemotong atau gergaji.

4. Mengalih genting bumbung.

5. Memasuki rumah selepas memecahkan siling.

6. Mengait atau memancing melalui tingkap tingkap terbuka atau terdedah.

7. Memasuki melalui pintu terbuka.

8. Menggunakan kunci pendua.



APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA?



1. Memasang alat-alat keselamatan di pintu utama anada seperti lubang intai, rantai pintu dan

selak keselamatan.

2. Sentiasa nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang

di rumah anda.

3. Jangan tinggalkan sebarang nota mengatakan tidak ada orang di rumah.

4. Minta bantuan daripada jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda.

5. Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur, kunci semua pintu, tingkap

dan pagar rumah.

6. Pelihara angsa di kawasan rumah.

7. Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna di rumah anda.

8. Bersihkan semua kawasan semak-samun dan rumpun pokok dalam kawasan rumah yang

boleh dijadikan tempat persembunyian perompak atau pencuri.

9. Sila lapor ke balai polis yang berhampiran sekiranya anda meninggalkan rumah beberapa hari.


PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL:
* Pasangkan 'door wiewer', penyelak pintu utama.

* Pintu utama perlu diperbuat daripada bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem

kunci yang berkualiti.

* Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap pintu rumah anda.

* Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya ia tidak digunakan penjenayah.

* Potong ranting-ranting pokok dan semak samun di sepanjang pagar rumah anda.

* Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh

mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA-JAGA:

* Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk

masa yang singkat.

* Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas

meter elektrik di luar rumah anda.

* Gantikan semua kunci rumah anda dengan segera, apabila kunci itu hilang atau

dicuri.

* Biarkan lampu dan radio terpasang, seolah-olah ada orang di rumah anda.

* Hentikan hantaran surat khabar apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

* Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang

ketiadaan anda di rumah.

AKHIR SEKALI: semasa MENGUNCI PINTU...BERDOALAH. SEKURANG-KURANGNYA BACA SURAH AN-NAS, AL-FALAQ DAN AL-IKHLAS. moga-moga rumah kita dilindungi Allah.

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Lama x antar komen kt sini...Klu MM, kitaorang mmg pasang "alarm"..td dah sebut ya? Alat penggera?? dan lagi kat taman ni kita employ Pengawal Keselamatan. Selain dari itu dinasihatkan klu nak pegi ke mana2 inform kat penjual suratkhabar dulu supaya diaorg x antar s.khabar masa kita xde.
And then, klu nak ke mana2 tu jgn la kecoh gitaw kat khalayak misalnya kt warong "woiii ari ni aku xde..aku nk balik kg" Alamat nak mengundang padah la tu.

Ok..last sekali jgn lupa pagar rumah anda dgn doa2 tertentu and tawakal kpd Allah.

MSOM berkata...

tkasihlah MM. anda sebenarnya seorang penulis hebat. Elok menghasilkan sebuah buku.
semoga anda berjaya dalam cita-cita anda.