SUDAH 6 HARI BLOG INI TIDAK DAPAT DIUPDATE. Pertama kerana kerosakan teknikal. Saya ingatkan kerana kerosakan PC disebabkan serangan virus. Rupa-rupanya setelah datang TM socket talian ini rosak. Beberapa hari ini merana, kerana bisnes internet BIO-ASLI ini memerlukan sepenuhnya penggunaan internet. Akhirnya saya menggunakan cyber cafe untuk menguruskan urusan jual beli produk-produk itu.
Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina seluruh Malaysia. Tahun ini rasanya sudah berkurangan bunyi dentuman mercun. Malangnya hari Raya yang lalu, taman perumahan tempat tinggal saya ini seperti berlakunya pertempuran antara Palestin dengan askar Israel. Mengapa kita membazirkan wang dengan melakukan aktiviti yang membahayakan diri kita sendiri?
Semasa di sekolah minggu lalu, saya diberikan hadiah oleh bekas murid saya semsa di SMK CONVENT dulu, ELIZA NG, sebuah Planer 2009. Kebetulan saya belum membeli planer untuk tahun baru ini. Eliza kini menjual peralatan sekolah ke seluruh Batu Pahat ini. Semasa di Convent dahulu saya selalu menghukumnya berdiri di kelas kerana lambat menjawab soalan Sejarah. Kini beliau memiliki syarikat sendiri pada masa umur masih muda. Eliza juga menyerahkan kalendar syarikatnya sendiri. Begitulah yang sepatutnya ada pada diri kita semua, harus bekerja keras untuk membina kerjaya sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.
Saya juga begitu gembira kerana blog yang pada mulanya hanya untuk suka-suka ini telah mula dilawati oleh pelawat-pelawat yang saya tidak kenali sebelum ini. Paling mengharukan dalam ruangan komen oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Jengka tentang peritiwa saya sesat di Hutan Jengka 21 tahun lalu. Itulah matlamat saya iaitu saya ingin menjejaki sahabat-sahabat saya yang sama-sama sesat di hutan itu.
2 ulasan:
Macam tak caya je..malam tadi aku pergi Batu Pahat kaum cina main bunga api dan mercun macam pesta.Pihak berkuasa mana pergi?
itu di luar pengetahuan saya...saya critakan keadaan yg berlaku di pt sulong..jam 8.00 malam saya berada di BP WALK, belum ada pesta mercun itu, mungkin, pesta yg saudara maksudkan jam 12 malam...waktu itu saya sudah tidak berada di sana...namun tahun ini pesta spt itu nampak telah berkurangan..
Catat Ulasan