Sahabat Sejati ialah sahabat yang setia dan kekal hingga ke akhirat. Sahabat yang membawa kita ke arah keberkatan Allah, kita bertemunya kerana Allah dan berpisah dengannya juga kerana Allah. Ramai sahabat kita hari ini, yang mengajak kita ke arah kemurkaan Allah. Oleh itu Imam Al-Ghazali menggariskan perkara berikut sebagai garis panduan memilih seorang sahabat:
1. Berakal- jangan memilih orang yang dungu kerana ia akan menyusah dan membinasakan kamu.
2. Berakhlak - jangan bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya, nanti keburukan akhlaknya akan menimpa kamu.
3.Suka kepada kebenaran- jangan bersahabat dengan orang yang menentang kebenaran atau hidup di atas jalan yang sesat, nanti kamu akan ikut tersesat dengannya.
4. Sanggup sehidup semati - Saidina Ali ada berkata " Saudaramu yang sejati ialah orang yang sanggup bersamamu dalam apa juga keadaan, sanggup berkorban kalau ada sesuatu musibah yang menimpa kamu, sanggup meninggalkan sesiapa sahaja demi kerana hendak bersamamu"
5. Elakkan orang yang sentiasa melakukan perbuatan fasiq
6. Elakkan orang yang terlalu cintakan duniawi, nanti lantaran dunia dia akan memusuhi kamu.
7. Elakkan orang yang suka berbohong, nanti kamu selalu ditipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan