MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 30 Januari 2009

SELAGI DUNIA BERNAMA DUNIA

1987 Saya mengajar praktikal di SMK Sri Tebrau, Johor Bahru, selama enam bulan. Pada hari terakhir, saya saling bertukar buku autograf dengan pelajar Tingkatan 2B. Salah seorang pelajar itu menulis..."SELAGI DUNIA BERNAMA DUNIA, SELAGI ITULAH MANUSIA BERSANDIWARA" Sehingga sekarang, kata-kata itu melekat dalam minda saya, sedangkan buku autograf itu entah hilang ke mana.

Berita semalam melaporkan seorang bapa (Ervin Lupoe) telah menembak 5 orang anak dan isterinya, kerana kecewa diberhentikan kerja. Akhirnya dia membunuh dirinya sendiri. Kejadian berlaku di pinggir Wilmington, selatan Los Angeles ini sungguh mengejutkan. Namun kejadian seperti ini biasa berlaku di Malaysia. Cara pembunuhan sahaja berbeza, iaitu dengan memberikan minuman beracun kepada anak-anak yang masih tidak mengerti apa-apa. Masalah biasanya kerana menanggung keperitan hidup termasuk berhutang dengan along.


Kisah-kisah ini patut dijadikan pengajaran kepada manusia sejagat. Pembunuhan berterusan rakyat Palestin, Iraq dan Afhanistan dianggap tiada apa-apa kepada mereka. Setengah juta kanak-kanak mati di Iraq kerana sekatan ekonomi. Di negara kita, bayi-bayi dibuang di bawah pokok kelapa sawit, di tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Kini Hari Kekasih yang terang-terang bercanggah dengan agama, begitu dinantikan oleh muda-mudi kita. Sampai bila kita menjadi sesat dan meniti jurang api neraka.

Bagi anda yang cantik jelita, peliharalah ia, kerana itu semua hanya sementara. Banyak bintang filem yang dahulunya dipuja-puja jutaan manusia akhirnya kini menjadi nenek tua, dan tiada sesiapa yang mempedulikannya. Monroe akhirnya menelan pil tidur pada saat kemuncak kejayaan, namun hatinya tidak bahagia. Michael Jackson akhirnya memilih agama Allah kerana kekayaannya selama ini tidak dapat membeli kebahagiaan yang sejati.

MENGATASI GEMENTAR KETIKA BERUCAP

TIP BENDUNG RASA TAKUT, GEMENTAR KETIKA BERUCAP
BERIKUT BEBERAPA TIP UNTUK MENGHILANGKAN RASA GEMENTAR KETIKA BERUCAP
1. Berdoa kepada Allah agar diberi ketenangan ketika berucap.
2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan.
3. Anggap khalayak sebagai rakan anda.
4. Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap audien, sebaliknya melihat ke arah aras kepala setiap orang, seolah-olah anda melihat mereka.
5. Datang lebih awal ke tempat anda berucap, dekati hadirin, dan berbual dengan mereka, kerana ini akan memberi keyakinan kepada anda.
6. Elakkan daripada memegang kertas, kerana jika anda gementar, ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar.
7. Tanya soalan juga satu cara membuang perasaan gementar.
8. Buat persediaan yang cukup. Dapatkan maklumt, data, statistik dan contoh yang sesuai tentang apa yang ada perkatakan.
9. Berlatih, dan terus berlatih, gunakan cermin atau rakan/pasangan anda.
10.Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan ucapan.

TIP MENJUAL PRODUK M.L.M

BAGI ANDA YANG BARU MENCEBURI M.L.M DAN TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK MENJUAL, BERIKUT
DIPAPARKAN BEBERAPA SALURAN JUALAN YANG BERKESAN:
1. Jualan ONE TO ONE
2. Jualan melalui exhibition dan Expo
3. Jualan menerusi booth di kantin dan tempat kerja.
4. Jualan menerusi sistem Parti.
5. Jualan menerusi orang yang tidak dikenali di kedai kopi dan tempat awam.
6. Jualan menerusi CAR BOOTH SALE.
7. Jualan menerusi Internet
8. Jualan menerusi flyer (sisip dalam surat khabar).
9. Jualan menerusi mail order.
10. Iklankan dalam akhbar tabloid

Rabu, 28 Januari 2009

CUTI TAHUN BARU CINA

SUDAH 6 HARI BLOG INI TIDAK DAPAT DIUPDATE. Pertama kerana kerosakan teknikal. Saya ingatkan kerana kerosakan PC disebabkan serangan virus. Rupa-rupanya setelah datang TM socket talian ini rosak. Beberapa hari ini merana, kerana bisnes internet BIO-ASLI ini memerlukan sepenuhnya penggunaan internet. Akhirnya saya menggunakan cyber cafe untuk menguruskan urusan jual beli produk-produk itu.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina seluruh Malaysia. Tahun ini rasanya sudah berkurangan bunyi dentuman mercun. Malangnya hari Raya yang lalu, taman perumahan tempat tinggal saya ini seperti berlakunya pertempuran antara Palestin dengan askar Israel. Mengapa kita membazirkan wang dengan melakukan aktiviti yang membahayakan diri kita sendiri?

Semasa di sekolah minggu lalu, saya diberikan hadiah oleh bekas murid saya semsa di SMK CONVENT dulu, ELIZA NG, sebuah Planer 2009. Kebetulan saya belum membeli planer untuk tahun baru ini. Eliza kini menjual peralatan sekolah ke seluruh Batu Pahat ini. Semasa di Convent dahulu saya selalu menghukumnya berdiri di kelas kerana lambat menjawab soalan Sejarah. Kini beliau memiliki syarikat sendiri pada masa umur masih muda. Eliza juga menyerahkan kalendar syarikatnya sendiri. Begitulah yang sepatutnya ada pada diri kita semua, harus bekerja keras untuk membina kerjaya sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.

Saya juga begitu gembira kerana blog yang pada mulanya hanya untuk suka-suka ini telah mula dilawati oleh pelawat-pelawat yang saya tidak kenali sebelum ini. Paling mengharukan dalam ruangan komen oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Jengka tentang peritiwa saya sesat di Hutan Jengka 21 tahun lalu. Itulah matlamat saya iaitu saya ingin menjejaki sahabat-sahabat saya yang sama-sama sesat di hutan itu.

Khamis, 22 Januari 2009

SEMAKIN AMANKAH DUNIA INI?

Berakhirnya pemerintahan Syaitan Besar Bush, diiringi balingan beratus-ratus kasut dan munculnya Obama adakah akan melahirkan keamanan sejagat? Obama menjanjikan akan membuat beberapa perubahan termasuk menutup kem tahanan Guantanamo. Juga akan merapatkan jurang perhubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam yang dirobek-robek Dajal Bush. Selagi rakyat Palestin dijadikan sasaran segala jenis senjata baru, selagi itulah dunia Arab dan Islam sentiasa menganggap Amerika sebagai musuh utama.

Namun kita usah mengharapkan musuh akan menentukan masa depan kita. Seharusnya semua negara Islam bersatu dan menjadikan Iran sebagai contoh sebuah negara Islam yang bermaruah. Kita harus membina teknologi dan kekuatan dalaman agar musuh-musuh Islam menjadi gerun.

Perang saraf haruslah telah lama bermula. Melihat keadaan sekarang, sebenarnya kita menjadi buah catur pihak barat. Apabila kita diserang, kita hanya mampu membakar bendera dan patung pemimpin mereka. Langkah itu tidak memberi apa-apa faedah malah memudaratkan kita. Banyak kali tunjuk perasaan, berakhir dengan kematian, apabila akhirnya tentera dan penunjuk perasaan bertempur sesama saudara seagama. Munafik dan tentera kafir itu tersenyum sinis
melihat kedunguan kita. Sampai bila kita harus menjadi seperti itu?

Ahad, 18 Januari 2009

CARA-CARA MENCEGAH KEJADIAN PECAH RUMAH

BAGAIMANA PENJENAYAH MEMASUKI BANGUNAN ATAU RUMAH?

1. Mengumpil mangga pintu atau gril dengan pemutar skrew atau benda-benda tajam.

2. Mengeluarkan cermin tingkap dengan jek atau besi.

3. Memotong mangga pintu dengan pemotong atau gergaji.

4. Mengalih genting bumbung.

5. Memasuki rumah selepas memecahkan siling.

6. Mengait atau memancing melalui tingkap tingkap terbuka atau terdedah.

7. Memasuki melalui pintu terbuka.

8. Menggunakan kunci pendua.



APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA?



1. Memasang alat-alat keselamatan di pintu utama anada seperti lubang intai, rantai pintu dan

selak keselamatan.

2. Sentiasa nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang

di rumah anda.

3. Jangan tinggalkan sebarang nota mengatakan tidak ada orang di rumah.

4. Minta bantuan daripada jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda.

5. Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur, kunci semua pintu, tingkap

dan pagar rumah.

6. Pelihara angsa di kawasan rumah.

7. Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna di rumah anda.

8. Bersihkan semua kawasan semak-samun dan rumpun pokok dalam kawasan rumah yang

boleh dijadikan tempat persembunyian perompak atau pencuri.

9. Sila lapor ke balai polis yang berhampiran sekiranya anda meninggalkan rumah beberapa hari.


PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL:
* Pasangkan 'door wiewer', penyelak pintu utama.

* Pintu utama perlu diperbuat daripada bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem

kunci yang berkualiti.

* Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap pintu rumah anda.

* Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya ia tidak digunakan penjenayah.

* Potong ranting-ranting pokok dan semak samun di sepanjang pagar rumah anda.

* Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh

mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA-JAGA:

* Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk

masa yang singkat.

* Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas

meter elektrik di luar rumah anda.

* Gantikan semua kunci rumah anda dengan segera, apabila kunci itu hilang atau

dicuri.

* Biarkan lampu dan radio terpasang, seolah-olah ada orang di rumah anda.

* Hentikan hantaran surat khabar apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

* Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang

ketiadaan anda di rumah.

AKHIR SEKALI: semasa MENGUNCI PINTU...BERDOALAH. SEKURANG-KURANGNYA BACA SURAH AN-NAS, AL-FALAQ DAN AL-IKHLAS. moga-moga rumah kita dilindungi Allah.

Sabtu, 17 Januari 2009

MUSUH-MUSUH & SAHABAT-SAHABAT IBLIS

MUSUH-MUSUH IBLIS:

1. Rasululullah S.A.W
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat atas dosa-dosanya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
9. Orang beriman yang tidak melakukan sesuatu yang haram.
10.Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
11. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil.
12. Orang kaya yang rendah hati.
13. Peniaga yang jujur dan amanah.
14. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca Al-Quran.
15. Orang yang bangun solat pada waktu malam pada waktu
orang lain sedang tidur.

SAHABAT-SAHABAT IBLIS:
1. Orang kaya yang sombong.
2. Peminum arak.
3. Hakim yang tidak adil.
4. Peniaga yang tidak jujur.
5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
6. Orang yang meringankan solat.
7. Orang yang memakan harta anak yatim
8. Orang yang beramal kerana nama.
9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
10.Penghasut dan pendengki apabila orang lain mendapat kesenangan.
Jadi anda ingin mengikuti kategori yang mana? Sahabat Iblis atau Musuh Iblis?

Sabtu, 10 Januari 2009

TIP BERJAYA DALAM MLM




Saudara Nasaruddin merupakan Jutawan Pertama dalam syarikat Sureco semasa kegemilangan syarikat tersebut. Beliau berpendapatan RM 60000 - RM 65000 sebulan ketika itu. Sekarang Sdra Nasarudin terus mengekalkan kegemilangan itu dalam syarikat DCL. Benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau! Apakah rahsia kejayaan beliau. Saya memperoleh tip daripada beliau ini ketika roadshow beliau di Hotel Carnival Batu Pahat.

Inilah tip-tip yang dibongkar oleh Nasarudin:

Kaedah 5 M yang harus diterapkan ialah:

1. MENGGUNA - Setelah dapat katalog/starter kit bacalah beberapa kali, fahamkan...
beli barang RM 300, gunakan hingga anda yakin...benenar-benar yakin!

2. MENJUAL - STOK BARANG mesti banyak. ADA 3 CARA MENJUAL:
(i). Perseorangan - senaraikan 100 orang prospek. Telefon dan buat temu janji.
Katakan anda ingin kongsi tiga perkara: Kesihatan, Tambah Pendapatan dan Kebajikan.
Jelaskan tentang syarikat, produk,testimoni.

(ii) Demo - Parti: Apa yang mesti ada?
* Starter kit sekurang-kurangnya 5 set
* Produk yang bernilai RM 1000
Bagi test percuma, gunakan 5 pancaindera untuk menikmati produk itu.
Ceritakan tiga produk sahaja jangan lebih. Produk yang paling mendapat sambutan.

(iii) Promosi - Modal RM 3000 - RM 5000. Tempat : Supermarket yang tersohor.
- Adakan jualan hamper, contoh set Lelaki sihat
3. MENAJA - Jangan henti menaja...sampai bila-bila selagi ada nyawa dan daya...!
Menaja orang dikenali dan orang tidak dikenali.
60%- ahli atas pagar
30%- ahli pengguna
10%- bakal leader
Untuk menaja mesti ada 10 starter kit/ katalog
Pesan beliau >


PASTI ADA YANG MAHU!
PASTI ADA YANG TAK MAHU!
MUSTAHIL SEMUA MAHU!
MUSTAHIL SEMUA TAK MAHU!
JIKA ADA PENOLAKAN...PUJUK HATI....

BIASALAH! DUNIA MEMANG BEGINI!!!

Penajaan> minima 1 hari sekurang-kurangnya 3 orang. Hari ini jadi ahli terus dapat katalog!
Jangan bertangguh!

4. MEMBIMBING - Pastikan rangkaian berpendapatan tinggi, bukan kita seorang sahaja yang
bonus ribu-ribu, down line bonus ratus-ratus sahaja.
5. MENGHADIRI MESYUARAT - Kita mesti menghadiri dan membawa rangkaian ke
mesyuarat yang diadakan.

Bagi anda yang tidak sanggup melakukan perkara-perkara di atas, tetapi masih
minat untuk buat bisnes secara senyap:

M.L.M terkini! KLIK DI SINI untuk pendaftaran percuma - YURAN KEAHLIAN RM 70 dapat produk hebat juga bernilai RM 70....!

SETELAH SESEORANG JADI AHLI, UCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE BISNES ANDA. Tetapkan matlamat dan bimbing sepenuhnya, jangan gunakan kaedah TT iaitu


TAJA dan TINGGAL. aNDA BAGAIMANA? Jumpa anda di puncak KEJAYAAN!


Jumaat, 9 Januari 2009

PALESTINE OH PALESTINE!

Assalamualaikum semua!
Dalam minggu ini, kita dikejutkan dengan peristiwa berdarah di Ghaza. Alangkah dahsyatnya keganasan Yahudi bangsa yang dilaknat Allah dalam al-Quran itu. Sayangnya rakyat Palestine masih bercakaran sesama sendiri. Orang Arab menjadi dungu dan tidak dapat berbuat apa-apa. Kelazatan hidup di dunia, mematikan semangat perjuangan mereka yang pada masa silam sangat digeruni oleh musuh sehingga hampir separuh dunia ini berada di bawah kekuasaan mereka. Arab menjadi hebat kerana Islam. Turki unggul kerana Islam.Melaka gemilang kerana Islam. Dan apabila mereka menanggalkan Islam daripada pegangan mereka, mereka menjadi hina sehinanya. Mereka akhirnya diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.
Kita mesti kembali kepada Islam. Hari ini kita cuma mampu berdoa dan mengharapkan kuasa-kuasa besar menyelesaian konflik tersebut. Mereka bertepuk tngn dan berpesta dan meraikan di hotel-hotel mewah, atas titisan darah kanak-kanak dan wanita Islam. Kita mendambakan muslim laksana Salahuddin Al Ayubi, Tareq bin Ziyad atau seperti Khalid Al Walid. Didiklah anak-anak kalian menjadi singa-singa Allah, bukan ayam-ayam yang menanti disembelih oleh musuh-musuh Islam. Semoga Islam akan kembali di atas.

Saya menerima banyak sms dan email tentang kedurjahanaan Yahudi ini, antaranya email daripada sahabat saya, unanjaga. Berikut antara sms yang diterima:

From Hamidon Said " Pemimpin Hizbullah Syd Hasan Nasrallah minta seluruh Muslim untuk melafazkan Al Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86 dan 88...malam ini. Tolong sebarkan agar Israel hancur. Malulah kita kpd Allah jika masih tak mampumenghulurkan selemah-lemah bantuan ini kepada saudara seIslam kita. Sebarkan..."

From Suhaimi Stokis Radix Muar " COCA COLA, HUGGIES, RIVER ISLAND, MC DONALD, CLINIQUE, DISNEY, DONNA, KARAN, STARBUCKS, GAP, GANIER, PERRIER, KOTEX, SANEX, JO MALONE, LANCOME,LIBBYS, TCHIBO, LOREAL,MARKS & SPENCER, KLEENEX, MAYBELLINE, NESTLE,VITTEL,REVLON, WONDERBRA, That a list of brands found out to Donate money to Israel Army. Stop buying to cripple the Israeli economy. Plt to show Muslim Unity.use muslim product!"

Januri Yamon " Demonstrasi Nengutuk serangan Yahudi di Ghaza. Jumaat 9 Jan lepas solat Jumaat di Mesjid Sultan Ismail B Pahat, sebarkan..."

Banyak lagi sms yang hampir sama disebarkan. Ini menunjukkan semangat persaudaraan masih menebal di kalangan kita. Semoga semangat ini ditingkatkan, agar lebih berkesan.

Ahad, 4 Januari 2009

JAUHKAN PENJAJAHAN MINDA

INILAH LAMBANG PENJAJAHAN BANGSA! SAMPAI BILA KITA MENJADI BANGSA YANG HINA? BERJUANGLAH UNTUK MENJADI BANGSA YANG BERMARUAH!

AWAL TAHUN YANG SEMAKIN SIBUK


Assalamualaikum semua!
Minggu terakhir ini, aku semakin sibuk. Sibuk dengan dunia bisnes IT dan membeli kelengkapan anak-anak sekolah. Membayar yuran dan kelengkapan sekolah mereka. Jumlahnya jangan ditanya, kerana itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga. Saya selalu membayangkan bagaimana kalau anak-anak yang ibu bapanya miskin dan susah? Bagaimanakah mereka menghadapi saat-saat seperti ini? Alhamdulillah, kerajaan telah menangguhkan pembayaran yuran khas yang berjumlah RM 30 ke atas itu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban itu.

Terlalu banyak rupanya ilmu IT yang aku tidak tahu. Ilmu itu terlalu luas, seluas alam ini. Allah mewajibkan kita menuntut ilmu. Maka usahlah berhenti menimba ilmu. Sekarang telah adanya teknologi IT yang memudahkan kita mencari apa sahaja ilmu, dengan syarat ilmu itu tidak menyimpang daripada Jalan Allah. Bukankah kita membaca Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus sebanyak 21 kali dalam sehari?

Maka aku tidak pernah menyesal, walaupun aku tidak masuk ke pusat pengajian tinggi, tetapi aku masih menerima ilmu daripada pelbagai sumber. Yang pentingnya kita rajin membaca. Bukankah Allah memerintahkan dalam ayat Quran yang pertama? Iqra..Bacalah dengan nama Tuhanmu...!

Masa kehidupan ini terlalu singkat, maka penuhilah ia dengan segala kebaikan buat memakmurkan dunia ini. Jauhkanlah sifat-sifat buruk yang bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t. Mampukah kita menghadapi kemurkaanNya nanti?

Semoga kehidupan anda menjadi lebih bermakna pada tahun 1430 hijrah dan 2009 ini. Rebutlah segala peluang yang ada. Saya doakan anda akan menemui sinar kegemilangan! Selamat berjuang!!!

Jumaat, 2 Januari 2009

BELAJAR DATABASE

http://www.linkreferral.com/adwel.pl?oldrefid=217241

BAGAIMANA MEMILIH SAHABAT?


Sahabat Sejati ialah sahabat yang setia dan kekal hingga ke akhirat. Sahabat yang membawa kita ke arah keberkatan Allah, kita bertemunya kerana Allah dan berpisah dengannya juga kerana Allah. Ramai sahabat kita hari ini, yang mengajak kita ke arah kemurkaan Allah. Oleh itu Imam Al-Ghazali menggariskan perkara berikut sebagai garis panduan memilih seorang sahabat:

1. Berakal- jangan memilih orang yang dungu kerana ia akan menyusah dan membinasakan kamu.

2. Berakhlak - jangan bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya, nanti keburukan akhlaknya akan menimpa kamu.

3.Suka kepada kebenaran- jangan bersahabat dengan orang yang menentang kebenaran atau hidup di atas jalan yang sesat, nanti kamu akan ikut tersesat dengannya.

4. Sanggup sehidup semati - Saidina Ali ada berkata " Saudaramu yang sejati ialah orang yang sanggup bersamamu dalam apa juga keadaan, sanggup berkorban kalau ada sesuatu musibah yang menimpa kamu, sanggup meninggalkan sesiapa sahaja demi kerana hendak bersamamu"

5. Elakkan orang yang sentiasa melakukan perbuatan fasiq

6. Elakkan orang yang terlalu cintakan duniawi, nanti lantaran dunia dia akan memusuhi kamu.

7. Elakkan orang yang suka berbohong, nanti kamu selalu ditipu.