Selasa, 15 Februari 2011

KERIS LAMA ADA PENUNGGU

Dulu semasa ayahnya masih hidup, orang tua itu memang menjaga keris dari Jawa itu dengan cukup kasih sayang. Setiap tahun keris itu dibersihkan. Dia tak pernah tanya arwah ayahnya tentang keris itu. Dia memang tak minat dan tidak pernah ambil peduli akan hal itu. Jadi dia pun tak pernah bertanya kepada ayahnya, tentang asal-usul keris tersebut. Maklumlah memang tak berminat langsung.

Sehinggalah ayahnya meninggal dunia kerana sakit tua. Dia pun tak pernah mempedulikan akan keris pusaka itu. Ia tetap tergantung di dinding sebagai perhiasan semata-mata. Sesekali adik-beradiknya balik ketika raya, keris itu dibuka dan didapati sudah mula berkarat.

Adik-beradiknya pun tak minat dengan keris macam dia juga. Kadang-kadang abangnya buat acah-acah nak tikam dia. Biasalah adik-beradik bergurau senda, sesekali dapat jumpa di rumah orang tua. Ibu mereka pun sudah lama meninggal sebelum ayahnya meninggal dunia lagi.

Oleh sebab dia anak lelaki bongsu, maka dialah waris rumah pusaka yang besar tersergam itu. Sampailah ketikanya dia berumah tangga dan mendapat anak. Dia pun dah lupa akan keris itu. Keris yang tergantung itu seakan tidak dipedulikan langsung. 

Tujuh tahun selepas kematian ayahnya, keris itu mula buat hal. Tiba-tiba sahaja isterinya  dirasuk iblis. Dia menjadi begitu kaget kerana isterinya boleh bercakap dalam bahasa Indonesia. Isterinya marah dan bicaranya mewakili penunggu di dalam keris itu. 'Dia' begitu marah, kerana keris itu sudah tidak dijaga lagi seperti arwah ayahnya dahulu. Kini jin itu sudah berada di tubuh isterinya hampir 40 hari.

Dia dan adik-beradiknya begitu terkejut, bagaimana selama ini keris itu tidak pernah mendatangkan apa-apa mudarat, kini tiba-tiba boleh mengganggu kehidupannya sekarang. Dia begitu pening dan binggung. Kini isterinya terpaksa dihantar ke rumah ibu mentuanya. Kerana ketika dia pergi bekerja, tiada sesiapa di rumah yang dapat menjaga isterinya yang sedang kerasukan penunggu keris itu melainkan anak-anak yang masih kecil.

Sampai hari ini, sahabatku itu masih terpaksa berulang-alik ke Segamat-Batu Pahat atas urusan kerja dan balik ke rumah mentuanya untuk terus merawat isterinya. Dia tidak bersalah. Yang bersalah ialah keris itu. Arwah ayahnya juga tersilap langkah dengan menyimpan keris seumpama itu.

Iktibarnya, disini, usahlah kalian menyimpan sesuatu barangan pusaka seperti itu. Jika masih ada, serahkanlah kepada ustaz yang arif tentang pelupusan jin-jin. Keris juga boleh menjadi satu SAKA kepada kita, dan ia adalah agak sukar mengubatinya dan memakan masa.

Berserahlah sahaja kepada Allah. Keris sudah tidak relevan lagi pada zaman moden ini. Terbukti, pada tahun 1511, orang Melayu yang bersenjata keris telah tewas di tangan Portugis yang datang hanya dengan beberapa buah kapal sahaja. Oleh itu tak gunalah kita menyimpan keris-keris pusaka di rumah kita, kerana satu nanti ia akan memberi mudarat kepada ahli keluarga kita, sebagaimana yang benar-benar terjadi kepada sahabatku itu. 

12 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kesiannya... seram pun ada aku baca crita ko ni. Nak komen lebih pun takut... hee seram!

MSOM berkata...

Nak tau siapa orangnya, baca mesej Facebook dari aku ok

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Terima kasih. Aku dah terima dan dah balas. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

Imddin Ahmad berkata...

'Keris' mmg sudah tidak relevan lg dizaman ini..
Hanya layak dijadikan sbagai bahan sejarah.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Kawe mmg minat simpan barang2 antik nih...
Cuma la ni keris tak der la dlm simpanan coz harganya pon buleh tahan mahalnyer...
Tp kalau dh smpai ade penunggu, better x payah la simpan...

MSOM berkata...

Saya memahami apa yang Imddin maksudkan. Faham...

MSOM berkata...

Senduduk Putih,
Kalau keris pengantin rasanya tak ada apa-apa. Ni yg keris-keris zaman dulu, yang asalnya dari Jawa tu yg agak angker sedikit.

en_me berkata...

bab yg "ada tahun 1511, orang Melayu yang bersenjata keris telah tewas di tangan Portugis yang datang hanya dengan beberapa buah kapal sahaja." itteww ai laikee.. ehehe

aniskittle berkata...

my neighbor pon baru meninggal sebab 'tertegur' keris kawan die then kene rasuk.. 5 hari je.. so hati2 dgn barang2 lame ni..kite x thu mungkin ade semangat2 kt brg2 tu..dh mcm2 ustaz dpnggil utk rawat my neighbor ni..tapi dh ajal die kite redha kn saje..al-fatihah

Bijaksana berkata...

@Manusia ada baik, ada jahat. Jin juga ada baik, ada jahat.Keris juga ada keris baik, keris jahat.
@ Keris yang berkhodam jahat ialah keris yang perlu dijaga. Bererti pemilik keris itu menjadi kuli kepada khodam itu. Keris yang berkhodam baik, pemilik tidak perlu menjaga khodam itu. Bahkan khodam itu yang menjadi kuli kepada pemilik keris itu.
@ Jika semua keris yang berkhodam dikatakan semua jahat,bererti semua nenek moyang kita telah buat kesilapan besar. Ini tidak munasabah. Keris yang berkhodam baik adalah senjata orang orang Melayu.
@ Jadi jangan berfikir cara salah. Jangan salah membuat rumusan.
@ Cari keris yang berkhodam baik. Ini memerlukan ilmu. Biar pemilik keris yang menjadi tuan kepada khodam itu.Bukan pemilik keris yang menjadi kuli kepada khodam keris itu.

Abdul Qoiyum berkata...

Benar....terutama keris yang bukan milik kita.....atau senjata amanah milik raja.....ia perlu dipulangkan pd keturunannya.....sbb sy juga pernah jmpa org y memiliki senjata pusaka berusia 500 tahun.....keris itu dibersihkan pd mlm 31 ogos y lalu....jirus air kelapa n gosok dgn daun pandan yang telah ditumbuk....arwah hj muhammad deli y tunjukkan sambil baca gufranaka allah ya rahman ya rahim.....semua sekali dibersihkan mungkin barang lama ada banyak yang dilaluinya....tiada apa yang pelik sekadar hak barang lama perlu dijaga kerana senjata itu termasuk pedang hukuman pancung, keris panjang sepanjang 4kaki milik sultan johor lama,lembing siak,lembing majapahit era dari istana melaka, pancar delima dari emas,sanggul pemaisuri sultan, dan puluhan keris plantikan panglima bila perang berlaku....biasanya setelah kerja n perang selesai...senjata ini akan dipulangkan pd sultan....termasuk pedang pancung.hukuman bunuh...hanya dengan arahan sultan johor...video pemandian senjata pusaka ini adapada saya....kerana saya diamanahkan untuk buat dokumentari adat istiadat kerabat sultan johor lama.....y waris bernasabnya masih mempunyai jati diri sultan melaka n johor lama yang boleh diketengahkan setelah hak2 dan pewarisan nya dinafikan sejak ratusan tahun sejak kejatuhan melaka......peringkat awal....dokumentasi n bahan sejarah dikumpulkan berdasarkan hubungan ketrunan ini dgn raja2 melayu spt johor, terengganu, pahang, brunei,siak dll...penghadapan dgn istana perlu persiapan spt dokumen
.tak semudah itu.usaha ini dpt menyatukan org melayu yang amat bertuah kerana dpt berjumpa tengku shari ibn engku jantan ibn tengku ibrahim ibn sultan mahmud ibn sultan mansur ibn sultan yahya ibn sultan ismail ibn sultan mahmud ibn sultan abdul jalil rahmat syah @ raja kechil ibn sultan mahmud mangkat dijulang.daulat tuanku. Baginda menjalani hidup dalam sederhana.....pesara askar zaman komunis....tingal d melaka d kuala sungai baru....sesiapa yang berhajat carilah pewaris ini sendiri.....org yang mencari sahaja akan jumpa....baginda gemar hidup spt rakyat biasa...tapi demi maruah org melayu....yang sering dikatakan sultan melaka terutama sultan mahmud mangkat djulang tiada waris....insya allah dlam masa tidak lama lgi usaha telah menunjukkan jalan yang baru terbuka iaitu pada 31 ogos y lalu setelah didesak sbnyak 3 kali oleh engku hj muhammad deli d kg sebatu merlimau....telah berlakunya majlis istiadat pemahsyuran tengku shari ibn engku jantan sebagai waris bernasab sultan yahya siak yang juga waris bernasab kpd sultan mahmud mangkat dijulang.....cuma sejarah telah mendidik kita agar.....bersatulah untuk keamanan....berundurlah untuk keamanan....bersembunyilah untuk kelangsungan zuriat...jangan tuntut kerajaan...tetapi....tunaikan amanah org melayu n raja2 nya...kembalikan hak kepada yang berhak......berlaku adil n lupakan sengketa lama.....kedatangan penjajah paling asal untuk menghapuskan islam dan ketuanan org melayu yang berkeras .menolak arak dan maksiat pada era melaka n sampai bila.2. Daulat tuanku......semoga baginda dapat bimbingan dari penasihat dan rakyat y setia.majlis menjulang telah dilakukan pd 31 ogos dengan laungan daulat tuanku 3 kali oleh semua yang dipimpin oleh dato prof dr ibrahim ghafur di kg sebatu merlimau...

Mat Som berkata...

Terima kasih atas pandangankalian semua....tkasih sudi menuliskan maklum balas yang begini detail