Rabu, 6 April 2011

BAKAL JIRAN AKU

 Petang ni relak-relak, sambil tengok persekitaran rumah. Aku membuka
pintu dapur rumahku....dan memaparkan panorama ini
Dah sebulan orang-orang Lombok itu bertukang, bunyi kren, dan macam-macam bunyilah.
Paling tak tahan bunyi mesin tebang.
Jom tengok bakal jiran-jiran aku...
  Rumah ini boleh dikatakan mahal...RM 280.00! Mesti hanya hartawan-hartawan
Parit Sulong yang mampu membelinya. Kalau gaji RM 1000 ke bawah
alamatlah kena buat rumah kampung, itu pun kalau ada tanah.

 Kalau dah siap nanti mesti lawau-lawau rumah ni.
Rumah lama termasuk rumah aku jadi bertambah nampak burukle
Yang kesian jiran-jiran aku di depan ni, mereka dah tak ada tempat parking kereta.
Mereka tambah rumah (ruang tamu) sampai ke longkang. Tak sangka pulak belukar ni jadi taman perumahan juga akhirnya.Dulu tempat monyet bergayut, dan ular tedung selar beranak-pinak. Babi hutan pun sesekali
beriadah di sini.....!

Bertambah meriah, berhampiran rumah aku ni ada bangunan burung walit. Suasana sudah macam dalam rancangan National Geografic. Bunyi kicauan burung palsu diselang-seli dengan bunyi burung sebenar. Meriah sungguh tempat tinggal aku.
Jika mereka bina bangunan burung walit, cukuplah aku jadi pengedar dan stokis
KOPI WALIT YUSMIRA bagi daerah Batu Pahat.
Sesiapa yang nak jadi pengedar call aku....010-3443880

4 ulasan:

=sz= berkata...

rumah cikgu msom tatappp berstatus banglo yuuuu! ;p

MSOM berkata...

SZ, banglo atau lo bang lo bang...?

Mama Miraki berkata...

patutnya bangunan untuk burung walit tu tak boleh buat kat kawasan perumahan..boleh komplen tu..menganggu ketenteraman awam...agak2 sapa punyalah tu...

agak2 kat mana erk..lokasi rumah MS ni...

MSOM berkata...

Mama Miraki
Lokasinya sudah sangat senang dikenal pasti. Taman perumahan yg paling hampir dgn Rumah Pusaka ayah dan ibu kalian.