Jumaat, 1 April 2011

TIP-TIP PENJUALAN BERKESAN

Kaedah Menukar Pengguna Kepada Penjual


  1. Lead Loss dalam menarik pelanggan kepada pengguna
  2. Beri pengetahuan produk kepada bakal pelanggan
  3. Bermula dengan hanya 1 ATAU 2 produk sahaja dalam satu masa
  4. Beri masa 5-7 hari untuk pengguna menggunakan produk
  5. Beri nasihat untuk menggunakan produk dengan baik dan dapatkan tindak balas mereka.
  6. Beri motivasi kepada pengguna untuk terus menggunakan produk
  7. Dapatkan 2 nama daripada pengguna untuk mencuba produk yang sama atau produk lain
  8. Beri 1 ATAU 2 barang kepada pengguna untuk mereka mencuba dalam menjual produk. Katakan kepadanya income ini dapat membantu mereka mendapat duit sampingan.


KONSEP FOKUS PADA SATU PRODUK PADA SATU MASA.
Dalam meningkatkan jualan kita perlu mempunyai fokus. Sesetengah syarikat memang menjual hanya satu produk, dan mereka yakin 100% produk mereka dapat memberikan kekayaan kepada mereka. Ada syarikat pula mengeluar ratusan produk. Namun kita sebagai penjual haruslah FOKUS terhadap 1 atau 2 produk SAHAJA.


  1. Menumpukan 1 ATAU 2 produk sahaja pada satu masa sehingga kita berjaya menembusi pasaran
  2. Kembangkan pasaran produk yang kita minat
  3. Setelah berjaya kita fokuskan kepada 1 ATAU 2 produk tambahan yang kita ada.
  4. Amat penting untuk memberi PRODUCT KNOWLEDGE kepada semua penjual dan pengguna produk anda.
  5. Selalu menghubungi rangkaian penjual dan pengguna anda untuk mendapatkan maklum balas. Kembangkan produk anda secara mendalam dengan produk yang anda minat dan produk-produk lain.


KAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH KEPADA MANUSIA


  1. Konsep adalah semua manusia mempunyai masalah KESIHATAN
  2. Tanya kepada bakal pelanggan/sahabat, apa masalah yang mereka hadapi?
  3. Beri khidmat nasihat bagaimana mereka boleh mengatasi masalah kesihatan mereka melalui produk yang kita tawarkan. Contohnya mereka ada lenguh-lenguh sendi, cepat penat, kenapa tak cuba KOPI MAHKOTA DEWA yang mempunyai 11 herba terpilih, dan terbukti berkesan mengatasi masalah tersebut.
  4. Gunakan konsep lead loss
  5. Gunakan konsep SAMPEL PACK, agar mereka boleh mencuba dahulu, sebelum mereka membeli sekotak yang sebenar. Jika mereka ada perubahan, mereka akan menghubungi kita.
  6. Dapatkan testimoni atau referral 
  7. Dan akhirnya tukarkan pelanggan baru, kepada seorang penjual agar lebih banyak produk dapat dipasarkan, dan lebih ramai orang dapat mengatasi masalah kesihatan mereka.

Tiada ulasan: