Jumaat, 15 April 2011

HOBI ANAK KENA LAYAN

Petang ni ambil Irfan di asrama sekolah Arab tu. Balik saja dia biasanya ajak emaknya bermain karem. Emak dia layanlah. Lagi pun jumpa cuma seminggu sekali. Gambar di atas tu aku ambil dua tahun lalu, guna kamera Samsung. Cantiklah sedikit daripada kamera Ben X yang aku guna sekarang ni. Kamera Hp ni lagi tak guna. Berbintik-bintik. Sesuai untuk tangkap gambar candid sahaja.

Berbalik pada gambar tu, dulu selalu aku ajak dia memancing dengan Iwan sekali. Namun sekarang seolah-olah masa sudah tidak mencukupi. Pagi-pagi Sabtu dia menghadiri sekolah agama Khas negeri Johor. Petang Sabtu kena balik semula asrama. 

Kakaknya Ili pulak sibuk mengalahkan pengetua. Entah bila dia rehat aku pun tak perasan. Maklumlah dia nak ambil PMR tahun 2011 ni. Diam-diam dia minat melukis. Nanti ada masa aku upload lukisan-lukisan hasil tangannya. Ni dah nak ambik Irfan, sambil nak meninjau pasar ikan segar di pekan asam pedas itu. 

Hobi anak kenalah layan. Lainlah kita dulu nak berborak dengan orang tua pun takut.....!Bukan apa, ada masa mereka sahabat kita, ada masa kita jadi mentor mereka...maklumlah, ramai yang terlibat dengan perkara negatif kerana mereka berkawan dengan sahabat yang telah bobrok akhlaknya.

Tetapi aku agak terkejut juga, bila aku tanya anak aku...Siapa yang lebih garang antara Emak dengan ayah? Mereka kata tanpa malu...AYAH.

Aku kata, ni pun dah dikira OK tau. Kalau atuk kau dulu jangan harap dapat memancing dengan anak-anak.

Oklah.....aku dah nak berangkat ke sana. Bye...jumpa lagi. Nak tau juga bagaimana kalian dengan anak kalian. Siapa lebih GARANG?

10 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

mesti lah AYAH nya juga....

dah lumrah alam kot...
ibu2 ni hati lembut sikit ...

~ Mummy Gee ~ berkata...

mummy garang tapi anak2 tak takut pun, daddy pulak x garang tapi anak2 takut....

MSOM berkata...

SZ
Ayah ni pandai berlakon jadi Pak Malau atau Pendekar Mostar.

MSOM berkata...

Anak-anak tak takut Mummy Gee sebab tak ada misai.

Suhaimi@Pakmi berkata...

banyak2 hobi sejak berzaman yg tak luput dek zaman antaranya ialah memancing...gila memancing ikan tak pe jgn gila memancing pompuan he he

MSOM berkata...

Alhamdulillah
Jumpa lagi Orang Muo....lama dah tak jumpa di alam maya....Tkasih...Tkasihh atas kunjungan

aza ni berkata...

salam cikgu
gitulah yang biasanya...
always bapalah yang garang...
agaknya suara kita kena lembut macam siti norhaliza,mulut licin macam lisa suri...barulah tak kata garang...ha ha

dikata lembut pula....

fenin...fenin..

BICARA HAMBA berkata...

Kalau kita tak garang nanti jadi HARIMAU SARKAS.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Nasib baik la ayah saya memanjakan saya. :P

p/s : Kalau ayah saya tak garang, entah apa la yg terjadi pada saya waktu itu agaknya.. dah la ramai peminat.. ahaks!!! Mari kita muntah ramai2.

MSOM berkata...

Perlukah aku tadah muntah itu dengan besen yg paling besar di kedai RM 2?