Selasa, 26 April 2011

BERUS SONGKOK BULU BABI



Aku (MAT SOM) menjadi saksi, seorang lelaki berkata kepadaku:


"Pada suatu hari, aku ke pekan Rengit
Pekan tempat tinggal aku.
Aku menuju ke sebuah kedai.
Taukey itu bertanya kepada aku.
"Mau cari apa?"
Cari berus songkok.
"Nanti sekejap aa, situ suda abit"
Taukey itu berdiri di atas kerusi dan mengambil satu kotak di atas para-para.
Kotak itu berisi berus songkok yang baru.
Tiba-tiba lelaki (yang menjadi imam di kampungnya itu merah padam)
Kerana semasa taukey itu membuka kotak itu.
Terpampang satu kertas putih yang tertulis.
"DIPERBUAT DARIPADA BULU BABI"
Hello, taukey...berus ini bulu babi.
"Mana ada..ini bulu bukan babi punya"
Lu tak tengok, ini tulis cakap apa?  
"Haiya...wa buang ini kertaslah....tatak betul punya"
Saya tak mau beli....
"Tak mau tak apalah..."


Lalu sepanjang hari dia rasa tak sedap hati.
Betapa banyak orang di Rengit memberus songkok mereka dengan bulu babi.
Tetapi dia tak tahu nak berbuat apa-apa.
Dia terus membiarkan hal itu kerana siapalah dia.
Siapa nak percaya cakap dia.

Pengajarannya:
  • Kalau nak selamat gunakan berus yang diperbuat daripada plastik
  • Gunakan sahaja songkok putih, hijau, hitam atau apa-apa sahaja kopiah.

KENAPALAH PENGGUNA ISLAM SENTIASA DIPERMAINKAN?


2 ulasan:

=sz= berkata...

isykkk bahaya tu...

kena laporkan kepada jaij kot..

Zack Zachoes berkata...

benda tak mustahil. sebab masa kecik2 dulu kat oversea, saya tengok kat tv cara orang barat buat pelbagai jenis berus. antaranya berus yang orang buat sapu atas kek/roti/bun. dalam tv tu tunjuk, berus tu dia gunakan bulu/ekor binatang. antaranya dari bulu ekor kuda dan bulu pigs. tu luar negara la cikgu, kat malaysia ni wallahu 'alam..