MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 2 April 2011

MEMANG PATUT POCO-POCO DIHARAMKAN



Kalau begini keadaannya memang patut POCO-POCO diharamkan. Malah banyak lagi yang perlu diharamkan, temasuklah ahli politik yang suka memfitnah dan terus membicarakan perkara lucah. Guru-guru disuruh mengajar anak murid dengan nilai-nilai murni. Tetapi TV dan surat khabar kita dipenuhi kebobrokan dan kehaprakan yang amat sangat. Bahasa-bahasa dan perbendaharaan kata lucah sudah berleluasa dan kita begitu malu dengan anak-anak kita.
Tercapaikan wawasan 2020 jika media massa kita terus membicarakan perkara-perkara lucah seperti sekarang ini? Terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan, namun ahli-ahli politik kita kini telah berada pada Zaman Melaka Sebelum Diserang Portugis. Fitnah dan mehnah menjadi mainan mereka. Akhirnya negara yang akan hancur. Mereka semua telah masuk perangkap musuh. Apabila pemimpin telah berpecah-belah, maka kita semua sedang menuju ke arah kebinasaan dan kehancuran. 

Tiada ulasan: