Rabu, 27 April 2011

MEMBELI BARANG KEPERLUAN RUMAH

Sesekali Ambil Gambar Barang2 Yang Telah Dibeli Baru Nampak Puas.
Lokasi Kedai: Sebuah pekan kecil yang tidak popular langsung di atas muka bumi ini.
Setiap kali aku melalui pekan itu, aku terpandang ke arah kedai buruk itu.
Orang berbelanja dengan troli macam shoping di super market. Mesti ada keistimewaannya kedai itu?
Maka petang ini, setelah aku memandu selama 20 minit sampailah aku ke lokasi tersebut.
Mula-mula sekali tengok harga  Pampers PET PET ...murahlah Saiz M 80 keping baru RM 32.50..

LIST BARANG RUNCIT CIPTAAN AKU NI
KALAU MINAT KLIK BIAR BESAR..DAN PRINT
YANG KURANG TAMBAH SENDIRI
NI UNTUK CHECK BARANG YANG KITA NAK BELI... OK!!!



Untuk anak-anak aku, aku kena beli sabun mandi yang murah macam ni. Kalau tak
alamatlah sebulan 10 kali aku beli syampu rambut dan syampu badan ni. Dua produk ni baru berharga RM 15.00

Hebat betul kedai ni. Saiz yang besar dah sold out. Yang besar baru RM 3.60.
Fasal dah tak ada, aku beli yang kecik ni. 

Terjumpa Papadam dan bilis hitam pulak kat sini. Hah Ambiklah...

Kat Kedai ni, sabun Daia ni baru berharga RM 11.50 sekotak. Murah kan? Hamidah suka jenama ni sebab
kalau hujan, pakaian tak berbau.

MILO 2.2 kg ni pun baru berharga RM 29.90

Ah tak apalah tak beli kat kedai yang grand-grand, asal jimat sikit. Sambil menikmati panorama indah kampung-kampung yang aku lalui. Banyak betul rumah buat Homestay kat situ. Malangnya kamera yang aku bawa, kosong tiada kad memori. Tu fasallah sampai rumah aku baru dapat ambil gambar.

Lagi pun aku dah bosan dan nak muntah apabila aku mengulas cerita politik dalam blog aku ni. Bayangkan daripada Irfan lahir pada tahun 1998 sampai sekarang, tak sudah-sudah dengan cerita liwat dan DNA....bosan! Aku dah bosan...! Aku dah bosan! Apa kata kita dengar lagu ni.

6 ulasan:

Mama Janet berkata...

sy tau lokasi kedai yg dimaksudkan.(kalau x silap ler) tp lupa nama kedai dia.area Pt Yusuf ke .dia mcm kedai borong utk peruncit.sg balang ke..?

MAT SOM berkata...

Mama Janet ni memang peramal agung mengalahkan Nostradamusssss

Mama Miraki berkata...

saya lagu suka kalau baca blog entri cam ni...suka..suka...beli barangan keperluan.

MAT SOM berkata...

Ni kan terikut dengan gaya Mama Miraki.

Siti Indrawati berkata...

oo..tau jgk kedai tu sebb pak mertua n kakak ipar selalu jgk belanja katsitu,dia org harga kat kedai lebih murah dari kedai2 yg lain..hujung minggu nak balik bt 16 suku,bolehlah jenjalan kat situ..

MAT SOM berkata...

Pn Siti
Rupa-rupanya kedai tu dah terkenal!
Kenapalah sya begitu ketinggalan?

Saya pergi sebab pelik tgok ramai
orang berbelanja di situ... jadi tak salah lah perkiraan sya itu.