Ahad, 17 April 2011

RAJA PETRA KAMARUDDIN BAGI SYARAT



SHAH ALAM – Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin berjanji akan pulang ke tanah air dan mengaku bersalah sekiranya Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail mendakwanya atas tuduhan menfitnah pegawai di Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan, Kolonel Azmi Zainal Abidin. 

Katanya, dia akan berbuat demikian dan bersedia masuk penjara, dengan syarat dia tidak didakwa menfitnah tiga orang lain, termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Dua orang lagi yang Raja Petra namakan sebagai orang yang dia tidak mahu dikaitkan dalam sebarang tuduhan, ialah Kolonel Norhayati Hassan dan Kolonel Aziz Buyong. 

Katanya, dia tidak pernah mendakwa Rosmah, Kol Aziz dan Kol Norhayati terlibat pada malam model Mongolia, Altantuya Shariibuu dibunuh pada 18 Oktober 2006 di Puncak Alam, di sini. 

Katanya, dia mendapat maklumat bahawa tiga orang itu berada di situ daripada Azmi, yang ketika itu sebagai Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas, kerana pada masa itu Azmi adalah orang nombor dua dalam unit khas perisikan tentera.

“Selama tiga tahun saya hidup di bawah stigma menfitnah orang yang salah. Saya tidak nafi menandatangani surat sumpah itu, tetapi saya tidak mahu didakwa atas jenayah yang saya tidak lakukan. 

“Mendakwa saya kerana menfitnah tiga individu tersebut adalah pendakwaan yang salah. Pendakwaan yang tepat adalah memfitnah Azmi. Jika itulah pendakwaannya, saya berjanji akan pulang,” katanya seperti yang dipetik oleh portal Malaysia Today semalam. 

Raja Petra berkata, jika pendakwaan tersebut benar-benar hanya melibatkan fitnah terhadap Azmi, beliau berjanji tidak akan melawan proses pendakwaan dan terus mengaku bersalah. 

“Mereka (pihak pendakwa) juga perlu berjanji pendakwaan tersebut sahaja yang saya hadapi, bukannya secara tiba-tiba mendakwa saya dengan 10 jenayah lain”. 

Dia juga berkata, dari semasa ke semasa dia cuba membetulkan persepsi tersebut, tetapi gagal kerana kenyataannya telah disalahgunakan oleh media pro pembangkang dan media pro kerajaan. 

Menjelaskan kenapa baru kini dia mendedahkan perkara ini, Raja Petra berkata, dia sudah menyatakan perkara ini sejak tiga tahun lalu. 

“Saya sudah bertahan dan malu apabila mereka memanggil saya penipu selepas menandatangani surat sumpah itu, tetapi sekarang saya lebih teruk kena apabila saya dikatakan sebagai kuda trojan, pembelot dan sebagainya. 

“Saya tidak peduli kerana saya sudah bertahan tiga tahun. Jadi tiada masalah bagi saya untuk tunggu tiga tahun lagi untuk bersihkan nama saya,” katanya. 

Di bawah Akta Fitnah 1957, seseorang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.



sumber SINAR HARIAN

6 ulasan:

AZANI berkata...

kalau dia berani jejaklah kaki kat bumi Malaysia....
kasi masuk je...

azana berkata...

menfitnah boleh masuk penjara ek...
bahaya ek... mungkin sbb melibatkan orang yang berjawatan tinggi..

MSOM berkata...

Penulis yg berani kena berani semua segi. Berani masuk penjara Azani.

MSOM berkata...

Azana...macam adik beradik kembar pulak...Azani, Azana


Er...Memang le....cuma kita dah pening tgok Fitnah dah jadi lumrah sekarang.

AZANI berkata...

salam cikgu

demi kebenaran cikgu, demi kebenaran...

salam azana

azana berkata...

haha....a'a ler...azani azana...

salam untuk kamu jugak azani....