MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 2 April 2011

TENSION? MARI BERKEBUN....!

Pagi Sabtu tak kerja, aku menjual Kopi Walit dan aneka kopi, almaklumlah minat pelanggan ni berbeza-beza. Ada yang nak kopi Janda, ada yang nak Kopi Dara. Setelah dua jam berada di pekan Pagoh, aku balik ke Parit Sulong.Lalu di Tanah Merah, aku call Zailani. Zailani menjemput aku ke kebun pisangnya.    

Agaknya beginilah Sosilawati dibawa oleh peguam keparat itu.
Tapi aku bukan ke ladang peguam, aku ke ladang Cikgu Zailani yang gigih itu.

Ha tu dia muncul Cikgu Zailani (guru Sains SMK BUKIT NANING)..


Zailani suruh aku naik Ford Ranger yang baru dibelinya. Dia membawa aku berpusing-pusing di kawasan kebun pisangnya yang seluas lima ekar itu. Abd Razak yang kini jadi ADO Larkin tu merupakan bekas anak muridnya. Aku kenal dia pun melalui Zailani.

Ada pisang awak, pisang boyan, pisang tanduk, pisang emas

Zailani tenang di sini. Setiap hari selepas berhempas-pulas mengajar calon-calon SPM
di sekolahnya, lepas Asar dia terus ke sini. Liuk-lintuk daun-daun pisang ini menerbangkan jauh-jauh semua ketensionan yang ada.    

Kebetulan semasa aku datang tu, beberapa orang pekerja Indonesia sedang memetik buah
kelapa sawit yang sulong....buah pertamalah ni.....bayangkan 2,3 tahun lagi,
sekali petik, mau 5,6 tan ni!

Pondok untuk mengelakkan kena hujan pun sudah ada

Nanti kalau durian ni dah gugur, jangan lupa call aku Zai!

Ha inilah kereta keempat Cikgu Zailani. Avanza, Kancil, Proton disimpanlah
di garaj yang panjang......banyaknyer kereta engko ya...! Tu belum masuk kereta sorong lagi tu! 

Hikmah aku menjenguk kebun Zailani.
Petang ni bolehlah kami goreng krepek pisang tanduk.
Terima kasih Zailani.......!!! 

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

bestnye krepek pisang tanduk... masa blk kg rabu lepas sempat beli kat Kilang Jaronah.. pagi tadi beli pisang tanduk kat pasar sebiji RM3.70, sekilo RM6, masa emak abah ada dulu pisang tanduk berapa sen je la sekilo

=sz= berkata...

wahhh best2 ...
terus nak turun ke dapur ambil kerepek pisang tanduk ni ... ;p

AZANI berkata...

salam cikgu
berbusi pada tanah,tak rugi...

WONG KHOO LAI berkata...

Daripada membicarakan pasal konspirasi dan cite sex ahli politik... bagi ke kebun kan... ada jugak hasil.

Zailani Ahmad berkata...

pertanian satu perniagaan....sahut seruan kerajaan.... badan sihat income dapat..