Isnin, 4 Julai 2011

ANYNOMOUS PERLU DALAM BLOG?



Petang tadi aku sempat membaca  petikan wawancara antara wartawan Sinar Harian dengan beberapa blogger politik seperti Papa Gomo,RBF, Parpukari, Rockybru, Tukar Tiub, Unspinners, Kitagempur dan lain-lain. 

Aku tertarik kata-kata Sahabat Gunung "Saya sama sekali tidak akan membuang tulisan, pandangan pembaca yang membaca blog kita" 

Apabila membaca pendapat dia, rasa macam aku nak buka balik ruangan Komen Anynomous  tu. Tetapi Cik Epal yang dahulunya tahan lasak dengan Anynomous pun dah menutup terus pintu untuk mereka, maka tak jadilah aku nak buka kepada Anynomus.

Peliknya dalam liputan Sinar Harian sebanyak hampir empat muka surat itu, tiada pun gambar mereka. Jadi mereka ni sebenarnya penakut. Sebab penulis politik memang berisiko tinggi. Contohnya Bujang Susah yang sentiasa memakai pakaian ala pejuang Palestine tu. Papa Gomo pun sama. 

Nampaknya blogger-blogger hebat semakin berfungsi dan mendapat tempat untuk menentukan kemenangan parti masing-masing dalam PRU13 nanti.


Blog rojak dan picisan macam kita-kita ni, biarlah cerita fasal anak dah pandai berkata-kata. Ayam sudah bertelur. Angsa sudah menetas......hehehehe. Cerita lebih-lebih pun tak pandai.

10 ulasan:

Zack Zachoes berkata...

pada saya tak berapa best ada anonymous ni. sebab takut orang guna jalan pintas nak kondem kita. bukan apa, kalau berani cakap la terus terang. hehe.. better to be courageous and truthful rather than cowardly and a liar.

~ Mummy Gee ~ berkata...

"aku menulis bukan kerna nama" heheh...

Sz berkata...

hahahaa..
angsa pun termasuk ye...
saya terasa ni!termakan cili... ihiksss

saya pun lebih suka baca / cari bahan bacaan ringan2 je... makin pening kepala adalah bila baca blog2 politikus ni ...cukup lah saya dengar encik suami berceramah ke berhujah ttg politik (ikut pahaman dia la) ... :)

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kalau kat blog I, diorg klu nak kondem.. main kondem je, takdenya guna anonymous pun. I sdg belajar utk menjadi tahan lasak walau dlm hati kdg "merengkel" jugak..

en_me berkata...

xper kang, nnti senang2 kita ngeteh jerr.. ehehe

MAT SOM berkata...

Zachoes,
Samalah pendirian Z tu dgn saya. Mana aci kita bertekak dgn suara di sebalik tabir!

MAT SOM berkata...

Saya percaya 100% Mummy Gee tak cari nama. sepatutnya

Kalau cari nama mesti urlnya macam ni:

http://fauziahomar.blogspot.com

MAT SOM berkata...

SZ
Untunglah ada penceramah politik kat rumah ...Tak payahlah kena sembur dengan pemedih mata oleh FRU.

MAT SOM berkata...

MM
Ok kita kondem ramai2 dlm blog MM. Tgok sampai mana dia tahan lasak?

MAT SOM berkata...

Boleh...boleh...jumpa kat mana tew?