Isnin, 4 Julai 2011

KONGSI ILMU BERBLOG



Sebelum popularnya Facebook, ramai yang nak memiliki blog. Ia termasuklah orang yang bercakap ni. Masa tu begitulah ghairahnya sampai lupa nak tidur (penghujung 2008). Apabila, aku asyik cerita fasal blog, yang aku belajar dari para blogger ketika itu, rakan-rakan terdekat aku, meminta aku mengajar buat blog. Teruatama kawan sekerja. Maka sekolah aku ramailah blogger baru. Ada 12 orang rasanya. Malangnya yang kekal menulis tinggal seorang ni.


BURHAN- Ni blog menceritakan perkembangan SK Seri Pasir. Banyak upload gambar peristiwa terkini di sekolah kami.


Tahun terkemudian, dua orang ustaz sekolah aku berminat berdakwah melalui blog.
USTAZ RIZAL


Dan yang selalu berminat nak belajar  mengecat blognya, terbaru ialah
USTAZ SUKRAN AWANG


Yang lain semua, bersawang, labah-labah sebesar labah-labah gergasi di Labis tu dah memenuhi blog kawan-kawan aku tu.


Dua orang kawan lama aku agak aktif menulis. Mereka aku ajar dari jarak jauh. Bermula daripada daftar dan tulis entri.


SYED KHAIRIZAM - Ni kawan aku dari Alor Star, Kedah
KHAIROL AZMAN - Kawan lama aku, kini menetap di Bachok, Kelantan. Dulu rajin menulis. Sejak ada Facebook. Mula juga bersawang.


Jika kita banyak idea, kongsikanlah ke dalam blog. Ia dapat memakmurkan dunia ini. Usah rosakkan dunia kita yang telah sedia bobrok ini dengan fitnah dan hasad dengki, seperti yang kita lihat hari ini.

4 ulasan:

Sz berkata...

mungkin momentum menulis dah lari...kena kejar semula tu! :)

MAT SOM berkata...

SZ
Saya hanya menunjuk jalan, merekalah sendiri yg mengisinya. Berbalik pada tujuan berblog. Niatlah utk berkongsi ilmu. Bukan kerana niat2 yg lain. Semoga usaha2 kita diredhai-Nya.

en_me berkata...

xper kangg.. blog bukanlah hakmilik kekall.. ehehe

MAT SOM berkata...

Yg kekal hanya Allah