MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 22 Julai 2011

PENAMPILAN SUAMI CERMINAN ISTERI?

Senyumannya menghilangkan  Keselekehannya


Di tempat kerja kita, penampilan wanita memang hebat. Baju sentiasa bertukar.


Lelaki bagaimana pula? Di mana-mana pun ada satu, dua orang yang suka berpakaian tidak mengikut spesikasi yang sepatutnya:



  1. Baju Tidak pernah bergosok.
  2. Tali leher senget.
  3. Kasut kusam, sejak beli tak pernah kiwi.
  4. Seluar yang sama dipakai selama seminggu. 
Itu hanya beberapa contoh yang yang selalu kita lihat. Soalnya, siapa yang patut dituding sehingga dia berpakaian seperti itu? Adakah dia suami yang tidak dipedulikan isteri? Atau dia jenis yang suka berpakaian selekeh?   


Tidak kiralah apa kerja suami kita, sama ada pemandu lori, kerja kilang, toreh getah, seharusnya sentiasa nampak macho.


Namun, mungkin ada sesetengah wanita suka suaminya dalam keadaan begitu supaya tidak digoda oleh anak-anak dara di tempat kerja mereka.              

6 ulasan:

Sz berkata...

ihiikss..
terus capai seterika nak p gosok kemeja suami saya ni...kekekee

MAT SOM berkata...

Ramai lelaki yg boleh buat sendiri, tetapi ada jenis yg jika isteri tak jaga dia, maka dia jadi macam tulah. Kerana walaupun mereka tu nampak gagah, tetapi bab menggosok baju ni memang mereka tak larat nak buat.

Ada rezeki lebih, ambikle bibik.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kadang kita dah gosok cantik2 baju2 lain.. dia capai baju yg lain, yg kita tak aspect pun dia akan pakai baju tu.

MAT SOM berkata...

Agaknya baju yg digosok tu baju yg dia tak suka sebab panas, atau warnanya tak kena pada dia.

Mama Janet berkata...

suka tenguk suami bernampilan kemas, tapi ehm..ehm..ehmm sy kurang rajin nak mengosok baju.so suami ler gosok sendiri.Tapi tiap hari jumaat pasti sy gosokkan baju yg nak g masjid.

MAT SOM berkata...

Mama Janet,
Dah kira OK tu,
Namun sesekali gosokkan hari lain
Pasti dia bermonolog
Kenapa dia sayang sangat dgn aku hari ni?