MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 28 Julai 2011

PERGI PAGI BALIK PETANG

Jam 2.00 pagi...didapati 801 guru sedang bersengkang mata menyiapakan kerja!
Mereka mendakap Laptop masing-masing sampai terbakar.
Sedangkan korang sedang dalam dakapan yang tersayang. 

Sekarang jam di Notebook aku telah menunjukkan pukul 3.03 pagi. Tiada lagi suara manusia....Aku baru je siapkan suku daripada tugas baru aku....ha! Kat atas tulah. Aku dah sebutkan dalam entri semalam tu. Aku tak boleh sebut di sini. Nanti Search Engin ditemui pihak-pihak berkenaan.Dari jam 9.00 malam sampai 3.00 pagi....masih siap SUKU. Laman web yang aku masukkan semalam, menyebabkan hit aku naik mendadak semalam. Tetapi aku takut GB aku pun baca blog aku ni.

Selalu orang sebut, jadi cikgu ni senang pergi pagi balik pun tengah hari. Lepas tu boleh kerja lain. Mari sini, siapa-siapa nak jadi cikgu, sebulan cukuplah.

Apabila membuat kerja-kerja overtime seperti di atas, sepatutnya kami berada di pejabat . Pakai tali leher kemas-kemas. Kasut kilat. Bilik berhawa dingin. Pegang fail masuk markah. Bos tengok. Barulah orang nampak kami sedang kerja macam pejabat lain.

Ini tak, buat kerja pakai kain pelikat. Sambil minum kopi herba. Kat ruang tamu. Bertemankan bunyi-bunyi burung hantu dan cengkerik. Siapalah yang nak nampak? Aku rasa cikgu-cikgi yang kerja di bandar besar tu lagilah sakit jiwa.

Dua hari lepas aku berseloka di Facebook. 

Pergi Pagi Balik Petang
Dapat Gaji Bayar Hutang..........ni lah pantun yang dah popular tu

Pergi Pagi Balik Tengah Hari
Dapat Gaji Tak Boleh Kira lagi

Balasan teman-teman Facebook yang menarik dan tak pernah dengar

Pergi Pagi Balik Malam
Dapat Gaji, Simpan Bawah Tilam!
(Hj Mohamed Buang)

Pergi Pagi, Tak Balik Lagi
Itu Mesti, Along Sedang Cari
(Jawapan aku untuk Mummy Gee)

Pergi Pagi, Balik Bulan Depan
Dapat Gaji, Tambah 'Cawangan'
(Miss Miror)

Nampaknya aku pun dah tak boleh buka mata. 5.30 pagi esok nak bangun....bye. Oh ya Prof SZ dah mintak alamat aku. Tak sabar aku nak terima oleh-oleh dari Bandung!

  





3 ulasan:

Mama Janet berkata...

org2 seusia saya ni tetap menganggap kerja guru senang, sebab tenguk guru2 zaman saya dulu murid balik dia pun balik.Pastu bila musim2 buah suruh budak2 bawak dan makan.Dan yg kelakarnya bila dekat2 nak raya menganyam ketupat sama2.OK apa ....

JGN MARAH CIKGU MS SAYA FAHAM TUGAS GURU2 MASA KINI MEMANG BERAT.APA2 HAL PUN NANTI KALAU DAH PENCEN ORG TETAP PANGGIL "CIKGU"

Sz berkata...

hihii...
aminnnn...
semoga doa cikgu makbul, satu hari nanti saya dapat jadik "prof" ... sekarang jadik "prop" saja la...

begitulah tugasan ahli akademik ya, lebih kurang jugalah dengan cikgu2 budak2 besar tu...selalu dapat soalan cepumas apalah yang dibuat pensyarahnya kalau takde kelas ...

en_me berkata...

Selamat Pagi Cikgu! ehehe