Sabtu, 24 November 2012

CARA-CARA MENGATASI RAMBUT BERUBAN

Penuaan adalah proses yang pasti dialami oleh setiap manusia. Salah satu tanda penuaan pada rambut adalah timbulnya uban. Semua orang tentunya mengharapkan uban atau rambut putih muncul ketika sudah tua bangka. Namun pada kenyataannya, pada masa sekarang ini banyak orang yang masih muda, 30 tahun, 40 tahun, sudah mengalami penuaan diri yang keterlaluan misalnya dengan gejala tumbuhnya uban di kepala mereka.

PengUBANan pada rambut terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Misalnya.....faktor:

  •  Genetik
  •  Pemakaian kimia tertentu
  •  Syampu yang mengandungi sulfur 
  •  Menderita penyakit kekurangan darah (anemia). 
  •  Namun KALIAN tidak perlu risau, sebelum uban itu muncul ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegahnya, seperti yang dikutip daripada Boldsky.

1. Mencegah Stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden seperti ini merupakan salah satu penyebab munculnya uban. Hal ini disebabkan kerana tekanan daripada pelajaran yang mereka pelajari di universiti, dan kolej. Stres merupakan salah satu faktor penyebab timbulnya uban pada rambut. Oleh sebab itu, kita mestilah menghadapi kehidupan ini dengan lebih tenang dan rileks, banyakkan berzikir, beristigfar, berselawat.....agar hati ini menjadi tenang dan sedamai tasik Cini.

2. Menjaga Kebersihan Kulit Kepala
Kajian yang dilakukan oleh pakar rambut dunia menunjukkan bahawa kelemumur juga merupakan salah satu penyebab timbulnya uban. Gunakan syampu anti kelemumur atau dan terokailah Google untuk mengatasi masalah kelemumur ini, atau beli saja syampu saya. Sila dail 0103443880. Harganya ya memang mahal kak....RM 35.00, maklumlah syampu herba.

3. Mengatur Pola Makan
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan dini pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya gizi yang diperlukan oleh tubuh. Hal ini mengakibatkan tubuh dan rambut mengalami penuaan sebelum waktunya. Justeru itu, aturlah pola pemakanan anda dengan baik dan seimbang untuk mencegah penuaan dini pada rambut dan tubuh anda.

4. Pilihlah Makanan yang Kaya dengan Zat Besi
Kekurangan zat besi dapat mengakibatkan munculnya uban. Zat besi membantu tubuh menghasilkan melanin yang dapat memberi zat warna pada rambut. Makanlah seafood, terutama ketam, bayam, lemon dan cendawan yang memiliki kandungan zat besi yang tinggi. Atau pergi saja ke farmasi, beli zat besi....jangan pergi makan besi buruk dahlah hahahaha!

5. Rawatlah Rambut Dengan Teratur
Lakukan rawatan pada rambut untuk mencegah berlakunya pengubanan pada rambut. Lumurkan campuran labu dan minyak kelapa dara selama kurang lebih satu jam pada rambut, lalu bilas. Lakukan secara teratur seperti membelai bayi anda. Rambut kan mahkota wanita....tak kan cin cai cin cai saja menjaganya. Lelaki juga kena jaga rambut. Usah kecik hati kalau ada orang sergah kalian....TUANYA KAU SEKARANG.

6. Daun Kari, Rahsia Kecantikan Rambut kaum India
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Cuba tambahkan pada makanan yang anda makan ataupun gosokkan pada rambut setelah dicampurkan pada air suam.



Jangan Risau....cuba pilih antara 3 produk di bawah sebagai perawat uban. Selain menyuburkan rambut, ia juga dapat merawat uban anda.


1.T-HUGO- TONIK RAMBUT WANITA ANGGUN
MINYAK KELAPA DARA + ARGAN
HARGA RM 40 +
POS RM 5 (semenanjung)
Sabah/Sarawak RM 9

2.T-POLO- TONIK RAMBUT LELAKI TAMPAN
MINYAK KELAPA DARA + ARGAN
HARGA RM 40 +
TAMBAHAN POS RM 5 (semenanjung)
Sabah/Sarawak RM 9
SMS 010-3443 880


3. KRIM RAMBUT ANTI GUGUR
DUA PILIHAN: BOT0L ATAU LEPER
SEUNIT RM 25 +
KOS POS RM 5 SEMENANJUNG
KOS POS SABAH/SARAWAK 9

8 ulasan:

IMANSHAH berkata...

belum tumbuh lagi, sehelai dua adalah

Mat Som berkata...

Selai dua tu normal cikgu....muda lagi tu

Knor berkata...

byk sgt dah uban di kepala suami..

tak perlulah kut..itu tanda dah makin berumur biar ajelah..:)

Tanpa Nama berkata...

1.uban tu kan anugerah Allah kepada kita untuk mengingatkan kita sudah berumur dan masuk dalam golongan tua!
2.bila dah sampai peringatan allah melalui uban di kepala!!kenalah selalu bermuhasabah diri terutama mengenai bab keagamaan!!itu jee!!

Mat Som berkata...

Betul K.Nor
Biarkan begitu saja...

Asal kemas dan rapi

Mat Som berkata...

Abang Kedah

Tapi kalau umur 30 tahun dah beruban tu mungkin ada masalah kesihatan.

boni kacak berkata...

setuju tu..kalau stress pun memang boleh menyebabkan kepala beruban..ramai kawan2 saya tgk dah beruban sedangkan muda lagi

Pida berkata...

Saya blondekan rambut ;P