Selasa, 6 November 2012

DUA DARA BERPOSING MAUT

Aku cuba mengelakkan daripada tidur selepas Asar. Jadi, aku pun memandu kereta ke beberapa lokasi. Seorang akak menelefon untuk membeli kapsul kelapa dara. Katanya beberapa masalah kesihatannya telah dapat diatasi, Alhamdulillah...kulit semakin licin, jantung pun bertambah stabil. Ni dah kali keempat dia membeli set kapsul kelapa dara ni. Nak minum yang minyak, terasa loya pula....katanya.
 
  Sementara belum diserahkan kepada customer tersebut, dua dara jelita ini berposing di depan Homestay pekan Simpang Lima ini.

Sepanjang jalan ke Simpang Lima tu, aku melihat kampung-kampung di situ dinaiki air, ada yang separas buku lali. Cacing-cacing terkezut beruk! Dan mati lemas. Dalam musim banjir yang lalu, kawasan itu selamat. Namun kali ini, kawasan ini terlibat sama. Hujan beberapa hari lalu memang amat dahsyat.

Dahsyat? Buktinya batu-batu dan pasir aneka segala tanah, telah turun dari bukit-bukau dan bertimbun di beberapa lokasi di kawsan Kolam Ayer. JKR bertindak segera membersihkan busut-busut ajaib yang membahayakan pemandu-pemandu yang rabun. 
 
Rumah ni rumah Encik Alias Nasir di Kg Air Puteh, Sri Medan. Masih ok berbanding kampung-kampung sepanjang jalan ke Ayer Hitam Muar, yang sebahagian mereka dipindahkan ke pusat pemindahan banjir beberapa hari lalu. Antara yang terjejas ialah Pt Tegak dan Parit Gantung. Sekolah Agama Tiga Serangkai antara yang menjadi pusat pemindahan banjir, dan sekali gus sesi persekolahan berakhir minggu lepas bagi memberi laluan kepada mangsa-mangsa banjir. Kalau dapur jenis di bawah, bagaimana pula mereka nak memasak? Bantuan RM 500 juga telah diserahkan kepada mangsa-mangsa yang berdaftar. 
Ini pula beberapa kawasan di Tongkang Pechah yang dinaiki air. Nak ambik gambar di depan rumah, tak sempat, kerana aku agak malu dengan tuan rumah yang menyangkakan aku membawa bantuan banjir....hehehehe

Rumah Mbokde Sufi, di Pt Lapis Laman, kesian emak sedara aku...gambar oleh Dyikin Duke, sepupu aku.

8 ulasan:

Herma Julianny berkata...

cantik-cantik rumah mereka ni..
sayang pula kawasan tu kena banjir..
saya pernah juga dgr pasal kelapa dara ni,
tapi tak tau sangat apa kebaikannya..=p

Pida berkata...

Bila tiba musim banjir, lagunya tetap sama. Saya paling kasihan dengan warga emas, wanita berpantang dan kanak-kanak yang diletakkan di pusat pemindahan banjir.

Kesian juga pada budak-budak spm. Tak boleh ke jadual spm diubah ke waktu yang bukan musim tengkujuh? Mereka stress zahir batin!

boni kacak berkata...

teringat kat kampung saya.pernah banjir. tak pernah2 banjir, sekali tu banjir.. naik sampai ke buku lali. air dari parit melimpah.. teruk jugak masa tu. tak leh kemana2..

p/s : kamera lama saya jumpa balik tu cikgu.hehe. kamera kompak tahun 2008.. Alhamdulillah.. walau tak ada rezeki nak beli baru, Allah berikan rezeki yang lain. tak sangka boleh jumpa kamera tu semula..hehehe.

~ Mummy Gee ~ berkata...

dalam juga banjir kat rumah mak saudara MSom tu....

Mat Som berkata...

Herma,
Taip saja khasiat atau faedah,kelebihan minyak kelapa dara kat GOOGLE, banyaklah khasiatnya akan ditemui.

Mat Som berkata...

PIDA,
TAPI,ada juga calon2 yg suka,sebab boleh study ramai2

Mat Som berkata...

Boni,
eH,Kamera tu ditemui di dalam bilik yang ada saka tu ker?....hehehehe

Mat Som berkata...

Mummy Gee
Mungkin teknik pengambilan gambar yang menampakkan banjir tu jadi dalam