Sabtu, 17 November 2012

MENGARKIB NOMBOR TEMAN-TEMAN

Pada tahun lepas, aku membeli sebuah handphone buatan China. Ingat nak jimatlah kononnnya. Beratus nombor aku masukkan ke dalamnya. Yang disimpan di dalam sim kad dah penuh. Jadi, nombor-nombor seterusnya kena simpan dalam peranti iaitu di dalam badan handpone tersebut.

Ketika saat ingin aku menghubungi seorang teman, tiba-tiba nombor itu sudah ghaib. Rupa-rupanya aku kehilangan 70 nombor kawan-kawan! Aku rasa nak hempas aje handphone buatan China yang lupa jenamanya tu. Serik aku dibuatnya. Lepas tu kalau ternampak handphone berjenama aneh, memang aku tak akan teruja langsung.

Kerana itulah, sebagai langkah bersiap siaga, tiga hari ni aku jenuh menulis nombor-nombor teman-teman dalam buku di atas tu. Buku tu pula aku simpan di dalam beg james bond aku. 

Jika hand phone hilang, sim card kita boleh ganti, hand phone dah hilang kita boleh ganti, tetapi nak masukkan nombor-nombor tu yang letih. Kita akan kehilangan perhubungan, apatah lagi jika kawan kita tu pun kehilangan hand phone juga, dan pasword Facebook pun dia dah lupa, lagi parah.

Itu jelah coretan merapu aku pagi Sabtu yang indah ini.....lapang rasanya pagi ni. Enam hari sebelum ni memang aku sibuk sikit, aku tak sempat bisnes kerana menguruskan beberapa anak saudaraku yang bermasalah minggu ni, biasalah tekanan kadang-kadang menyebabkan mereka melakukan sesuatu yang diluarkebiasaan. Sebagai pakcik yang prihatin, kenalah ambil berat, kalau tak siapalah lagi...? 

(Anak saudara aku sorang ni pesan, kenapa Pak Cik tak download smartphone ke Goggle akaun aje, taklah jenuh tulis nombor-nombor tu..Android pun boleh katanya..Dalam beberapa saat nombor-nombor tu akan tersimpan di sana?Alamak....hanphone aku ni jenis cikai-cikai je....)

3 ulasan:

hnahdy berkata...

penat juga menyalinnya..tapai kalau boring2 boleh la buat..langkah2 awal kan

Wak Gelas™ berkata...

wak pon dulu penah hilang nombor2 kawan jugakkk.. UUhhuu

Pida berkata...

Cikgu ni susah-susah je... simpan kat excel, pastu save online. Kalau nak senang lagi, masuk internet, cari online phonebook. Kat mana-mana dan bila-bila masa boleh retrieve.