MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 23 November 2012

PERKAHWINAN FAHMI 19 TAHUN DAN FAZIRA SAAD 13 TAHUN


HMETRO MELAPORKAN...KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19,(B.HAIRAN KATA 17 mana yang betul ni?)  yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu....Berita selanjutnya layari.....DI SINI dan DI SINI

 Kredit:KOSMO

Buat anda yang dah ada duit, dah ada kerja, rupa pun ada, rumah dah beli,harap-harap tidak bertangguh lagi, esok cepat-cepat jumpa tok kadi.

6 ulasan:

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu,

Haiiishhh isu ni kat FB byk yg dok pung pang pung pang dgn pendapat memasing! Saya pun tak tau nak komen...

Jadi saya yg tak seberapa nak pandai ni amik pendekatan begini, ibu bapa biasanya inginkan yg terbaik buat anak2... jd tentu mereka lebih mengenali anak2 mereka & keupayaan mereka... tak salah rasanya mereka membenarkan anak2 berkahwin diusia muda jika utk menggelak maksiat etc etc... check balik tujuan perkahwinan itu sendiri... budak skrg rasanye lebih matang kan...

Percaya & yaqin rezeki adalah pemberian ALLAH atas manusia...doa yg baik2 utk kedua pasangan ini... Moga bertambah matang & bersedia memikul tanggungjwb nnt...

Saya kalau tahu perkahwinan itu satu nikmat yang ALLAH beri atas manusia lama dah nak kahwin... awal lagi rasa nak kahwin...hehehe... Rasanya anak saya nanti pun jika diizinkan olehNYA biarlah mereka kahwin awal...

Tp usia 13 tahun muda sgt kan? ermmmm...

Knor berkata...

maka syaitan pun menangislah.

boni kacak berkata...

tiada lagi kesempatan untuk syaitan menghasut mereka ini untuk membuat maksiat dan sekaligus meramaikan lagi anak2 luar nikah di Malaysia ni..Alhamdulillah..saya setuju.. biarlah apapun orang lain nak cakap apa2pun... lebih mulia kahwin awal daripada kita saksikan lebih ramai anak2 luar nikah lahir ke dunia..

Mat Som berkata...

Marya,
Itu yg terbaik buat mereka drp ke hulu-kehilir macam belangkas,

Lagi2 dlm zaman yg penuh dgn pancaroba ini....

Mat Som berkata...

K.Nor...syaitan menangis terguling-guling......

Mat Som berkata...

Boni
Org dulu2 pun kahwin muda-muda, dan mereka boleh kekal sepanjang hayat.

Ya...kalau nak belajar boleh belajar, ramai sambung belajar setelah berkahwin.