MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 4 November 2012

PETUA HILANGKAN STRESS

Kredit: oneariff.blogspot.com

Malam yang kian larut, kugagahi diri menyiapkan tugas-tugas online sebagai warga pendidik masa kini. Sambil tu aku sumbatkan telingaku dengan earphone siaran radio Ikim. Banyak mutiara ilmu yang aku dapat, dan dengan earphone tu aku lebih fokus, tanpa aku mendengar bunyi cicak yang memperlekeh segala kerja-kerjaku dan bunyi katak bersahut-sahutan yang berzikir dan berwirid mensyukuri rahmat hujan yang melimpah-limpah minggu ini.

Mutiara ilmu yang aku ingin kongsikan malam buta ini ialah.....Jangan rasa apabila kita beribadah, maka Allah akan memperoleh keuntungan. Ini kerana kata ustaz dalam radio tu, Allah tu Maha Kaya, Allah tidak rugi apa-apa jika kita tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya. Sebaliknya, kitalah yang akan  menerima kerugian itu jika kita tidak melakukannya. Semua ibadah yang diperintahkan itu kebaikannya, manfaatnya adalah untuk diri kita. Aku tegaskan lagi UNTUK KITA.

Satu lagi ustaz tu menyebut, (maaflah lupa pulak nama ustaz tu)...Jika kita tak bahagia, kita stress sepanjang masa.....ini ada satu kemungkinan.....iaitu kita banyak dosa. Oleh itu banyak-banyaklah beristigfar....Astagfirullah...

   
Nabi Muhammad SAW sendiri, walaupun baginda dijamin Allah segala-galanya, baginda beristigfar 70 kali sehari.

Ok itu saja perkongsian kita malam ni. Marilah sama-sama beristigfar banyak-banyak...Lagi panjang ISTIGFAR tu lagi bagus...Semoga dengannya dosa-dosa kita semakin hari semakin kurang. 

Jika kita rasa tak ada dosa, itu sudah satu keadaan yang gawat. Banyak dosa kita dah buat dah....sangkaan buruk kepada orang, mengumpat, buka aurat, buka aib orang, sembahyang lewat masa, sembahyang kepala melayang sana-sini...banyak tu semua itu kan dosa.....?Okey....jangan bertangguh, mari sama-sama amalkan Istigfar.

6 ulasan:

boni kacak berkata...

terima kasih cikgu utk perkongsian ni :)

Herma Julianny berkata...

kalau nak bahagia, kita kena cari kebahagiaan itu..
kebahagiaan hakiki.. =)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

terima kasih berkongsi...

kadang2 disebabkan duniawi kita terleka...

Mat Som berkata...

sAMA2 bONI

Mat Som berkata...

hERMA
Ramaiyg tak jumpa kebahagiaan

Mat Som berkata...

GKSB
Dunia ini hanya persinggahan