Selasa, 27 November 2012

SOALAN TENTANG ZAKAT SIMPANAN

Malam tadi kuliah Ustaz Faisol Sheikh Muhammad dari Darusyifa Melaka di mesjid tempat saya ini diakhiri dengan soal jawab. Seorang jemaah bertanya...


Ustaz Faisol Syeikh Muhammad
Gambar Kredit: DJISLAMIK

"Ustaz, saya ada menyimpan dalam Tabung Haji, adakah perlu kita membayar zakat andainya simpanan kita telah cukup Nisab kerana dengar khabarnya Tabung Haji telah membayar zakatnya?

(Yang berkaitan dengan kadar nisab tu sila klik DI SINI dan DI SINI)


JAWAPAN USTAZ FAISOL SYEIKH MUHAMMAD:



  • Bagi penyimpang Tabung Haji, mereka tidak perlu membayar zakat lagi, kerana Tabung Haji telah membayarnya bagi pihak para penyimpan. Bagi bank-bank perdagangan yang lain, kita sendiri yang kena keluarkan zakat. 
  • Namun simpanan-simpanan lain, mesti dibayar zakatnya. Katakan di dalam akaun CIMB ada RM 1000=ZAKATNYA 2.5% iaitu RM 25 saja. Katakan bawah bantal ada RM 2000=ZAKATNYA 2.5%...RM 50.00. Maksudnya, simpanan kita dalam Tabung Haji tadi telah mencukupi nisab, dan telah melayakkan kita untuk membayar zakat. Kalau di Johor pada November 2012 ini bersamaan RM 14677.17 (BERSAMAAN harga emas semasa bagi 85 gram). Nisab zakat ini berubah-ubah ikut harga emas. Semasa harga emas RM 30 DULU, Nisab zakat baru dalam RM 3000. Jadi, sekarang jika simpanan kita telah mencukupi RM 14677.17 tu, semua simpanan kita yang genap haul setahun Islam WAJIB bayar zakat, tak kira dalam akaun mana. 
  • Bagi simpanan KWSP....itu bukan milik kita yang nampak....tetapi setelah kita keluarkan ketika umur kita 55 tahun nanti, masa tu apabila keluar saja duit KWSP tu, maka kita terus bayar zakat ketika itu, tak perlu tunggu genap haul setahun. Dan juga tak perlu kada'kan yang dulu-dulu. Harap saudara-saudari faham ya.
  • Tentang genap haul tadi, iaitu simpanan kita itu mesti genap setahun (Tahun Islam). Jika tak genap setahun, misalnya kurang satu hari pun, kita tidak wajib bayar zakat. TETAPI jangan niat tak nak bayar zakat....oh esok, genap setahun, hari ni aku nak belikan itu, belikan ini, biar aku tak kena bayar zakat. Misalnya jumlah genap zakat ialah RM 14677.17. Kita pun belanjakan cepat-cepat tinggal RM 13000.....Ingat.....Allah tahu niat kamu.......! Jika kita benar-benar terdesak kerana nak daftarkan anak masuk Universiti ke, yuran anak sekolah itu lain. Ia benar-benar memerlukan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.untuk elakkan kita terlupa bayar zakat!simpan saja dalam tabung haji!
2.pertama!bila kita simpan dan niat untuk kerjakan haji!kita dah dapat pahala haji!
3.kedua!soal zakat!beres!!walaupun ada jugak yang dok pertikaikan duit zakat tersebut disalurkan dimana!!biaq depa yang jawab disana nanti!!yang pasti kita dah bayaq zakat tiap-tiap tahun!

Knor berkata...

setuju kata tanpa nama di atas..potong gaji mudah sikit..

boni kacak berkata...

terima kasih ye cikgu sebab berkongsi tentang ni :)

Mat Som berkata...

Tkasih sdra Mat Kedah, K.Nor dan Boni Yang Kacak banget .....