Khamis, 29 November 2012

TENTERA NATO TERUS DIMALUKAN DI AFHANISTAN

KABUL  - Sebuah jet pejuang Britain jatuh di dalam kawasan pangkalan terbesar NATO di sebelah selatan Afghanistan semalam. Jatuhnya jet tersebut merupakan kemalangan kedua yang berlaku dalam jangka masa dua hari.


JET TORNADO GR4 JATUH DI UDARA AFHANISTAN.....TAHNIAH UNTUK PARA PEJUANG

Jet pejuang tentera kerajaan Britain, Tornado GR4 jatuh di dalam kawasan lapangan terbang Kandahar ketika berusaha untuk berlepas pada pukul 7.20 pagi waktu tempatan, kata ketua pasukan Ruben Hoornveld, seorang jurucakap pasukan NATO. Dua orang krew pesawat tersebut dikeluarkan dari pesawat dan menjalani rawatan.


Tornado adalah pesawat keempat yang jatuh di Afghanistan dalam jangka waktu tiga hari, dan merupakan pesawat keenam yang jatuh dalam bulan ini. Para kakitangan tentera mengatakan bahawa penyebab daripada kemalangan tersebut kelihatan tidak jelas. Namun para pegawai tentera menolak untuk mengatakan penyebab jatuhnya pesawat tersebut. Jet tempur tersebut terbakar dan dijilat api.


Pihak kementerian pertahanan Britain melalui juru bicaranya mengatakan: "Para kru pesawat boleh dikeluarkan dalam keadaan selamat tetapi mereka mengalami luka parah, dan pada saat ini sedang dirawat di sebuah hospital."Sementara itu, di wilayah utara Kunduz, tentera Jerman menembak tiga orang warga awam Afghanistan pada hari Ahad lalu ketika mereka berada di dalam sebuah lori, demikian disampaikan oleh Gabenor wilayah tersebut, Mohammad Omar.


Sementara itu, pasukan Jerman mengatakan bahawa ada dua orang awam yang terbunuh dan dua yang lain cedera parah. Mereka berdalih bahawa mereka melepaskan tembakan kerana lori tersebut mendekati mereka dengan kelajuan tinggi dan tidak menghiraukan tembakan peringatan mereka.


Pada hari Ahad, sebuah helikopter angkut Mi-8, milik syarikat penerbangan Rusia, Vertical-T, juga jatuh ketika hendak berlepas. Sesaat setelah berlepas, helikopter tersebut terlihat terbakar, demikian kata pegawai NATO.


Ironisnya, helikopter tersebut sejatinya dipinjam Britain dari Rusia untuk menyokong operasi ketenteraan pasukan kerajaan Britain. Rusia ini masih tidak serik dengan kekalahan memalukan yang mereka alami sewaktu penjajahan era Soviet Union ke atas Afhanistan dahulu.


Bulan November menjadi bulan yang paling gelap bagi pasukan kafir pimpinan Amerika sejak melakukan pencerobohan pada tahun 2001 lalu.Dengan matinya empat orang tentera Amerika - yang mati dalam letupan bom tepi jalan di sebelah timur Afghanistan pada hari Isnin kemarin - maka sekurang-kurangnya ada 30 orang tentera Amerika yang terbunuh di medan perang Afghanistan dalam tiga minggu di bulan November, melampaui rekod sebelumnya iaitu 31 orang yang mati pada bulan November 2011 lalu.

Penyebab paling ketara daripada peningkatan jumlah tentera yang mati adalah bom di tepi jalan yang dipasang oleh para pejuang di sebelah timur dan selatan Afghanistan, termasuk wilayah Helmand, daerah kaya candu yang cuba dikuasai oleh AS. Walaupun bom-bom tersebut tidaklah sekuat bahan letupan IED yang digunakan oleh para pejuang di Iraq.


Para pejuang Taliban memang mempunyai kepakaran terhadap persenjataan seperti mortar dan peluru tentera, namun kebanyakan bom yang mereka buat disusun dari bahan-bahan asas seperti baja dan bahan bakar diesel. Bahan letupan seperti itu mungkin keberkesanannya tidak terlalu dahsyat, namun dengan jumlah baja dan diesel yang cukup, para gerila Afghanistan telah membuktikan bahawa mereka boleh menghancurkan operasi ketenteraan Amerika yang mempunyai persenjataan yang begitu canggih dan terkini.


Para pejuang Taliban juga bijak dalam memanfaatkan faktor persekitaran, di Afghanistan, jalanan yang ditar tidaklah banyak, oleh kerana itu Taliban lebih mudah menanam bahan letupan dengan tanpa meninggalkan jejak.

Bahkan sebelum hari Isnin, angka kematian tentera AS sudah melepasi rekod baru. Bulan Julai menjadi bulan paling mematikan semangat bagi seluruh pasukan gabungan di bawah bendera NATO. Sekurang-kurangnya 56 orang tentera kafir itu kehilangan nyawa bulan ini, melebihi angka 46 yang tercatat pada bulan Jun dan Ogos 2008. 


Disesuaikan dengan bahasa Melayu, dipetik daripada SUARAMEDIA.COM

4 ulasan:

AQu Mad berkata...

apa yang menyebabkan diorang anti sangat ngan islam neh

boni kacak berkata...

baru padan dengan muka dorang. mana mungkin dorang akan memperoleh kejayaan kerana Islam tidak mungkin dapat dihapuskan..

Mat Som berkata...

aQu Mad
Musuh BARU mereka selepas Soviet era Perang Dingin ialah UMAT ISLAM
TAK kira di mana mereka berada
sama ada Bosnia, Rohingya, Iraq, Afhanistan,Iran, Palestin,
DAN org2 Islam di Eropah sentiasa
dicurigai, semuanya telah jelas diterangkan dlm A-Quran, mereka tidak akan redha dgn kita, selagi kita tidak menganut agama mereka.

Mat Som berkata...

Islam
tetap akan menang Boni