Isnin, 5 November 2012

TRAGEDI WANITA BERWAJAH HODOH

Wajahnya terpampang di dada-dada laman web seluruh dunia pada minggu lepas. Apakah nasib buruk yang menimpa perempuan ini? Nama tidak disebut, tetapi berlaku di negara China.

Suami (bekas) telah mendakwanya di mahkamah kerana  tertipu dengan kecantikan palsu yang dimiliki perempuan ini. Ia terbongkar apabila anak yang dilahirkan pada pendapat lelaki itu adalah terlalu hodoh. Dia merasakan dirinya amat kacak seperti pelakon filem Korea, lalu dia munuduh isterinya mungkin seorang penipu besar.

Setelah siasatan dijalankan rupa-rupanya isterinya sebelum mengenalinya melakukan pembedahan plastik yang menelan kos $ 100 000.

Dalam perbicaraan mahkamah, hakim juga seorang lelaki telah memenangkan kes tersebut kepada bekas suami perempuan malang itu. Dia mesti membayar saman $ 120 000!!! Kesian...kesian...!

Oleh itu pengajarannya, berbahagialah dengan segala yang Allah beri kepada kita, kalau tidak akan jadi seperti ini. Cukuplah Michael Jackson saja yang menderita kerana wajah aneh itu. 

6 ulasan:

Knor berkata...

china mmg banyak yg palsu2..org kita sibuk nak ikut budaya merka..


kesianlah utk mereka ni..

Pida berkata...

Mata bundar memang diminati hehehe. Dulu saya pernah malu sbb ramai org ejek mata besar.

boni kacak berkata...

adoi..macam ni pun ada??? pelik2 je la..hahaha

Mat Som berkata...

Tgok pasangan masing-masing...ada tak yg pakai gigi palsu,rambut palsu, hidung palsu, janji palsu K.Nor...!

Mat Som berkata...

Untuk mendapatkan mata besar, wanita malang itu membayar dgn harga yg mahal. Jadi bersyukur banyak2 kerana kurniaNya itu tanpa sebarang bayaran.

Mat Som berkata...

Boni, kena hati2 pilih jodoh tu, jangan cari makwe kaya, takut dia buat pembedahan yg sama.