MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 9 November 2012

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI

Gambar ni diambil semasa kami beraya di rumah Kak Long pada tahun 1996...gambar-gambar perkahwinan sudah digunting-gunting oleh anak-anak kami yang aktif-aktif ni.... 
 Muka aku memangle garang

Tik Tok Tik Tok....muncullah 9 November! Bermakna telah 17 tahun perkahwinan kami. Malu eh nak cerita....Aku pun tak pernah sebut tentang anniversary ni kat blog ni sebelum ni (blog ni kan dah berusia empat tahun), baru nilah aku nak cerita, sikit-sikit....Kami bernikah pada 9 November 1995, berwalikan arwah ayahanda mertua Allahyarham Hj Ali.

Apa lagi perlu aku ceritakan? Malam tadi ni, kami meredah hujan ke bandar Batu Pahat walaupun hujan lebat dan pandangan berbalam-balam, ingat nak dating, anak-anak pulak menjerit nak ikut...hahahahaha.....Rasanya Ili ada bawa kamera dia tadi, mesti ada cerita tentang itu dalam blognya.

Terima kasih isteriku yang sentiasa cool, dan tabah dalam menghadapi kerenah aku yang banyak sangat protokolnya ni.

Ok.....itu sahajalah yang dapat aku coretkan di sini.

6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah ...
tahniah buat cikgu MS & kak hamidah ..
semoga rumahtangga kekal bahagia & dirahmati Allah ... :)

umialya berkata...

Selamat Ulangtahun ke 17, moga kekal buat selamanya...

Mat Som berkata...

Tkasih SZ
Insya Allah....amin ya robbal alamin

Mat Som berkata...

Tkasih Umialya....tkasih...

Pida berkata...

Happy anniversary cikgu dan isteri!

Happy for you!

Mat Som berkata...

Tkasih eh Pida...tkasihlah banyak2..
Happy insya Allah happy selalu