Setiap hari aku sentiasa mendoakan agar anak-anakku
tidak ikut tenggelam dalam kebobrokan ini.
Yang menyedihkan aku ialah adakah mereka ini akan menggalas kepimpinan negara pada masa akan datang? Adakah mereka ini layak untuk memacu wawasan 2020?
Mengapa tidak? Dengarlah perbualan mereka itu. Dalam berkumpul tak sampai 30 minit, entah berapa puluh kali mereka membodohkan sesama mereka.
"Hei...bodoh...kau ni bodohlah betul, siot!"
Malaslah aku nak senaraikan perbualan yang entah siapa yang ajar itu. Maka jelaslah di sini bahawa sekolah terbukti gagal menghasilkan pelajar yang beradab. Ibu bapa gagal sebagai ibu bapa mithali kerana asyik mengejar duit. Masyarakat juga gagal kerana kini kita tidak boleh menjaga tepi kain orang lagi macam dulu-dulu.
Guru di sekolah juga tugasnya hanya untuk menjadikan murid supaya dapat sekian A. Bukan lagi untuk melahirkan insan yang bertakwa. Entahlah Labu!
1 ulasan:
MSOM...
selain "bodoh", ada 1 lagi perkataan yang sering menjadi 'ulam' dalam bicara pelajar saya disekolah iaitu -->BABI!! Entah kenapa mereka suka menyulm setiap baris kata2 dengan 2 perkataan ni...saya yg mendengar..pun bingit telinga!!
Catat Ulasan