Gambar Lisa lagi...? Ialah kan tengah ngetop banget di bumi Malaysia ni mengalahkan Dr Rozmey.
Empat lima hari ni aku tak sempat nak tulis entri kat blog ni, sebab aku tengah sibuk bisnes dari rumah. Tengoklah iklan kecil aku kat Sinar Harian esok. Tangan aku lebih banyak picit-picit hand phone balas SMS prospek nihhhh. Nak harapkan iklan kat blog ni alamatlah barang aku lambat nak laku. Nak harap rezeki Nuf alamatlah .....macam pungguk rindukan bulan!
IOkey...okey....panjang pulak aku bercerita ni, kang ada orang marahlah pulak. Sebab tu komen annomous dah ditutup terus, aku ni tak tahan kena kritik. Ok aku terus ke tajuk utama. Tadi kira introduction
Kali ini aku nak kongsikan apa yang ditulis oleh Edward B Narayasamy dalam bukunya Raja Di bidang Jualan.
Kita boleh menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan, jika kita ada hubungan kemanusiaan yang baik. Tidak kira kerja apa, kita haruslah mempunyai personaliti yang disukai ramai. Apatah lagi jika kita terlibat dengan perniagaan.
Terdapat beberapa cara untuk membentuk persoaliti yang menarik yang dapat memberikan tindak balas positif kepada orang lain:
- Untuk memperoleh seorang kawan, anda sendiri mestilah bersedia untuk berkawan
- Keinginan seseorang yang paling utama adalah untuk DIHARGAI, DISAYANGI dan SENTIASA DIPERLUKAN. Cubalah wujudkan perasaan ini terhadap orang lain.
- Jangan cuba menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan tujuan untuk menarik seseorang itu sebagai kawan kita.
- Sentiasalah berbuat baik terhadap orang. Mungkin anda tidak dapat menyayangi mereka, tetapi anda dapat BERBUAT BAIK terhadap mereka.
- Cubalah hargai dan sayangi diri anda sendiri. Orang akan bertindak secara positif terhadap anda jika anda mempunyai perasaan begitu pada diri anda sendiri.
- Jadilah seseorang yang mempunyai semangat yang kental. Semangat yang tinggi. Tanpa semangat yang berkobar-kobar, anda akal gagal dalam segala-galanya termasuklah hubungan kemanusiaan.
- Sentiasa berfikir positif dan jauhi prasangka buruk. Mereka yang berfikiran positif akan sentiasa dikelilingi oleh kawan berbanding mereka yang sentiasa berfikiran negatif.
- Apabila melakukan sesuatu, lakukan sedemikian rupa supaya orang yang berada di samping anda merasakan diri mereka dihargai. Berikan pujian atau penghargaan anda. Berikan sokongan, galakan serta kerjasama.
- Bersikap tegas tentang sesuatu perkara sememangnya baik. Namun anda haruslah bersikap terbuka dan menerima pendapat orang lain bagi merapatkan lagi hubungan persahabatan sesama kita.
- Jadilah seorang PENDENGAR YANG BAIK. Anda boleh meninggalkan kesan yang lebih mendalam pada orang lain, apabila anda mendengar dengan penuh perhatian ketika mereka bercakap dengan anda.
- Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa perkara penting untuk diperkatakan, seeloknya anda berdiam diri sahaja.
- SEBUTLAH NAMA KAWAN anda apabila anda bercakap dengannya. Ini akan membuatkan anda dan kawan anda akan berasa lebih selesa.
- Bercakaplah dengan nada yang riang. Mesra. Senyum. Berbuallah tentang perkara-perkara yang baik dalam kehidupan. Mengumpat mesti dijauhi sama sekali.
- Hindarkan pertengakaran dan pertelingkahan.
- Jangan mempermainkan orang lain.
- Bantulah orang menyukai diri mereka sendiri. Ramai orang tidak menyukai diri mereka sendiri.
- Tunjukkan perasaan minat anda terhadap orang dengan ikhlas. Berilah mereka peluang untuk bercakap, mengeluarkan pendapat, idea dan pandangan mereka tentang sesuatu perkara.
4 ulasan:
Ha... ada pun ko buat entry pasal budak mati dibunuh ni.~ aritu ada org tertunggu2 ko buat n3 pasal ni.
Betul la ko ckp tu, baik kita hormati pihak polis dgn menghentikan segala spekulasi.
Aku pulak... mmg ngeri nak baca abis kalau kes2 pembunuhan budak bwh umur mcm ni.. baca sekali lalu je sbb takut mengalir plak air mata aku ni karang mengenang nasib ibu si mati yg kehilangan anak.
Kebetulan, apabila berlakunya peristiwa ni, aku dah tgh malas tulis blog, kalaulah aku cerita berita tu pun, aku takut dipanggil polis pulak, bukan senang nak berlakon macam wartawan, temu ramah org kampung dia,aku bukan ada baju PRESS mana-mana.
Aku dah buat apa yg ko cadangkan supaya entri tak dicopy. Aku tgok blog infozi. Tinggal copypaste je skript tu...cuba ko copy paste blog aku, apa dia kata....MAT SOM TERPELIHARA hahahahahhhh
ops.. MAT SOM TERPELiHARA.. hehe =)
Terima kasih banyak-banyak sifu, Tuan memang sifu yang hebat!!!
Dua tahun saya cari ilmu ni, Tuan ajar dalam seminit je, fantastik sungguh.
Catat Ulasan