Bermain-main dengan sepupu
Avanza tetamu ni hampir masuk parit. Kisah di majlis
perkahwinan Faizah anak abang aku Baharuddin
Aliff Iskandar Blogger baru (kecian kena gigit nyamuk)
Zamzuri adik Sabri-sepupu. Majlis berkhatan anak tunggal Sabri
Riadah kasual
Menjaga kesihatan
Kalau dah buntu nak masak apa, makanlah kat kedai
Bulan ini penuh dengan aktiviti kenduri-kendara. Boleh dikatakan semuanya kerabat terdekat, jiran tetangga. Ada yang bersunat. Ada kesyukuran dapat anak. Ada yang kesyukuran dapat 5A. Yang paling ramai ialah majlis menerima menantu.
Selain itu kunjung-mengunjung. Jalan-jalan. Aku juga dah belikan permainan carrom untuk anak-anak tu. Irfan pula beli ping-pong sendiri. Meja makan jadi mangsanya. Macam-macamlah sehingga tak sempat termenung.
Sesekali aku buka siaran TV. Pening kepala aku apabila tengok cerita yang melibatkan perempuan menangis, lepas tu ada orang sakit terbatuk-batuk. Baiklah aku tengok kartun Spongebob layan anak aku Arina.
Tengah hari tadi aku dikunjungi dua keluarga,adik-beradik Hamidah. Dah macam kenduri pulak rumah aku. Baru 9 orang tu yang datang.
Bulan lepas, biras aku (abang ipar Hamidah) meninggal dunia. Arwah abang Sani terkenal dengan Sani Sotonya di Bus Station Simpang Renggam. Dua hari lepas pula, Atuk saudara Hamidah Mbah Sahir dari Parit Jayus, telah menemui penciptanya.
2 ulasan:
Al-fatihah dan takziah buat K.Ida atas kematian. Mbah Sahir? Tak tahu plak aku.. aritu balik takde org crita pun..
Tkasih atas ucapan MM itu.
Catat Ulasan