Sabtu, 11 Disember 2010

SENSE OF VALUE


Kempen XOX

Dua minggu lalu aku diajak oleh dua orang kawan dari Parit Raja untuk mengikuti mereka ke ceramah syarikat Dymium, iaitu sebuah syarikat sub Celcom yang menggunakan nombor 010 yang aku gunakan sekarang ni. Ia dikenali juga sebagai syarikat XOX. Ini berbeza dengan nombor 010 Celcom untuk pakej pelajar 12 tahun ke atas.

Dalam ceramah ini, mereka sebagai berkata, 010 XOX lebih murah daripada nombor talian biasa dan syarikat lain. Memang aku dah guna nombor ini enam bulan lalu, alhamdulillah aku dapat menjimatkan banyak duit aku untuk beli prepaid. SMS ke talian Celcom yang lain percuma. Ni aku masih ada 1000 SMS yang belum digunakan lagi.

Yang menariknya malam itu, aku dapat cabutan bertuah. Pen Dymium di atas tu! Penceramah tu kata di Malaysia cuma ada 400 batang pen seumpama itu. Entah betul entah tidak. Tetapi aku suka sangat sebab dapat free. Kawan aku dua orang yang mengajak aku tadi tak dapat apa-apa, kesian betul.

Namun pen Dymium tu belum dapat mengatasi pen Sheafer kat bawah ni. Aku dah simpan pen ini sejak 18 tahun dulu! Mahal ni....! Bukan mahal pen tersebut, tetapi kerana ia ada SENSE OF VALUE.


Pen hadiah daripada Hamidah
semasa bertunang 18 tahun dulu

6 ulasan:

Hot Value berkata...

apa motif yang nak disampaikan???

MSOM berkata...

Motifnya Hot Value, supaya mengguna talian XOX

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ada aku terbaca dlm buku Personaliti, pen pun boleh menaikkan karisma seseorang, tapi aku ni kdg main hantam je pakai pen 50 sen klu deal dgn org... janji barang aku laku.

Mama Janet berkata...

Wah romantik jugak ye Pn Hamidah.Besar hati dia pemberiannya dulu masih dihargai.

MSOM berkata...

MMiror, betul kata2mu itu, kalau kita pakai pen keemasan dakwat basah ni, rasa macam ahli koperat, walaupun masih macam keparat.

MSOM berkata...

Mama Janet, malu dia Mama Janet kata begitu, dia tu pemalu orangnya eceh eceh