Jumaat, 31 Disember 2010

SMS TAHUN BARU 2011


Semoga kehadiran 2011 menjanjikan sinar kejayaan dan kebahagiaan
Dan semoga hidupmu sentiasa bergemerlapan
Sebagaimana gemerlapannya percikan bunga api 
Selamat Tahun Baru drpku dan famili

***************************************************

2010 berlalulah sudah
2011 kini menjengah
Lupakanlah yang sudah-sudah
Binalah kembali ukhuwah
Selamat tahun baru

***************************************************

2010 berlalu pergi
2011 menjelma kini
Semoga bertambah rezeki
Kehidupanmu sentiasa diberkati
Keluargamu sentiasa dilindungi
Dan sentiasa dlm pemeliharaan Illahi
Selamat Tahun Baru

***************************************************


Itu sahajalah setakat ini yang dapat kukarang pagi ini. Tiba-tiba sahaja fikiranku kehilangan idea untuk mencipta sms tahun baru yang berkualiti.

                ***************************************************

Di bawah ini pula, sms yang pernah aku terima tempoh hari:

Ya Allah, muliakanlah dan sayangi penerima ucapan ini,
Berkati keluarganya,
Sihatkan tubuh badannya,
Limpahkanlah rezekinya,
Jauhkanlah daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan,
Suburkanlah benih keimanan
dengan penuh kasih sayang dan takwa
Makbulkanlah cita-citanya yang murni
Selamat Tahun Baru 2011

                       **********************************************************
SELAMAT TAHUN BARU

KEJAYAAN 2010 PALING BERSEJARAH

9 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

terima kasih cikgu msom...siap karangkan lagi..mintak izin salin & letak kat status FB boleh? :)

Mama Janet berkata...

Selamat menyambut tahun baru 2o11.Ada countdown ke kat Dataran Parit sulong.

MSOM berkata...

SZ,
Boleh sangat, cuma kena taip balik sebab blog ini dah ada pengawal keselamatannya.

MSOM berkata...

Mama Janet,
Setiap tahun ada countdomn di sini,
Cuma saya dah malam sgt tu, tak keluar tengok.

Ahmad Hati berkata...

Happy New Year 2011


Up Traffic - Keyword-Keyword Menarik + Khairul Fahmi

MSOM berkata...

Tkasih Blogger.

Betul tu. Nama Khairul Fahmi tengah meletup

Tanpa Nama berkata...

salam taun baru kangg.. ehehe

MSOM berkata...

En Me,
Selamat tahun baru!!!

MSOM berkata...

Afzainizam
Ya semoga tahun 2011 lebih baik dari 2010