Isnin, 28 Februari 2011

LEBIH BAIK DI SINI........

.....Rumah kita sendiri.....!



LIRIK LAGU: GOD BLESS: RUMAH KITA
Hanya bilik bambu tempat tinggal kita
Tanpa hiasan, tanpa lukisan
Beratap jerami, beralaskan tanah
Namun semua ini punya kita
Memang semua ini milik kita, sendiri


Hanya alang alang pagar rumah kita
Tanya anyelir, tanpa melati
Hanya bunga bakung tumbuh di halaman
Namun semua itu punya kita
Memang semua itu milik kita


Haruskah kita beranjak ke kota
Yang penuh dengan tanya


Lebih baik di sini, rumah kita sendiri
Segala nikmat dan anugerah yang kuasa
Semuanya ada di sini
Rumah kita


Lebih baik di sini, rumah kita sendiri
Segala nikmat dan anugerah yang kuasa
Semuanya ada di sini
Rumah kita


Lebih baik di sini, rumah kita sendiri
Segala nikmat dan anugerah yang kuasa
Semuanya ada di sini
Rumah kita
Rumah kita
Ada di sini

Sdra AMRAN DAN isterinya NORITA

...Tu dia lagu RUMAH KITA. Aku pada mulanya tak minat lagu ni. Tapi kawan serumah aku semasa di Paloh, Kluang dulu (Tahun 1989), Cikgu Amran Md Yusoh hari-hari buka lagu ni, akhirnya ia jadi satu nostalgia pulak kepada aku sekarang. Ayat LEBIH BAIK DI SINI, RUMAH KITA SENDIRI, seakan-akan menyuruh kita menyukai rumah sendiri walau tidak seindah rumah impian kita.

Ahad, 27 Februari 2011

SUARA ANEH DI PONOROGO

Gambar daripada RUANGHATI.COM
Disebabkan aku ni ada darah Jowo Ponorogo, maka apabila ada berita yang berkaitan dengan Ponorogo cepat-cepat aku mencari dan menelunsurinya. Ada lima daerah yang terlibat dengan suara aneh yang datangnya dari dalam bumi. Ponorogo adalah salah satu yang terlibat. Suara umpama guruh itu kedengaran dengan jelas pada waktu malam. Namun para pengkaji bumi menjelaskan, suara itu usah digusarkan. Ia hanya sebahagian fenomena alam. 

Di Indonesia, banyak kejadian yang sungguh luar biasa berlaku. Antaranya ada kampung yang ditelan lumpur panas sebelum ini. Memang bumi mereka terletak di lingkaran gunung berapi dan gempa bumi. Maka sudah semestinya mereka berjiwa kental dan berani. Setiap kali bangun tidur, mereka amat bersyukur, kerana masih diberi penghidupan lagi.

MEMBUKA DURIAN TERPANTAS


Sorylah.....makan tak jemput. Ni pun abang ipar yang bagi.......



PERHIMPUNAN HINDRAF KALI KE 2

Aku baru saja balik daripada mengambil anak tusyen. Nampaknya polis buat sekatan jalan raya di jalan utama ke arah Pagoh. Lalu aku tertanya-tanya, adakah pihak Pakatan Rakyat nak buat perhimpunan? Rupa-rupanya setelah dicari dalam Google, akibat daripada kenyataan HINDRAF 

Jika jalan di depan taman perumahan aku ada kawalan ketat polis, itu menunjukkan ada yang tak kenalah tu. Ini bukan soal ada pembunuhan atau kes rompakan di sekitar sini. Simtom-simtom ini sejak perhimpunan Anwar 1998 di Kuala Lumpur lagi dah.

Apa lagilah yang mereka tak puas hati? Takkan fasal Interlook? Adakah mereka mendapat ilham dari Asia Barat.....

Semoga tidak akan berlaku kejadian yang tidak diingini esok di Kuala Lumpur.

Sabtu, 26 Februari 2011

BISNES DARI RUMAH

Setelah aku membaca buku BUAT DUIT DARI RUMAH, aku cuba mempraktikkan antara cadangan yang diutarakan oleh penulis buku itu. Iaitu melakukan bisnes MAIL ORDER. Melalui iklan murah di akhbar tabloid, aku telah mula menghantar produk melalui POS LAJU. Kerana di Pt Sulong ini belum ada lagi pejabat Kurier yang lain.

Dan bisnes ini memang sungguh menyeronokkan. Iklankan sahaja produk kita, dan mereka akan melihat blog kita, atau membaca keterangan hanya melalui SMS. Atau kita menghantar keterangan melalui pos. Alhamdulillah, sdra kita dari Kota Kinabatangan itu sudah empat kali melanggan produk yang aku tawarkan. Dan paling ramai pelanggan dari Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Mereka memang tak kisah.

Pendek kata bagi suri rumah di sana tu, kalian boleh lakukan bisnes ini. Tetapi jangan lokek nombor handphone, kerana ia sebagai alat utama. Kalau anda malu, gunakan sahaja nama suami anda. Antara kerja-kerja yang perlu dibuat ialah:
  1. Kita sediakan satu produk yang unik, dan keuntungan haruslah berbaloi setelah ditolak kos penghantaran. Jika keuntungan tidak berpada, kita akan lemah semangat. Dan yang penting pelanggan sangat berpuas hati terhadap produk tersebut. Sebaiknya antara kita dan pelanggan menang-menang.
  2. Setelah kita mempunyai produk yang boleh diketengahkan. Buatlah iklan. Banyak akhbar harian dan akhbar politik dan tabloid termasuk kisah hantu, boleh kita iklankan produk kita. Kenalah modal. Pengiklanan itu akan menambah pendapatan kita. Baca iklan-iklan di akhbar itu, bagaimanakah mereka membuat ayat-ayat power.
  3. Apabila dah ada respon dari prospek, pandai-pandailah kita melayan mereka dengan cara yang paling profesional. Yakinkan mereka bahawa kita adalah manusia yang jujur.
  4. Setelah mereka membayar melalui akaun bank kita, secepat yang boleh kita poskan produk kita itu.
Itu sahajalah keterangan ringkas yang dapat saya beri Puan-puan. Ingat, tugas kita, cari produk unik, iklankan, layan pelanggan, bungkus produk, hantar produk, dan check produk dah sampai ke belum seperti gambar di atas tu. Apabila produk dah sampai ke tangan pelanggan, barulah kita rasa puas, apatah lagi pelanggan mengucapkan terima kasih berkali-kali kerana puas hati terhadap produk dan perkhidmatan kita.

Akhir kata, cubalah!

Jumaat, 25 Februari 2011

VIDEO GEMPA BUMI DI NEW ZEALAND



Sungguh banyak kejadian gempa bumi berlaku di dunia ini sejak kebelakangan ini. Segala-galanya membuktikan tentang kekuasaan Allah terhadap alam ini, betapa manusia itu hanyalah mahluk kecil yang tidak dapat berbuat apa-apa tatkala menghadapi sedikit cobaan daripada-Nya.

DIVIDEN BANK RAKYAT 15%


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.
Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.
Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.
Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.
''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.
''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.

PETIKAN: UTUSAN MALAYSIA

Rabu, 23 Februari 2011

KUSANGKA PANAS ....

.....hingga ke petang, rupanya hujan petang-petang ini. Cuaca panas sejak banjir berakhir tempoh hari bahangnya ibarat panas di Etophia. Terasa kulit ini seperti dipanggang di atas bara api oleh spesis manusia kanibal  pada zaman pra tamadun. Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan kini zaman materialistik dan lipstik chopstik.


     Pohon-pohon bersyukur memuji rahmat Illahi. Manusia-manusia berlari, kerana takut terpijak rahmat (hujan) yang sekonyong-konyong menerjah kedamaian senja ini. Walaupun kehadiran hujan bak mutiara itu merencatkan rancangan aku untuk menjajah warung-warung dan kedai makan dengan Kopi Walit, aku reda, kerana hujan petang ini amat diperlukan untuk meneutralkan emosi-emosi manusia marhain yang menerima tekanan daripada pelbagai arah.

      Kipas yang berpusing pada ukuran 5, seolah-olah tidak bermakna. Seperti ia mengiayakan pegangan orang aneh di Amerika yang Kiamat akan berlangsung pada tahun depan. Kita orang Islam tidak boleh mempercayai itu semua.

     Dulu aku selalu berangan-angan, kalaulah tiba-tiba aku menjadi kaya, negara yang ingin aku lawati antaranya New Zealand. Sebab selalu aku melihat iklan susu yang berlatarbelakangkangkan ladang yang hijau dan gunung-gunung yang cantik. Malangnya berita gempa bumi di Crischurch itu agak menggerunkan aku. Selalu aku bayangkan, bagaimana kalau aku tertimbus di bawah runtuhan dinding batu yang besar, atau ketika gempa bumi itu aku tersepit di dalam lift seorang diri. Menjeritlah sekuat-kuatnya....siapakah yang akan mendengarnya. Lalu kita menanti saat kematian menjemput kita.

     Malaysia masih disayangi Allah. Namun jika terus membiarkan maksiat berleluasa, kita juga akan menerima bala yang tak terfikir oleh fikiran kita. Oleh itu, marilah sama-sama mencegah segala kemungkaran yang berlaku di depan mata kita sama ada dengan suara atau kuasa yang kita ada.

     Semoga bumi Malaysia terus aman, damai dan diberkati-Nya.

Isnin, 21 Februari 2011

DUNIA MEMANG BEGINI


Jika anda terlibat dengan bidang jualan, maka anda akan menemui pelbagai ragam pelanggan. Paling tak boleh tahan apabila pelanggan berkata:

" Tak apalah bang, lain kali"
" Oh sory, sorry, saya sibuk..."

Dan pelbagai lagi alasan untuk menolak. Baru saya teringat kata-kata perangsang Sdra Nasaruddin dari Kuantan dahulu.

Ada yang nak, ada yang tak nak
Ada yang suka, ada yang benci....
Ramai yang mahu
Ramai juga yang tak mahu....
Jika berlaku penolakan, pujuk hati ........
Dunia memang begini.....!

Oleh itu, jika ingin maju persetankan semua kata-kata penolakan itu. Kejayaan akan menjadi milik orang yang bersemangat tinggi dan terus melangkah ke hadapan.

JIMATKAN DUIT PREPAID ANDA

Setelah beberapa orang kawan terdekat aku menjadi pelanggan XOX yang aku tawarkan, mereka sangat berpuas hati, kerana telah dapat menjimatkan kos prepaid mereka sehingga 50%. Jika kos top up mereka sebelum ini sebulan RM 100, dengan menggunakan line XOX ini mereka cuma menggunakan RM 50 sahaja.

Yang mereka suka lagi, bulan pertama sahaja dapat 300 sms. Setiap kali top up dapat lagi 150 sms percuma. Top up minima yang terbaik ialah RM 40. Dengan top up RM 40 sebulan kita akan hanya dikenakan 15  sen seminit, untuk panggilan ke line Celcom dan 18 sen eminit ke DIGI dan Maxis.



Ini jauh berbeza dengan syarikat komunikasi yang lain, kerana mengenakan bayaran 30 sen hingga 39 sen seminit. Tak percaya? Buat panggilan seminit, kemudian check baki prepaid anda.

Dengan kos yang lebih murah, kami dapat bercakap dengan lebih santai dan tidak tergesa-gesa untuk menghentikan perbualan, apabila orang yang dihubungi mula bercerita panjang. Kini anda bebas dan yang lebih jimatkan wang anda.

Ini bukan omongan kosong, taip saja XOX DYMIUM di Google dan dapatkan maklumat tentangnya.

Bagi yang sangat sayang akan nombor yang ada, ia boleh dikekalkan, tak kira daripada syarikat mana. Penukaran line syarikat telekomunikasi anda kepada line XOX memakan masa sekurang-kurangnya 7 hari waktu bekerja.

Penggunaan line XOX ini sangat sesuai bagi mereka yang kos bulanan prepaid mereka melebihi RM 50 ke atas.....Apa lagi yang kos prepaid mereka melebihi RM 100 lagiiii bagus guna prepaid XOX.

Sabtu, 19 Februari 2011

ISU ISTERI DITANGKAP KHALWAT OLEH SUAMI

" Suami berhak memeriksa telefon bimbit  atau barangan peribadi lain supaya isteri tidak menyembunyikan sebarang rahsia daripada pengetahuan suaminya. Namun, caranya perlu bijak iaitu memberitahu isteri secara jelas tujuan itu,". Ustaz Zawawi dilaporkan berkata di Harian Metro 18 Februari.

Jika dikatakan suami curang, itu biasa kita dengar. Namun akhir-akhir ini, kejadian isteri ditangkap khalwat dengan bekas kekasih telah mula memenuhi akhbar.

Bersembang dengan pakwe/makwe lama melalui facebook dan twitter juga adalah merupakan perbuatan yang disukai syaitan. Iblis sedang bertungkus lumus untuk mengajak umat manusia supaya sama-sama menghuni api neraka.

Alangkah hinanya mereka itu kerana menjadi hamba-hamba iblis. Berzikirlah banyak-banyak agar kita tidak termasuk di kalangan orang yang melampaui batas.

STOKIS KOPI WALIT, YUSMIRA BATU PAHAT, JOHOR





Peniaga yang ingin memasarkan Kopi Ini
Keuntungan Lumayan!!!

SAYA KINI STOKIS KOPI KELUARAN YUSMIRA TRADING. ADA BEBERAPA JENIS KOPI YANG DITAWARKAN IAITU:
  1. KOPI STAMINA
  2. CAPPOCINO GUARANA GOJI
  3. KOPI HALIA BARA
  4. KOPI SUSU KAMBING ASLI
  5. KOPI WALIT
  6. SUSU KAMBING ASLI
  7. KOPI SUSU KAMBING ASLI
  8. KOPI UBI JAGA JANTAN 
  9. KOPI PERIA MENGKUDU
Sesiapa yang berminat menjadi peengedar terutama yang tinggal di Batu Pahat, Muar, Segamat, kluang dan Pontian sila hubungi saya di

                                                    010-3443 880
Bagi Yang Tinggal Di mana-mana pun turut dialu-alukan. Hantaran Kurier sehingga ke rumah anda.

Jumaat, 18 Februari 2011

MAJLIS PERSARAAN TN HJ JANURI YAMON

SERI PASIR-18 Februari 2011, merupakan hari persaraan seorang sahabat di sekolahku, yang telah bertugas di sekolah ini selama 26 tahun. Beliau ialah Tn Hj Januri Yamon. Pagi ini majlis diadakan di sekolah, dan pada malamnya majlis yang lebih eksklusif diadakan di Hotel Pelican Batu Pahat.

Jom kita saksikan!


Suasana hening pagi Jumaat 18 Februari di Sk Seri Pasir

Hari terakhir sebagai seorang pendidik.......

Taklimat pagi tentang program hari ini

YDP PIBG berucap mewakili ibu bapa.

Tn Guru Besar, En Ali Bin Sarmin

Ucapan yang diraikan, Tn Hj Januri Yamon...sedih akan meninggalkan sekolah ini

Menyampaikan amanat dan peringatan kepada pelajar.


Antara hadiah kenangan daripada murid-murid.

Hadiah peribadi daripada Cikgu Jamal Adenan

Salam perpisahan......!

Pameran Motosikal Berkuasa Tinggi.

Punc Card Terakhir....sedih sungguh....nak menangis aku!

Sayonara SK SERI PASIR

Semua guru dan kaki tangan dihadiahi sebuah buku dan kitab Yasin oleh Tn Hj Januri

Hadiah daripada pelajar dan guru-guru.

Bersalam dengan murid-murid PRA SEKOLAH.

Antara sahabat-sahabat yang meraikan majlis persaraan dengan Tn Hj Januri, juga bersama itu
majlis perpisahan dengan En Roseli Kamri, En Arifin Ali dan En Mohd Faizal Hassim. 


En Roseli (berkod hitam) kini menjadi Guru Besar SK Air Puteh, Pt Sulong.
En Arifin kini berpindah ke SK Air Putih manakala En Mohd Faizal kini berpindah ke
Sepang Selangor.

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR




Khamis, 17 Februari 2011

JIRANKU AH HOCK

Dalam ramai-ramai jiran aku yang berjumlah 40 keluarga di kawasan rumah aku duduk ini, aku melihat Ah Hock sekeluargalah yang paling dahsyat bekerja untuk menyara kehidupan, dengan jumlah anaknya tujuh orang itu.

Bayangkan, serajin-rajinnya aku, aku balik jam 12.30 malam, Ah Hock anak beranak masih paking sayur-sayur yang akan dijualnya esok. Mereka akan tidur jam 2.00 pagi. Pukul 4.00 pagi Ah Hock sudah menghidupkan enjin lorinya untuk membeli sayur di pasar besar. Seawal jam 8.00 pula mereka sudah berada di sekitar pasar lambak di pekan, taman perumahan sehingga ke pekan Rengit.

Namun semenjak Tahun Baru Cina tempoh hari, aku lihat mereka sekeluarga seperti sudah berehat. Rasanya semenjak 10 tahun mereka menjual sayur, mereka tidak pernah berehat demikian lama. Sejak mereka jual sayur juga, mereka sudah memiliki sebuah lori, dua buah kereta, dan anak bujangnya sudah membeli motosikal berkuasa tinggi. Satu lagi, baru-baru ini mereka telah membeli rumah yang lebih besar, betul-betul di hadapan rumah murah yang diduduki mereka berpuluh tahun itu. Rumah berbandung yang dibeli itu kini masih dalam pembinaan.

Mungkin mereka kini sudah senang setelah bekerja tidak berhenti-henti sekian lamanya. Kini mereka ada masa untuk makan angin. Yang menariknya Ah Hock telah menyambut hari jadi isterinya secara besar-besaran, setelah berpuluh tahun tidak ada masa untuk meraikan hari lahir isterinya yang sentiasa tersenyum, walau ketika dalam saat-saat yang sukar.

PENGEDAR KOPI WALIT, KOPI SUSU KAMBING, KOPI HALIA BARA DIKEHENDAKI

Mulai esok aku akan bergerak ke kedai-kedai makan dan warung kerana ingin mengedarkan KOPI YUSMIRA dari Kota Bharu ini. Ia sebuah perniagaan trading (bukan MLM). Jual dan dapat keuntungan. Beberapa orang rakan setia juga telah bersedia menjadi pengedar di kawasan mereka. Keuntungan lebih berbaloi daripada kopi papan yang aku jual sebelum ini, di mana aku bermati-matian menguntungan syarikat sahaja. Harganya yang semakin naik, dan keuntungan cuma seciput menyebabkan aku beralih arah. Doakanlah kejayaan aku ok!

Bagi mereka yang tinggal di Batu Pahat, Muar, Kluang dan Segamat aku sedia membekalkan kopi-kopi tersebut kepada anda. Keuntungan dijamin lumayan. Sehari anda boleh dapat untung bersih RM 150 - RM 200.

Keterangan lanjut lihat: KLIK

Selasa, 15 Februari 2011

KERIS LAMA ADA PENUNGGU

Dulu semasa ayahnya masih hidup, orang tua itu memang menjaga keris dari Jawa itu dengan cukup kasih sayang. Setiap tahun keris itu dibersihkan. Dia tak pernah tanya arwah ayahnya tentang keris itu. Dia memang tak minat dan tidak pernah ambil peduli akan hal itu. Jadi dia pun tak pernah bertanya kepada ayahnya, tentang asal-usul keris tersebut. Maklumlah memang tak berminat langsung.

Sehinggalah ayahnya meninggal dunia kerana sakit tua. Dia pun tak pernah mempedulikan akan keris pusaka itu. Ia tetap tergantung di dinding sebagai perhiasan semata-mata. Sesekali adik-beradiknya balik ketika raya, keris itu dibuka dan didapati sudah mula berkarat.

Adik-beradiknya pun tak minat dengan keris macam dia juga. Kadang-kadang abangnya buat acah-acah nak tikam dia. Biasalah adik-beradik bergurau senda, sesekali dapat jumpa di rumah orang tua. Ibu mereka pun sudah lama meninggal sebelum ayahnya meninggal dunia lagi.

Oleh sebab dia anak lelaki bongsu, maka dialah waris rumah pusaka yang besar tersergam itu. Sampailah ketikanya dia berumah tangga dan mendapat anak. Dia pun dah lupa akan keris itu. Keris yang tergantung itu seakan tidak dipedulikan langsung. 

Tujuh tahun selepas kematian ayahnya, keris itu mula buat hal. Tiba-tiba sahaja isterinya  dirasuk iblis. Dia menjadi begitu kaget kerana isterinya boleh bercakap dalam bahasa Indonesia. Isterinya marah dan bicaranya mewakili penunggu di dalam keris itu. 'Dia' begitu marah, kerana keris itu sudah tidak dijaga lagi seperti arwah ayahnya dahulu. Kini jin itu sudah berada di tubuh isterinya hampir 40 hari.

Dia dan adik-beradiknya begitu terkejut, bagaimana selama ini keris itu tidak pernah mendatangkan apa-apa mudarat, kini tiba-tiba boleh mengganggu kehidupannya sekarang. Dia begitu pening dan binggung. Kini isterinya terpaksa dihantar ke rumah ibu mentuanya. Kerana ketika dia pergi bekerja, tiada sesiapa di rumah yang dapat menjaga isterinya yang sedang kerasukan penunggu keris itu melainkan anak-anak yang masih kecil.

Sampai hari ini, sahabatku itu masih terpaksa berulang-alik ke Segamat-Batu Pahat atas urusan kerja dan balik ke rumah mentuanya untuk terus merawat isterinya. Dia tidak bersalah. Yang bersalah ialah keris itu. Arwah ayahnya juga tersilap langkah dengan menyimpan keris seumpama itu.

Iktibarnya, disini, usahlah kalian menyimpan sesuatu barangan pusaka seperti itu. Jika masih ada, serahkanlah kepada ustaz yang arif tentang pelupusan jin-jin. Keris juga boleh menjadi satu SAKA kepada kita, dan ia adalah agak sukar mengubatinya dan memakan masa.

Berserahlah sahaja kepada Allah. Keris sudah tidak relevan lagi pada zaman moden ini. Terbukti, pada tahun 1511, orang Melayu yang bersenjata keris telah tewas di tangan Portugis yang datang hanya dengan beberapa buah kapal sahaja. Oleh itu tak gunalah kita menyimpan keris-keris pusaka di rumah kita, kerana satu nanti ia akan memberi mudarat kepada ahli keluarga kita, sebagaimana yang benar-benar terjadi kepada sahabatku itu. 

CUTI MAULIDUROSUL




Hari ini hari untuk berehat sempena hari keputeraan Rasulullah SAW. Berselawatlah banyak-banyak. Jika boleh setiap hari. Kerana berselawat mempunyai bannnnnnyak fadilatnya.

Tak tau nak buat apa. Pagi tadi jengok kilang krepek di Parit Lapis Laman. Kini kami tengah mengunyah kuih-kuih itu...untuk menghilangkan stress. Korang ingat makan cokelat je ke untuk hilangkan ketegangan. Yang lalu rumah aku tu singgahlah, tolong habiskan kuih-kuih tu.

Pagi ni juga kakak iparaku Hamsaton Ali nak datang. Dah lama juga aku tak berborak dengan biras aku Md Isa Kassan yang kini telah menetap di Parit Bingan, Pt Raja tu.

Warung Ibu yang sedap dengan asam pedasnya tutup pulak. Chef Hamidah kenalah masak. Sup ayam. Semua bahan dah cukup. Bau pun dah sampai ke hidung aku. Apa lagi sementara menanti tetamu, aku makan dululah!

PERSEDIAAN HARI TUA


Dah seminggu dah aku oflinekan chat Fbook aku. Sebab aku malas nak berborak dengan anak-anak murid aku yang merapu, tanya yang bukan-bukan. Ada ke patut budak kecik tu panggil aku bro?

Tadi aku buka kejap, nak berborak dengan kawan lama aku, Cikgu Zul dari KB Kelantan. Rupa-rupanya dalam diam-diam dia jadi usahawan hartanah. Dah dua tahun dah. Beli tanah, dan jual semula. Jual lot tanah. Lumayan kata dia. Ni dah dekat juta jugalah. Patutlah aku tengok dia makan angin di kota-kota Asia Barat.

"Kita kena niaga tanah ni, kejap lagi pencen, takut nanti kita makan sardin "

Dan........Dia beria-ia suruh ikut jejaknya. Yang aku tak sanggup tu turun naik pejabat tanah. Tetapi dia kata, kalau dah biasa, perkara itu jadi mudah...Alah bisa, tegal biasa, katanya. Tetapi soalnya, aku tak boleh pening sikit. Nak uruskan tanah harta pusaka ayah aku pun dah pening.

Oleh sebab esok cuti, malam ini aku meneroka semua blog yang aku follow. Tiba-tiba aku tetarik dengan entri CIK EPAL tentang Anynomous. Dulu kalau tak silap, dia kata, tanpa ANYNOMOUS siapalah kita. Sampai aku rasa, macam aku bersalah apabila aku blok Anynomous Jonggos dari Kedah tu.

Apa kata CIK EPAL? Sila Klik . Pabila baca entri barunya ini, barulah aku lega, tindakan aku blok ANYNOMOUS kira-kira setengah tahun yang lalu merupakan jalan yang terbaik dan betul.

Ahad, 13 Februari 2011

MEREKA KATA KAMI BERLAKON

Apabila BULETIN UTAMA TV 3, menyiarkan guru-guru SK SERI PASIR dan SK SEDAYUNG mengajar murid-murid mangsa banjir 2011 di Dewan Seri Medan pada 7 Februari, ada suara-suara sinis daripada guru sekolah lain di daerah Batu Pahat, mereka kata itu hanya lokanan sahaja, untuk mengaburi mata Timbalan Menteri Pelajaran yang datang melawat pada hari tersebut. Sampai hati mereka kata begitu!.....Kalau tidak melihat sendiri, janganlah membuat telahan dan fitnah begitu.


Ni....bukti, hari yang keempat, Khamis 10 Februari 2011. Tidak ada sesiapa pun yang menjengok kami di dewan itu. Cuma ada aku sebagai blogger picisan, yang mengambil gambar secara candid. Cikgu-cikgu hebat kami tetap mengajar dengan gigih......

Ni Hjh Janatu Sapuan....bekas-bekas muridnya pasti mengakui kerajinan beliau....

Cikgu muda, Cikgu Fatihin, guru Bahasa Inggeris....

Cikgu Azizah mengajar Linus

Di Batu Pahat ni siapa yang tak kenal cikgu cemerlang ni. Cikgu Khairul Anuar Abd Manap.
Cikgu Bahasa Inggeris yang telah menaikkan kelulusan sekolah lamanya, Bahasa Inggeris 100%
tiga tahun berturut-turut...kini berada di SK SERI PASIR.tengok tu, tak ada orang pantau pun alat bantuan mengajar tetap digunakan.

Puan Tuan Pauzizah ketua panitia Agama Islam

Pn Hjh Aishah bekas pelajar SMK CONVENT, Melaka
bukanlah calang-calang guru Bahasa Inggeris.... 

MERAYAKAN KEJATUHAN FIRAUN TERAKHIR



Tahniah untuk seluruh pejuang kebebasan. Pastinya Israel sudah tidak boleh tidur dengan nyenyak lagi kerana sekutunya telah melutut pada suara rakyat.
NETANYAHU

Rabu, 9 Februari 2011

MEREKA MASIH DI SITU-(PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SERI MEDAN)


7 Februari 2011, murid-murid menerima tetamu VIP En Fuad Zarkasi Timbalan Menteri Pelajaran. Turut bersama-sama beliau ialah
Pengarah Pelajaran Johor Tn Hj Markom Giran dan PPD Batu Pahat Tn Hj Shapie Md Shariff.

Panorama indah di sebelah Dewan Seri Medan

Selepas sesi pembelajaran, jam 10.00 pagi mereka bersarapan

Pokok-pokok di depan Dewan Seri Medan menjadi habitat burung perling. 
Teringat satu peristiwa...tahun 1981, aku dikejar seorang pengawas lelaki di sini. Sebab aku cabut dari sekolah.
"Hei...siapa nama kau?"
"Ah....aku tak tau!"
Ketika itu kawasan ini ada pokok ara yang besar.

Kicauan burung perling memeriahkan suasana

Di depan Sungai Simpang Kiri, berhampiran jambatan ke Pt Warijo

Guru-guru SK SERI PASIR, melayan murid-murid sewaktu rehat

Saat sebelum pembelajaran bermula

Secara keseluruhan, apabila aku menanya setiap murid, mana lebih seronok berada di pusat pemindahan banjir berbanding di rumah? Mereka kata tentulah DI RUMAH. Namun mereka sudah tidak ada pilihan. Nak tidur kat mana?

Walaupun musibah ini agak memeritkan, namun lebih kurang 200 pelajar SK SERI PASIR dan 50 pelajar SK SEDAYUNG dapat menjalani pembelajaran di dewan besar Seri Medan. Makanan disediakan oleh pihat pusat pemindahan banjir masing-masing. Antara pusat pemindahan banjir tersebut ialah SMK SERI MEDAN, SEKOLAH AGAMA SERI MEDAN, SEKOLAH CINA SERI MEDAN, dan SK SERI MEDAN.

Kini sudah tiga hari mereka belajar di sini.  Dan melihat banjir yang ada dijangka mereka akan terus belajar di sini sehingga Jumaat 11 Februari 2011 ini.