CERAMAH RAMADHAN USTAZ KAZIM
Ahad, 31 Julai 2011
Jumaat, 29 Julai 2011
KEDAI BARU DI PARIT SULONG
AKU SAJA TOLONG PROMOSI...TAK DAPAT PERSEN PUN.
PASARAYA SAKAN MEMBUKA CAWANGAN BARU DI PT SULONG
LOKASI ANTARA PT SENTANG DENGAN PARIT LAPIS LAMAN.
DI TAMAN SENTANG JAYA.
KALAU BALIK KAMPUNG, BAJU KEHABISAN, BOLEH BELI DI SINI.
BANTULAH SAUDARAMU MEMBINA EMPAYAR
MILIK HJ OMAR.
DI PARIT SULONG SEMUA SUDAH ADA
TAK PERLU LAGI KE BANDAR.
YANG BELUM ADA KEDAI KOMPUTER (JUAL DAN SERVIS)
CYBER CAFE DAH MACAM BANYAK.
JOM KITA NAIK TINGKAT ATAS
Antara barang-barang di Tingkat atas.
Khamis, 28 Julai 2011
SEDIH HATI TIDAK TERKIRA
Sakit dada aku menahan sebak, sabar...sabar....
Tahniah buatmu....
yang telah bermati-matian,
namun kemenangan belum lagi milik kita.
Kerana Pulau Batu Putih kita menangis
Dan kini harimau telah dirobek oleh singa yang pura-pura cedera
Di sini, dan cedera di sana
Kenapa kita sentiasa dilukainya?
Tahniah buatmu....
yang telah bermati-matian,
namun kemenangan belum lagi milik kita.
Kerana Pulau Batu Putih kita menangis
Dan kini harimau telah dirobek oleh singa yang pura-pura cedera
Di sini, dan cedera di sana
Kenapa kita sentiasa dilukainya?
PERGI PAGI BALIK PETANG
Jam 2.00 pagi...didapati 801 guru sedang bersengkang mata menyiapakan kerja!
Mereka mendakap Laptop masing-masing sampai terbakar.
Sedangkan korang sedang dalam dakapan yang tersayang.
Sekarang jam di Notebook aku telah menunjukkan pukul 3.03 pagi. Tiada lagi suara manusia....Aku baru je siapkan suku daripada tugas baru aku....ha! Kat atas tulah. Aku dah sebutkan dalam entri semalam tu. Aku tak boleh sebut di sini. Nanti Search Engin ditemui pihak-pihak berkenaan.Dari jam 9.00 malam sampai 3.00 pagi....masih siap SUKU. Laman web yang aku masukkan semalam, menyebabkan hit aku naik mendadak semalam. Tetapi aku takut GB aku pun baca blog aku ni.
Selalu orang sebut, jadi cikgu ni senang pergi pagi balik pun tengah hari. Lepas tu boleh kerja lain. Mari sini, siapa-siapa nak jadi cikgu, sebulan cukuplah.
Apabila membuat kerja-kerja overtime seperti di atas, sepatutnya kami berada di pejabat . Pakai tali leher kemas-kemas. Kasut kilat. Bilik berhawa dingin. Pegang fail masuk markah. Bos tengok. Barulah orang nampak kami sedang kerja macam pejabat lain.
Ini tak, buat kerja pakai kain pelikat. Sambil minum kopi herba. Kat ruang tamu. Bertemankan bunyi-bunyi burung hantu dan cengkerik. Siapalah yang nak nampak? Aku rasa cikgu-cikgi yang kerja di bandar besar tu lagilah sakit jiwa.
Dua hari lepas aku berseloka di Facebook.
Pergi Pagi Balik Petang
Dapat Gaji Bayar Hutang..........ni lah pantun yang dah popular tu
Pergi Pagi Balik Tengah Hari
Dapat Gaji Tak Boleh Kira lagi
Balasan teman-teman Facebook yang menarik dan tak pernah dengar
Pergi Pagi Balik Malam
Dapat Gaji, Simpan Bawah Tilam!
(Hj Mohamed Buang)
Pergi Pagi, Tak Balik Lagi
Itu Mesti, Along Sedang Cari
(Jawapan aku untuk Mummy Gee)
Pergi Pagi, Balik Bulan Depan
Dapat Gaji, Tambah 'Cawangan'
(Miss Miror)
Nampaknya aku pun dah tak boleh buka mata. 5.30 pagi esok nak bangun....bye. Oh ya Prof SZ dah mintak alamat aku. Tak sabar aku nak terima oleh-oleh dari Bandung!
Rabu, 27 Julai 2011
SAPS.MOE.GOV.MY
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran diguna untuk memasukkan markah ujian dan peperiksaan di sekolah. Namun, web tersebut tersekat-sekat dan lambat sangat. Loading memakan masa sampai berpuluh-puluh minit. Nak masukkan markah untuk 5 orang sampai setengah jam. Harap pihak berkenaan di Putrajaya upgradekan segera web tersebut kerana ia sangat menyusahkan guru-guru. Kadang-kadang sedang kami memasukkan markah, tiba-tiba sahaja laman web itu padam. Ini bukan soal internet yang lemah atau apa, tetapi web tersebut belum mencapai spesefikasi yang diharapkan.
SATU SMS AKU HANTAR KEPADA SEORANG TEMAN
Hari guru ke rumah Johar
Di rumah Johar makan durian
Jadi guru makin mencabar
Markah online kini jadi igauan
Setengah jam kemudian dia jawab
Makan nasi di rumah Tuan Besar
Makan bersama Encik Jabar
Wahai saudara usahlah gusar
Tugas guru memang mencabar
Ahad, 24 Julai 2011
UCAPAN DATUK JOHAN JAAFAR
HASIL VIDEO PICISAN AKU YANG KE 4
TARIKH 17 JULAI 2011(AHAD)
TEMPAT: PEKARANGAN RUMAH EN KAMUJI PARTIGUN
PT JAYUS, SERI MEDAN, BATU PAHAT.
REKOD: KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI TERPANJANG DI MALAYSIA.
Sabtu, 23 Julai 2011
ISTERI MINTA BAJU RAYA DIUGUT BUNUH
KAJANG: Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.
Laporan Metro 23 Julai.
Macam-macamlah ya orang kita ni. Siapalah isteri malang tu? Senang cerita isteri malang macam ni kena kumpul duit dari bulan Januari. Simpan RM 50 sebulan. Rasanya suami dia ni tak ada duit. Dan cuba kita selami keadaan mereka berdua. Kedua-duanya bersalah. Suami panas baran. Isteri pula mungkin minta dengan cara yang kasar. Atau ego suami direndah-rendahkan. Masakan dia bertindak demikian gila? Semua itu dapat kita bayangkan. Kerana sebahagian daripada kita pernah susah semasa kecil dulu.
Laporan Metro 23 Julai.
Macam-macamlah ya orang kita ni. Siapalah isteri malang tu? Senang cerita isteri malang macam ni kena kumpul duit dari bulan Januari. Simpan RM 50 sebulan. Rasanya suami dia ni tak ada duit. Dan cuba kita selami keadaan mereka berdua. Kedua-duanya bersalah. Suami panas baran. Isteri pula mungkin minta dengan cara yang kasar. Atau ego suami direndah-rendahkan. Masakan dia bertindak demikian gila? Semua itu dapat kita bayangkan. Kerana sebahagian daripada kita pernah susah semasa kecil dulu.
Jumaat, 22 Julai 2011
PENAMPILAN SUAMI CERMINAN ISTERI?
Senyumannya menghilangkan Keselekehannya
Di tempat kerja kita, penampilan wanita memang hebat. Baju sentiasa bertukar.
Lelaki bagaimana pula? Di mana-mana pun ada satu, dua orang yang suka berpakaian tidak mengikut spesikasi yang sepatutnya:
- Baju Tidak pernah bergosok.
- Tali leher senget.
- Kasut kusam, sejak beli tak pernah kiwi.
- Seluar yang sama dipakai selama seminggu.
Tidak kiralah apa kerja suami kita, sama ada pemandu lori, kerja kilang, toreh getah, seharusnya sentiasa nampak macho.
Namun, mungkin ada sesetengah wanita suka suaminya dalam keadaan begitu supaya tidak digoda oleh anak-anak dara di tempat kerja mereka.
Rabu, 20 Julai 2011
MEMASAK SAMBIL BERZIKIR
SUP KAMBING PARIT SULONG RM 6
(Kalau beli mengambil masa 20 minit saja)
KE PEKAN PARIT SULONG CARI BAHAN MEMASAK
(Mengambil masa 45 minit)
KADANG-KADANG CARI IKAN SAMPAI PEKAN PARIT JAWA
(Pergi dan balik dah 1 jam Setengah)
BUDAK-BUDAK SMKDS BELAJAR BUAT KUIH
UNTUNGLAH MEREKA YANG BOLEH BUAT KEK SENDIRI
KALAU PENAT MASAK, MAKAN JE DI KEDAI
Berapa Banyak Masa Yang diperuntukkan untuk menyediakan
perkakas-perkakas di atas ini?
CERITA TENTANG MAKANAN
Minggu-minggu terakhir sebelum berpuasa ini, aku ingin bercakap tentang makanan. Terbaca dalam buku ahli sufi, kita ini banyak menghabiskan masa dalam hal bab makanan. Antaranya ialah:
Memikir nak masak apa pun mengambil masa 10 minit.
Tulis senarai apa nak dibeli 10 minit.
Perjalanan ke pasar dan kedai memakan masa 20 minit.
Kalau jem jadi satu jam.
Memilih apa yang dibeli sudah setengah jam.
Cari parking 15 minit.
Balik rumah 20 minit lagi.
Siang ikan, kopek bawang, masak nasi, gedebak-gedebuk 1 jam.
Makan dah setengah jam.
Basuh pinggan/mangkuk/kuali/periuk setengah jam.
Lap meja, sapu sampah 15 minit.
Bersandar termengah-mengah dah setengah jam.
Gosok gigi dah 10 minit.
Minum air, makan pencuci mulut lagi 15 minit.
Pendek kata sebahagian besar daripada wanita telah menghabiskan hidupnya dengan makanan. Lelaki yang ngeteh berjam-jam di warung lebih lagi lama daripada itu.
Jadi, kalian sediakan makanan untuk keluarga itu pasti ada ganjarannya daripada Allah. Namun selepas ni marilah kita sentiasa berzikir. Kopek bawang berzikir. Basuh beras berselawat. Memandu ke pasar berzikir. Pilih ikan subhanallah. Kalau ikan busuk masya Allah. Potong sayur, Allah...Allah...Ianya agar berganda-ganda, lebih-lebih lagi tak lama lagi kita berpuasa. Agar anak-anak kita yang makan air tangan kita itu akan menjadi lebih cool. Tak gaduh-gaduh. Tak marah-marah. Kalau Bibik yang masak, suruh mereka buat macam tu. Jangan masak sambil berdangdut. Nanti nasi yang dimasak itu ikut berdangdut juga. Iblis tersenyum-senyum simpul, berehat di kerusi malas melihat itu semua.
Ahad, 17 Julai 2011
KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI TERPANJANG DI MALAYSIA
Barisan Jelitawan berada di Pekarangan Rumah En Kamuji Partigun
Parit Jayus, Seri Medan Batu Pahat hari ini.
IRIN PUTRI - Bersamamu TV3
Datuk Maznah Zolkifli- bersemangat waja
Datuk Maznah Zolkifli- bersemangat waja
VIDEO YOUTUBE AKU-SORY...TAK CLEAR....KAMERA MURAH
PENYERAHAN CEK DARIPADA PENYUMBANG TETAP BERSAMAMU
Pengarah Urusan Faiza Sdn Bhd
FAKTA: 1700 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI TERLIBAT
DALAM KONVOI INI
BOTAK JUVANA- JOHAN ASARI
Masa ambik gambar ni, dia berpesan kepada aku
"Jangan Lupa Esok Juvana Final!"
Ni Datuk Johan Jaafar
Datuk JOHAN JAAFAR
berucap berapi-api nampaknya
Penduduk Kampung Parit Jayus dengan para tetamu
Isteri siapa yang naik motosikal besar ni?
Pt Jayus GEGER...apabila 1700 BUah Motosikal mengaum sepanjang jalan
Cikgu Mohd Sahid Ismail dari SK SERI PASIR!
TV mana pulak yg temu ramah pihak Malaysia Book Of Records ni?
Wakil Malaysia Book Of Records menyampaikan ucapan mengucapkan TAHNIAH
T Shirt gambar bendera Malaysia...low profile orangnya.
Rekod Yang Dicapai..LONGEST SUPERBIKE LINE
The Malaysia Book Of Records!
KEBETULAN YG TERIMA REKORD NI KAT SEBELAH AKU...APA LAGI AKU SNAPLAH!
KEBETULAN YG TERIMA REKORD NI KAT SEBELAH AKU...APA LAGI AKU SNAPLAH!
Aku pinjam Video Youtube milik ADHA ni
Sabtu, 16 Julai 2011
NISFU SYAABAN
KESIMPULAN: NISFU maksudnya PERTENGAHAN
Masuk saja malam ni, kita akan berada di malam Nisfu Syaaban. Orang Nusantara ini, telah sinonim dengan membaca Yaasin 3 kali. Namun, sebenarnya kita tidak ditentukan begitu.
Jika ia satu yang dianggap mesti, maka ia sudah menjadi satu bidaah. Yang penting, pada malam ini kita isi dengan PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN, ATAU IBADAH, ATAU SATU HAL YANG MENUNJUKKAN KETAATAN KITA KEPADA ALLAH.
Sebagai contoh kita menghadiri takzkirah, kuliah, berzikir, solat sunat, berdoa, berwirid dan seumpamanya. Kita amat digalakkan supaya memohon kepada Allah agar diampuni dosa-dosa kita selama ini. Seterusnya kita memohon segala yang kita hajatkan. Kerana apa? Kerana malam 15 Syaaban ini, malam kita beramal dan memohon apa-apa sahaja daripada Allah SWT.
Membaca Yasin memang sangat baik, namun jangan diiktikadkan bahawa ia satu kewajiban. Kita boleh mengaji surah apa pun. Cuma dalam masyarakat Nusantara ini membaca Yaasin itu, menjadi satu kebiasaan. Malangnya surah-surah lain jarang dibaca.
Tetapi, daripada kalian menonton konsert, membaca majalah hiburan yang sia-sia dan hanya menambah dosa, membaca Yaasin, jaaaauhhhh lebih baik kalian membaca Yaasin.
Jika kalian uzur, kalian masih boleh dapat fahala malam ini. Berdoalah banyak-banyak agar hidup kita semua umat Islam sentiasa menuju keredhaan Allah. Satu lagi, kalian boleh Klik gambar Orang Mengaji kat Kanan blog aku ni. Dengar pun dapat fahala. Pilihlah surah mana yang anda ingini.
SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN
Khamis, 14 Julai 2011
BISNES DARI RUMAH
Nak masuk? >>>> DAFTAR FREE>>> KLIK DI SINI
- Tak payah meeting-meeting yang memeningkan kepala, produk terus laku dan dicari orang.
- BONUS tak pernah miss, dah 3 tahun aku buat bisnes ni, syarikat bayar semua bonus.
- BONUS setiap MINGGU. Terus masuk AKAUN.
- REPEAT SALE, jualan ULANGAN memang baik. Pelanggan beli barang kita sampai peringkat merayu-rayu. Kalau produk kehabisan, mereka marah-marah, lagi-lagi kalau malam tu malam Jumaat.
- Setiap belian produk harga ahli RM 120 kita dapat 1 hadiah produk bernilai RM 30 harga ahli.Hadiah yang dijual, boleh dapat untung lagi
- LINK URL penajaan kita boleh masukkan dalam FACEBOOK, BLOG, TWITTER dan sebagainya.
- Kalau anda dapat bonus dan untung runcit RM 500 sebulan, sekurang-kurangnya sudah dapat menambah duit anda untuk shoping...!
Ayuh...join ahli bersama saya KLIK
Langgan:
Catatan (Atom)