Ahad, 30 September 2012

TAMAN NEGARA JOHOR-PULAU KUKUP

Minggu lepas ana menerima SMSlah daripada sahabat ana, Sheikh Imam Mursalin, imam Mesjid bandar Pontian, menjemput ana ke majlis kenduri keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah. Ana pun fikir-fikirlah, nak pergi, tidak, nak pergi,tidak. Ana pun buat keputusan....pergilah.Tuan imam sudah tiga kali datang ke rumah ana,tak patutlah tak pergi, lagi pun ana tak pernah pergi ke rumahnya. Sebagai sahabat yang baik, jangan menghampakan jemputannya....

   
Aku tunjukkan peta di atas ni, supaya kalian tahu, bahawa Pulau Kukup itu berbeza dengan pekan Kukup. Jarak antara Pontian ke Kukup ialah 21.4 km. 
 TShirt Kukup...antara yang dijual dipekan Kukup...ole-ole untuk saudara-mara dan sahabat anda.
KELONG DI PULAU KUKUP

Dari jeti Kukup ke Pulau Kukup kita naik bot besar. Tambang untuk dewasa RM 5, Kanak-kanak RM2.50.Baby freelah. Tu anak aku 2 tahun tak kena tambanglah.

 Tiba di jeti Pulau Kukup...tauke bot bagi no hpdia....nanti kalau mau balik,call wa cepat ma...Lu jalan-jalan sini 2 jam,3 jam ok...OK Bossss....
 Untuk masuk ke Pulau Kukup ini pula ada kauter Taman  Negara Johor. Bayaran masuk dewasa RM 5.00 kanak-kanak 3.00...oklah tu, tak mahal...duit ni untuk kerajaan...
 Matsomherbs, memang suka yang hijau-hijau. Apabila jumpa suasana hijau, hati pun gumbira sangatlah.
JAMBATAN GANTUNG PULAU KUKUP
ILI-96 Salah seorang anak yang akan mewarisi dunia kebloggeran aku
JAMBATAN GANTUNG PULAU KUKUP 
Yang besar-besar pucat lesi lalu jambatan gantung ni, tapi Aliff Iskandar tak rasa apa-apa pun
 Tengok tu dua beranak menggeletar lutut......gekgekgek 
 Nampak Arina dah mula berani, Puan Hamidahnya macam gayat aje!
 Ili macam stedy, berlakon berani kut?


 Sesiapa yang suka menggedik, tempat ni sesuai untuk berfotografi dengan pakaian baru



 MENARA PEMERHATI PULAU KUKUP
Aku sangat teruja dengan kehijauan di Pulau Kukup ini....dan terasa masa beredar bagitu cepat...

 Arina dah mula berani di tempat tinggi...
 Sesi naik bot, tambang bot untuk menelusuri sungai di Pulau Kukup ni RM 3.00 seorang...
 Yang bawa bot ini bernama abang Zainal.
 Yaaaa hi he hoooooooooo....lupakan syilibus sekolah kejap
 Penerangan tentang jenis-jenis ikan di Kelong.....
Aliff Iskandar tersenyum puas, dapat cenderahati kenang-kenangan dari Pulau Kukup
Antara hidangan di rumah Tuan Imam Mursalin 
 Pukul 4.00 petang barulah ke Pontian, jumpa Imam Mursalin, walaupun ramai tetamu, imam Mursalin tetap melayan kami dengan begitu mesra....Pak Imam kita ni seorang yang sangat peramah. Aku cuma mintak satu, sampai Mekah nanti doakan aku supaya aku akan segera menyusulnya ke sana.   

Jumaat, 28 September 2012

DAH GILA TUKAR HEADER BLOG

SEKADAR UTK SIMPANAN...KALAU AKU SAVE KAT D, C KOMPUTER SELALUNYA KALAU KOMPUTER ROSAK, TINGGAL KENANGAN SAJA.
PENYAKIT LAMA AKU DATANG BALIK, SEMUA HEADER YANG AKU HASILKAN TAK ADA YANG MEMUASKAN HATI
NI,HEADER YANG GAMBAR DAN LATAR BELAKANGNYA ADALAH ASLI. LOKASI DI PULAU KUKUP 

Baner blog aku yang hari tu dah setahun, jadi dah jemu. Yang kat atas ni pun entah, macam skema je muka aku. Macam ada yang tak kena aje.....


Khamis, 27 September 2012

KENAPA KAU BUAT MACAM TU?

Lokasi di Lampu Isyarat Pt Sulong: Oleh sebab ini gambar candid, so aku guna kamera hand phone saja. Aku cukup bengang dengan akak sorang ni. Anak dia yang masih lingkungan Darjah 5 tu yang membawa motosikal, dan  dia tergedik-gedik di belakang. Lebih parah lagi, belok ke kanan saja, balai polis ada di situ. Bukankah ini mencabar undang-undang? Yang paling geram budak ni potong ciluk kereta buruk aku. Ini satu penghinaan....hehehehe....
RANTAU PANJANG

Lupakan gambar tu.....Ini gambar minggu lepas, suasana shoping di Rantau Panjang, Kelantan....macam tulah suasananya....klasik, kalau dilukis pada canvas

 KEDAI JUAL PERIUK DI RANTAU PANJANG

Ramai yang datang ke Rantau Panjang akan mencari periuk, kuali dan yang sekufu dengannya. Tapi jangan lupa, mintak resit, kerana kastam akan check dan kita wajib bayar cukai kepada kerajaan bagi produk kuali dan toto. Kain pelikat dan kain batik kalau beli sehelai dua, tak adalah kena cukai. Kalau beli berkodi-kodi, kenalah jugak cukainya.

Dua hari ni aku dah jemu dengan baner blog aku yang ada muka aku yang monyok tu. Kalau kalian perasan, semalam saja aku dah ganti lima kali baner tu.

Ahad, 23 September 2012

MAJLIS SANA, MAJLIS SINI

 Gubahan Bunga
Majlis perkahwinan sepupu aku (lelaki) di Pt Singgahan Seri Medan 
 Pengantin lelaki tak apalah...simple-simple yang penting mesra dan meriah
Tuan rumah, Pak cik aku, Hj Abdullah Ikhsan yang sentiasa cool sepanjang masa...


Lepas raya je, majlis perkahwinan di sana-sini bermula.Semalam, hari ni. Juga jiran dan sahabat yang nak menunaikan haji. Sedapat mungkin kita penuhi jemputan mereka. Meraikan kegembiraan bersama-sama itukan bagus. 

Walaupun dalam dua hari ni, makanan yang disajikan begitu enak, termasuk bariani gam, namun aku hanya menyaksikannya saja. Penyakit mata ikan kat lidah aku ni cukup menyiksakan. Ia merupakan peringatanNya supaya aku mengurangkan bergosip sesuatu yang menambah dosa aku yang sedia banyak ini.

Aku nak tidur dah, esok nak bangun dengan segar, agar anak muridku ternanti-nanti kedatangan aku dan dapat membuat suasana pembelajaran menjadi ceria dan penuh kegembiraan buat mereka.

Namun, mata ikan pada lidah aku ini menyukarkan aku untuk membuat lawak jenaka seperti biasa. Nampak gaya kena buat lakonan bisu esok ni. Nak ambil MC, malu pulak dengan Guru Besar baru yang segak dan tampan itu.   

Jumaat, 21 September 2012

TERNGIANG-NGIANG DENGAN PESANAN USTAZAH



"....Smart Phone....Sim Card....Galaxy Tab.....Format....bla...bla.......Tablet Android....bla....pot pet...pot...pet......Ipad3....bla..bla....

....Scaner......bla...bla.....Printer........install....download.....pot pet pot pet......Charger mahal lagi baik....."

Sebenarnya, itulah beberapa perbualan yang aku dengar sepanjang satu jam semasa berada di kedai Supernet di Batu Pahat, petang semalam. Perbualan antara penjual, dan kakitangan kedai dengan para pelanggan itu sangat menarik minat aku. Rasa macam kat planet lain.

Lain perbualan dengan kawan-kawan kat warung yang menyentuh pelbagai hal. Dari hal politik, bisnes, kebun, masyarakat, skandal dan isunya lebih rojak berbanding di kedai komputer tadi.

Semasa tergesa-gesa mengambil anak sekolah tadi, aku fokus pada suara radio itu.Aku mendengar ceramah Ustazah yang cun-melecun itu, Ustazah Siti Nor Baayah...Ustazah berpesan.....Agar kita semua tidak menjadi golongan yang muflis di akhirat.

Siapa yang muflis di sana tu?

Iaitu mereka yang semasa di dunia ini, hidupnya dipenuhi dengan perasaan hasad dengki.

Segala pahala orang yang hasad,irihati dan dengki akan diambil oleh orang-orang yang didengkinya itu, akhirnya dia jadi bangkrap, tiada apa-apa lagi.


Khamis, 20 September 2012

AL-QURAN DAN CERMIN MATA?

Usai saja kuliah, Ustaz Faisol membuka kepada pertanyaan jemaah. Seorang lelaki bertanya tentang etika meletakkan Al-Quran di rumah atau di mana-mana tempat sama ada di mesjid, pejabat dan sebagainya.

Ustaz Faisol menjelaskan yang dimaksudkan dengan Al-Quran ialah Al-Quran yang lengkap. Jika kitab Yasin dan Al-Quran disusun, seeloknya kitab Yasin diletakkan di sebelahnya, kalau di bawah, memang boleh, tapi ia lebih kecil dari Quran, nanti kedudukan tidak stabil. Yang salah, kitab Yasin di letakkan di atas kitab Al-Quran.

Satu lagi yang selalu kita tidak perasan. Kita letakkan cermin mata kita di atas Al-Quran. Ini perbuatan zalim kata ustaz. Cermin mata silalah letakkan di tempat lain. Secara ringkas dan tepatnya, kita buat kesimpulan....

JANGAN LETAKKAN APA-APA DI ATAS KITAB AL-QURAN WALAU TASBIH, CERMIN MATA DAN SEBAGAINYA.

Seorang jemaah lagi, bertanya, bagaimana Al-Quran terjemahan? Ya...Al-Quran terjemahan juga MESTI diletakkan dibawah Al-Quran yang lengkap, bukan di atasnya.

Jadi, marilah kita lihat di mana kita meletakkan kitab Al-Quran kita? Adakah terdapat kepingan VCD di atasnya. Janganlah kita ZALIM terhadap Al-Quran. Kalau berhabuk, kita bersihkan dan kita bacalah selalu agar kita memperoleh manfaat di dunia dan di akhirat.

Ustaz sempat berseloroh........
tersangat zalim lagi, kalau ada orang meletakkan majalah MANGGA di atas kitab Al-Quran!   

Rabu, 19 September 2012

JANGAN PANDANG RENDAH DOSA KECIL

Kuliah seorang ustaz, yang mengupas isu-isu semasa bermula dengan kisah zaman Rasulullah, seorang perempuan dimasukkan ke neraka kerana menyiksa seekor kucing. Perempuan itu mengurung kucing tersebut, tanpa memberikan sebarang makanan dan minuman, sehingga detik kematiannya yang terseksa.

Perempuan itu seorang Islam dan sangat rajin berpuasa sunat. Namun kerana sikap zalim dan kejinya itu, dia masuk ke neraka.


  • Kenapa kucing itu diseksa? Kenapa tidak dibiarkan lepas agar boleh mencari makanan?
  • Jika kita hendak membunuh binatang yang dibenarkan sekalipun seperti ular, lipan, bunuhlah dengan cara yang paling baik, bukan dengan menyeksanya!
  • Jangan membunuh binatang seperti serangga dan seumpamanya dengan cara MEMBAKARNYA. Kerana MEMBAKAR itu hanya milik mutlak Allah SWT. Kita tak boleh bakar binatang hidup-hidup hatta  hanya seekor semut yang melata! Bunuhlah dengan cara yang terbaik dan paling berhemah.
  • Dalam Islam, semasa kita hendak menyembelih haiwan pun, pisau yang hendak digunakan mestilah ditajamkan agar tidak menyiksanya.

Sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam dan kekal di dalamnya selama-lamanya.

Ingatlah, jika seluruh penduduk langit dan bumi, bergabung membunuh satu jiwa, maka semua mereka itu akan disumbatkan ke dalam neraka. Hari ini manusia dibunuh dengan sebab yang remeh temeh. Hari-hari kita mendengar berita di negara kita, berita pembunuhan yang tak sudah-sudah. Maka sudah sampai masanya undang-undang Allah ditegakkan di seluruh dunia ini, untuk menyelamatkan manusia daripada terus hancur dan musnah.

Pembunuhan rakyat Syiria oleh diktator Basar Al-Asad, puak Syiah yang sesat. Di sana anak-anak dirogol di depan ibu-bapa mereka. Anak-anak dan wanita disembelih di depan keluarga. Namun barat masih membisu. Juga di Rohingya. Pejuang demokrasi Burma, perempuan itu, tidak mengulas langsung hal itu.

Yang peliknya ada golongan tertentu di Malaysia ini, yang terpengaruh dengan Syiah dan mempertahankan tindakan ganas Al-Asad. Hati mereka telah buta dan hitam. Ulama-ulama tersohor seperti Yusuf Al-Qardawi telah mengistiharkan jihad terhadap Basar. Tetapi golongan ini...? Alamat malang sekali jika puak-puak ini terus membiak di Malaysia ini!

Sekarang Nabi kita dihina. Orang yang menghina nabi hukumannya adalah hukuman bunuh. Walaupun dia bertaubat, dia mesti dibunuh. Ingat, sekalipun dia bertaubat dia mesti dibunuh jika ditemui di mana-mana. Sebab itulah Salman Rusdie menyorok di tempat persembunyiannya sampai sekarang.

Rasulullah kini dihina melalui filem. Jika kita tidak merasa apa-apa, maknanya iman kita boleh dipersoalkan. Sekurang-kurangnya kita mestilah berdoa, agar orang-orang yang menghina nabi ini akan dihancurkan oleh Allah. Itulah yang mampu kita lakukan. Jika nak berdoa pun malas, maknanya jiwa kita telah rosak. Rasulullah adalah prioriti kita yang kedua selepas Allah! 



Isnin, 17 September 2012

KUNJUNGAN KE KELANTAN DAN TRENGGANU

Cuti tiga hari ni, kawe mengambil kesempate melawat Kelate. Rombonge sekolah ni diketuai oleh Cikgu  Zulkeflee dan Ustaz Sukran. Kawe doh 22 tahun (sejak1990) tok mari Kelate nih. Nok jugok tengok Serambi Mekoh dan nok jumpo sahabot-sahabot lamo kawe. Macam Cikgu Zul Pasir Tumbuh, Kashfi, Kayrol, Anuar Mat.Tapi raso-raso memang tak boleh jumpo semuo, disebabke lawaton ni terlalu padot
.  
DATARAN AL-QURAN KOTA BHARU

Pertama kali kawe sampai Kota Bharu, kawe sangatlah terpegun dengan segalo seni bina Islam yang ada di sini...
Dataran Al-Quran Kota Bharu
Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Negeri Kelantan

Di depan Muzium ni, ada kedai kraf ni.Budok-budok, bapok budok, emok budok semua suko masuk sini...muroh-muroh, belake kedai kraftange ni ada restoran besar, make muroh-muroh belako. Makan lauk ikan besar-besar, aneka ulam, sirap satu jag, budu, urap macam segalo, lapan orang baru RM 40. Memang dijamin sangat sedap perut kenyang sangat! Lupa nak ambik gambarnya disebabkan sangat teruja dengan kesedapan masakan di sini.


Pasar Rantau Panjang, seperti masih belum beroperasi
Ais krim Rantau Panjang. Penjualnya berpurdah namun nampak keayuannya.

Kawan-kawan ambo yang hansome dan segak semuanya di hadapan Mesjid Beijing Rantau Panjang
Asyik gambar aku, nak buat macamana?....blog aku..hahahahahah


Baju Kupu-kupu, antara yang paling banyak dijual di Kelantan termasuk di Wakaf Che Yeh yang sangat sibuk ni.
Menelusuri Wakaf Chik Yeah....10 kali ganda lebih meriah daripada pasar malam raya Di Pt Sulong

Akhirnya kawe dapat berjumpa Hj Zul, kawan kawe maso di MPTI tahun 1985-1987 dulu. Dah 25 tahun  tak jumpa Zul. Kawe sangatlah gembira walaupun cuma berjumpa tak sampai satu jam. Terima kasih sangat-sangat dengan Zul kerana berhempas-pulas nak menemui kawe di tempat penginapan di Jalan Petra Semarak.
Gambar kenangan aku dengan Zulkifli-1985 semasa sama-sama menyertai musabaqah membaca Al-Quran  
Nasi Tumpang
Inilah makanan yang diperkenalkan Zul kepada kawe
LAKSAM
Antara makanan yang kawe cari di Kota Bharu ni
Mesjid Kristal
Kawe juga dengan kawan-kawan singgah di sini
Lawatan berakhir di Mesjid Terapung
Cikgu Mohd Sahid Ismail (bertopi) berkesempatan menemui classmate lamanya di ITM dahulu di pekarangan Mesjid Terapung. Sudah 15 tahun TIDAK berjumpa sahabatnya ini.

Cikgu Jamal Adenan (bertshirt biru) menemui abangnya di Pasar Payang, Kuala Trengganu. Abangnya telah menetap di sana 30 tahun lamanya.
Delegasi wanita yang mengikuti rombongan lawatan ini. Mereka nampaknya bershoping sakan beriban-riban mak oi....! Bas sampai senget penuh dengan segala aneka periuk, toto...