Sesi persekolahan 2013 telah memasuki minggu ke empat. Mesyuarat kokurikulum telah banyak diadakan di semua sekolah. Ibarat pilihan raya, kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah membuat pilihan ketua dan jawatankuasa kelab dan persatuan masing-masing. Yang menariknya ada pelajar yang sangat yakin, mencalonkan dirinya sendiri memegang sesuatu jawatan, walaupun tiada kawan-kawan yang menyokongnya.
Jika anak kalian balik ke rumah dengan membawa berita:
- Mak, hari ni saya dilantik jadi Ketua kelas.
- Mak, kawan-kawan dah pilih abang jadi ketua pengakap sekolah
Dan lain-lain jawatan....apa reaksi anda?
Bagaimana pula jika anak anda telah memegang tiga atau empat jawatan sekali gus?
Apa kelebihan mereka aktif dalam sukan, kelab dan persatuan?
- Menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab. Ia melatih anak anda hidup berdisiplin, dan akhirnya kebaikannya perjalanan hidupnya akan berada di lebuhraya seorang bos atau ketua yang berpengaruh suatu hari nanti.
- Memudahkan dia untuk memohon ke sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah-sekolah berprestasi tinggi.
- Menanamkan keyakinan diri yang tinggi agar dapat menghadapi masa depan yang lebih gemilang.
Kesimpulan:
Jadi anggaplah jawatan atau pilihan yang anak anda terima di sekolahnya sebagai satu rahmat. Bukankah kalian juga pernah memegang jawatan sebagai pengawas, ketua, wakil bola jaring dan sebagainya sewaktu di sekolah dahulu? Kalau tidak, takkan kalian jadi ibu bapa yang begitu hebat sekarang?
8 ulasan:
setuju tu..azhan di lantik menjadi ketua darjah..dia tak nak..tapi kali ni..saya dan suami paksa juga..sbb thn lps dia dilantik jadi pengawas..dia letak jawatan..okah masa tu..sbb sekolah rendah dah lima thn jadi pengawas..pindah Ipoh..di lantik jadi pengawas juga..lps tu balik kl..di lantik jadi ketua pulak..kali ni tak bagi muka dah..kena jadi ketua..penting tu..
skrg adibah di kem PLKN di lantik menjadi ketua dorm..iman dah dua thn menjadi pengawas...itulah jawatan anak2..
MUHAMMAD nak jadi ketua dlm negara...heheh
Saya pon terpilih jadi Naib Presiden Persatuan Ibu Bapa & Pendidik Permata.
Yerlah biasa la tu dapat pegang jawatan. Saya dulu pon pernah jadi pengawas
anak sy sejak ting 1-3 masih pengawas lagi.senang baju biru x susah nak cuci
Hebat2 anak K.Nor,
Ya paling hebat Muhamad nak jadi ketua negara
Agak2 masa tu kita ada lagi tak ya..
Qashmere
Puan dipilih kerana mempunyai tokoh kepimpinan yang jitu
Mesti telah banyak mencurahkan idea dan tenaga dlm membangunkan komuniti di kawasan Qasmere
Mama Janet
Sejak MUAR jadi bandar diraja ni, amboi sibuk nampaknya...
Anak ni kalau jadi pengawas, dia nampak lebih macho, lebih ganteng.
jADI elok benarlah kalau dia terus jadi pengawas sampai Tingkatan 5
sebenarnya sangat bagus untuk pembinaan jati diri anak kita tu :)
Sdra Boni kita dulu mungkin org kuat sekolah, kurang-kurang pengerusi sebuah persatuan.
Catat Ulasan