Ingatkan sehari dua ni, aku nak biarkan blog ni tidak berusik. Entah kenapa tiba-tiba aku tidak dapat melelapkan mata. Jam telah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Bagi pelajar universiti, tak dapat tidur malam adalah perkara lumrah.
Malam ni memang sunyi sangat. Langsung tiada suara. Cengkerik-cengkerik pun agaknya dah pupus di kediaman aku ini. Kenderaan yang lalu pun bagai tiada, atau telinga aku semakin tuli?
Teringat pagi tadi, seawal jam 7.00 pagi aku melayan anak lelaki aku ni ke sini. Kampung ni damai sekali. Selalunya waktu petang ramai orang memancing di sini. Aku biarkan dia sorang-sorang memancing. Aku membawa netbook aku untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah aku. Rajinlah kononnya, pada hal buat kerja last minute. Guru Besar baru aku ni nampak begitu komited, jadi aku kena siap sedia. Program kecemerlangan mesti disiapkan secepat mungkin. Barangkali dalam ketenangan di desa ini, aku dapat idea-idea baru.
Agaknya ikan haruan yang biasa menyambar-nyambar di sini masih beradu di gua masing-masing. Akhirnya, Irfan pulang dengan kehampaan. Namun dia telah dapat testing pancing barunya. Banyak tempat aku dah ajak dia memancing, pantai Minyak Beku, pantai Penyabung, pantai Sri Menanti.....biasanya dapat sekor dua sahaja. Tetapi pagi tadi, benar-benar kosong...kosong...kosong. Yang penting kerja-kerja aku dah selesai, tinggal print.
Jam 7.00 pagi berhampiran Kilang Muncyhs
Berjaga malam-malam, hati menjadi tenang. Banyak-banyaklah berzikir, dan mendoakan kesejahteraan ahli keluarga kita,saudara-mara kita,sahabat-sahabat kita agar kita semua sentiasa dilindungi Allah setiap ketika dan waktu. Semoga iman kita sentiasa terpelihara.
Membaca akhbar dan menonton televisyen,juga berita-berita internet. Hati ini sangat takut akan situasi sekarang yang kian menggila. Berita-berita jenayah, kemalangan, masalah rumahtangga tiada sudahnya. Semoga kita tetap berada di atas jalan Allah.
Banyak-banyaklah bersedekah dan membantu orang lain dalam hidup kita. Kerana sumbangan yang kita berikan kepada orang-orang yang memerlukan dan juga untuk jalan Allah itu akan berkata;
"Dulu kamu yang jaga aku, tetapi sekarang aku yang menjaga kamu" Sedekah berkata-kata.
Sebab tu semasa dalam perjalanan,eloklah berhenti di mana-mana surau dan mesjid, dan dermalah seikhlasnya, setulusnya semata-mata kerana Allah, semoga perjalanan kalian akan dilindungi daripada segala petaka yang tidak terduga.
3 ulasan:
dah macam cerpen pendek pula..rasa ketenangannya..
itu parit ye..best berkubang tu..
Ye la dah macam baca novel lak
Mat Som duduk dekat area endau rompin ke. Saya dulu selalu ke Kampung Penyabung tu. Suka sangat ke indahan pantai dia.
Catat Ulasan