Sabtu, 19 Januari 2013

KALIMAH ALLAH MESTI DIPERTAHANKAN

Tidak kira apa parti politik anda, mestilah bersatu hati bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain di Malaysia, kerana mereka akan menggunakan ini bagi dakyah agama mereka ke atas kita.  


Adalah sangat menyedihkan apabila ada pihak yang menjadi jurucakap pihak agama mereka, yang mewajarkan penggunaan kalimah Allah dalam agama mereka, termasuk Dr Maza. Saya tanya Dr Maza, apa untungnya kita orang Islam, dengan membenarkan kalimah Allah ini di kalangan mereka? Sila jawab...berapa ramai orang yang telah anda Islamkan?

Jika anda orang UMNO, harus akur dengan keputusan yang dibuat oleh mufti-mufti. Jika anda orang PAS, anda mesti akur dengan Majlis Syura PAS khasnya pandangan oleh Dr Haron Din. Pendapat ahli politik, usah diambil kira kerana mereka bercakap untuk kepentingan puak masing-masing.  

Jika di Indonesia hendak dijadikan panduan, lihatlah apa yang berlaku. Bala demi bala tidak pernah hentinya berlaku di sana. Adakah kita hendak menerima kemurkaan Allah?

Kalimah Allah bukan isu politik, tetapi satu ancaman besar sedang menanti kita. Amat malangnya kita, ketika kita sedang digugat, kita masih berbicara soal politik sempit masing-masing. Kejadian beberapa individu menyebarkan kitab Injil di depan sekolah itu membuktikan, mereka mula berani mencabar kita, kerana kita masih bercakaran sesama sendiri.  


2 ulasan:

Unknown berkata...

ni bukan soal boleh ke tak boleh.. tapi soal kekeliruan yang bakal timbul dan kesan, akibat kepada jati diri, pegangan dan macam2 lagi.. usah terlalu obses dengan politik..

Cute Oven berkata...

saya menyokong kenyataan saudara... kita sama sama pertahankan

melihat senario politik hari ini cukup menjengkelkan...