Rabu, 23 Januari 2013

DILEMA TINGKATAN 6

Laluan kerjaya guru Tingkatan 6 telah dinaik taraf sejak tahun 2008. Mereka menikmati kenaikan pangkat secara 'fast track' dari DG41 ke DG44/48/52. Waktu mengajar dan beban kerja juga bertambah setiap tahun. Sepatutinya Tingkatan 6 diasingkan dan dinaik taraf menjadi Junior Kolej seperti Matrikulasi. Untuk menggalakkan lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Kita harus memastikan pelajar mendaftar sendiri untuk terus belajar di Tingkatan 6.

Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah patut mempermudah proses pendaftaran masuk ke Tingkatan 6 bagi pelajar tamat SPM.

Apa itu Sistem Modular?


Menurut Kamus Dewan ‘unit atau bahagian tersendiri lengkap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar’. Modular dalam bahasa Inggeris  decentralize  – mengagihkan kuasa pusat, pemindahan kuasa pusat ke daerah.Decentralizationpengagihan kuasa pusat.

Mulai tahun 2012 Sistem Modular dan Tri-Semester dilaksanakan di Tingkatan 6. KPPK telah menerima pelbagai pandangan dan cadangan tentang dasar baru itu. Antara perkara-perkara yang sering dikemukakan oleh Guru Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

 Imej: kredit http://abihulwa.blogspot.com

Pandangan:
  1. Menyokong pembaharuan sistem peperiksaan STPM menggunakan format baru.
  2. Pentaksiran format baru lebih memudahkan pelajaran dan tidak membebankaan mereka.
  3. Satu bentuk penilaian yang lebih adil dan saksama kerana dinilai sepanjang tahun.
  4. Guru mungkin tertekan dan kebimbangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Ini mungkin berlaku pada tahun 2012, tetapi guru telah bersedia pada tahun 2013.
  5. Sistem Penilaian baru STPM secara modular merupakan satu kaedah yang lebih adil, mudah dan saksama kepada pelajar khasnya kumpulan yang mempunyai pencapaian sederhana dalam akademik tetapi berpotensi.
  6. Pelajar dapat membaiki keputusan setiap penggal.
  7. Pelaksanaannya adalah terlalu drastik.
  8. Kemudahan fizikal dan prasarana tidak mencukupi seperti bilik tutorial, dewan tutorial dan peralatan yang diperlukan untuk sistem modular  
Cadangan:

  1. Kerja kursus bukan pada akhir tahun tetapi diawalkan supaya pelajar berpeluang membaiki kelemahan diri sekiranya didapati hasil kerja tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran.
  2. Sistem penilaian digubah mengikut 100% berikut. 50% laporan, 40% tugasan dan 10% kokurikulum.
  3. Menubuhkan badan khas Penilaian Calon yang berintegriti tinggi, kemampuan menyediakan kertas soalan dan meyakinkan pemantauan untuk mengenal pasti kualiti dan standard STPM terjamin dan diiktiraf oleh institusi luar negara dengan menggunakan Penilaian Secara Modular.
  4. Jumlah pemeriksa ditambah untuk mengurangkan beban kerja.
  5. STPM baru kekal sebagai satu peperiksaan rasmi yang berprestij dan bermutu tinggi.
  6. Isu 'Plagirisme' oleh pelajar mesti ditangani dengan bijaksana.
  7.  Laporan dan cadangan oleh Buletin KPPK OKTOBER 2012 

Tiada ulasan: