Selasa, 8 Januari 2013

CIRI-CIRI GADIS YANG BERPOTENSI UNTUK DIKECEWAKAN

Memang kecantikan jadi pilihan utama lelaki. Itu lumrah, tiada siapa yang dapat menafikannya. Dari zaman Qabil, sampailah dunia akhir zaman ini. Namun jika anda berwajah cantik bak Neelofa pun, tetapi anda memiliki ciri-ciri di bawah, anda juga akan disingkirkan sebagai CARTA HATI para pemuda.

GADIS CANTIK 
Subhanallah....Untungnya jadi orang cantik

Siapakah gadis-gadis yang berpotensi untuk disingkirkan oleh lelaki idaman itu? Mereka ialah:   

1. Gadis Yang Dominan-Lelaki memang suka kepada gadis yang cergas, aktif sama ada dalam memberikan pendapat atau dalam kehidupan seharian. Bukan gadis yang lemah longlai, lurus bendul, tidak matang dan keanak-anakan. Namun mereka tidak mahu dengan gadis yang nampak begitu dominan. Ini kerana ditakuti mereka berpotensi menjadi isteri yang queen kontrol apabila berkahwin dengan gadis seperti ini. Lelaki sangat bimbang jika kehidupan mereka dikuasai wanita.
  

2. Gadis Yang Hidup Seperti Puteri Raja- Manja dan suka kepada kemewahan sangat ditakuti oleh lelaki. Pasti mereka gusar jika anda suka singgah di kedai emas dan membelek-belek barang kemas bertatahkan berlian. Atau anda enggan untuk makan di warung mamak. Setiap kali dating mesti nak makan di restoran berhawa dingin atau di hotel. Jika lelaki itu memang anak orang kaya raya tak kisahlah. Ni tidak, adik-adik kat kampung mintak duit pun tak dapat beri, inikan pula makwe nak beg tangan Charles Jourdan. Tentu dia asyik kecut perut saja....

3. Gadis Yang Suka Mengeluh- Gadis yang suka mengeluh juga akan ditinggalkan oleh pasangannya. Semua dijadikan keluhan, tempat kerja, kawan sebilik, kucing yang suka buang air, bos yang cerewet, pendek kata mengeluh mesti menjadi agendanya. Hidup biarlah happy. Membahagiakan dan mencerikan situasi di mana-mana, terutama pasangan anda.

4. Gadis Yang Suka Mengkritik - Siapalah suka dikrritik? Ini tak betul. Itu tak betul. Dia seorang yang betul. Ditakuti besok apabila dah kahwin, emak mertua dan ayah mertua semua dikata tak betul. Orang yang suka mengkritik dan tak puas hati 24 jam ni elok duduk dengan tarzan dan monyet kat hutan tu.

5. Gadis  Yang Suka Menyindir - Lagi pedih daripada yang suka mengkritik tadi, bunyi macam berbudi bahasa ...lembut aje...rupa-rupanya kena sindir, berdesing. Pernahkan kena sindir? Begitulah lelaki kalau kena sindir, mereka terus tinggalkan anda. Tak percaya, cubalah buat.

6. Gadis Yang Tidak menghormati orang tua- Kenalah hormat apabila jumpa orang tua, terutama bakal mentua. Kelakuan anda akan dinilai oleh pasangan anda.

7. Gadis Yang Pengotor- Pengotor bukan sahaja di rumah, tetapi juga di luar. Bagaimana nak tau dia pengotor atau tidak? Orang yang pembersih, dia akan sentiasa bersih, tujuh hari tujuh malam. Kalau dia pernah tercerita, pagi tadi malas nak mandi, semalam lupa nak gosok gigi, tulah antara tanda-tanda dia seorang pengotor. Boleh siasat dengan kawan serumahnya....

Banyak lagi ciri-ciri yang sepatutnya disenaraikan, tetapi cukuplah setakat itu.
Ok ....itu aje entri aku malam ni....yang tak puas hati sila buat bantahan di ruangan komen di bawah. Ciri-ciri lelaki yang bakal dikecewakan biarlah blogger wanita yang mengarangnya....

3 ulasan:

dekdaa berkata...

Uiii takut eh kalau ada ciri-ciri camni.
Harap-harap tak ada la hu hu hu.

boni kacak berkata...

hahaha.. baiklah..saya setuju sangat2 dengan ciri2 di atas.. memang sewajarnya ditinggalkan..hehehe

Kayu Manis berkata...

lupakan aje..tapi kalau dah jodohnya..aturlah dia utk menjadi yg solehah..hidayah milik ALlah