MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 29 April 2011

PASAR IKAN PARIT JAWA, MUAR

Kau nak ikan apa, semua ada. Ikan Yu pun ada!

Aku hari ni sempat mengunjungi Pasar Awam Parit Jawa. Memang ikan-ikannya Fresh dan ada pelbagai spesis ikan dijual di sini. Peniaganya pun tak macam pasar awam Batu Pahat, memanggil pelanggan macam apa. Peniaga di Pasar Batu Pahat sudah pada tahap MEMAKSA orang beli ikan mereka terutama kalau kita datang pada sebelah petang. Peniaga di Pasar Ikan Parit Jawa tidak, mereka sekadar tersenyum, dan kita bebas membuat pilihan. Peniaga pun ramai, rasanya dekat 30 gerai.

TERUNG PUTIH

Hanya dua gambar ini sahaja yang sempat aku upload, bisnes tengah nak meletup ni...busy sikit. Malam ni sambung...






OK.....! Baru balik Karfour ni cari buku budak-budak ni..
Parking dahlah susah, hujan pulak malam ni. Hujan Rahmat...
Begitulah Pasar Parit Jawa adanya, maka di situlah berkumpulnya segala ikan, yang sebahagiannya daku tiadalah tahu akan namanya.

Adapun ikan kembung besar ini berharga RM 11.00 sekilo. Kalau beli ikan di Parit Sulong, seringkali ikan tu dah pecah perutnya. Tu yang kadang-kadang aku sanggup berlaukkan telur goreng dengan bilis hitam goreng 


Apa nama ikan ini? Lupalah pulak..teruk betul aku ni

Tak payahlah saya jawab soalan Mummy Gee....gambar ini telah
memaparkan harga Ikan Parang di Pasar Parit Jawa ni.

Udang.....

Sotong ni berharga RM 14.00 sekilo. Manis dan sedap. Aku beli setengah Kilo.
Katanya tak payah kupas-kupas dah boleh masak. Sotong apa ntah? Kecik je saiznya. 

Ikan kecil ada! Ikan besar pun ada!

Jual ikan pun dah guna teknologi siber...hebat.
Jual ikan melalui Facebook ka Amoi?

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

ikan parang berapa sekilo?

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kat Pt. Jawa tu, ada satu restoran seafood, muka tokey dia ada iras2 muka Mak (FIL aku yg ckp). Makcik tu masak lokan sedap sgt... teringat2 aku sampai skrg.

Mama Miraki berkata...

bestnya tengok ikan2 tu....nampak segar....bestnya...saya sangat2 suka ikan2 segar...lebih2 kalau dia masih bernyawa-nyawa ikan..hehehe...

azana berkata...

manyak nya... cikgu nak masak ke...hehe

MAT SOM berkata...

Mummy Gee,
Ikan Parang RM 22 sekilo..

Miss Miror
Dah banyak kali aku makan
kat Pt Jawa, tak ada jumpa plak
muka macam mak tu

Mama Miraki
Ikan yg nyawa2 ikan kenalah tunggu bot nelayan kat jeti

Azana
Saya beli untuk menu seminggu
Jimat minyak kreta pegi pasar

Lupa pulak nak bagi tau kalian
PASAR IKAN DI PT JAWA DITUTUP PADA 1 HB DAN 15 HB SETIAP BULAN. UNIK KAN?