MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 7 Oktober 2011

RAMUAN BAJET 2012

SEMUA MURID SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH TAHUN 1-TINGKATAN 5
 AKAN DAPAT RM 100 SEBAGAI PERBELANJAAN SEKOLAH AWAL TAHUN 2012
  1. Bekas anggota balu, zaman darurat, seperti Homeguard akan terima  RM 3000. (Emak aku tak dapat, dah banyak kali mohon, sebab...ayah aku masa tu guna nama lain, jauh sangat, nama asal arwah).
  2. Yuran pendidikan menengah dan rendah dimansuhkan. (Ingat...ni rasanya yuran yang RM 24.00 tu..... buku tulis, buku-buku kerja, Yuran PIBG, alat tulis, dan lain-lain tetap kena bayar...takut pulak cikgu-cikgu kena marah apabila mintak duit tersebut awal tahun 2012 nanti...). Jadi kerajaan juga akan beri RM 100 kepada setiap pelajar sekolah menengah dan rendah bagi perbelanjaan persekolahan yang tersebut.
  3. Umur persaraan wajib dilanjutkan ke 60 tahun...(Ini aku tak sanggup, aku tetap pencen 56 tahun. Akan adalah nanti kaki tangan yang meninggal semasa bertugas. Ramai yang asyik MC sajalah. Naik tangga empat tingkat termengah-mengah. Kalau sekolah ada lift okeylah juga).
  4. Warga emas tak perlu bayar pendaftaran di klinik dan hospital kerajaan.
  5. Warga emas dapat diskaun 50% kalau naik LRT.
  6. Bonus setengah bulan gaji lagi kepada seluruh kaki tangan kerajaan, yang akan dibayar pada bulan Disember nanti. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

7 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Alhamdulillah...jadi le 1/2 bonus hujung tahun.

MAT SOM berkata...

SYUKUR.....dapat MENGURANGKAN beban yg ada. Dah nama dia kaki tangan kerajaan kenalah mintak dgn dia, kalau tak kpd siapa lagi nak mengadu? Takkan nak mintak dgn CEO AIR ASIA atau CEO MUNCHYS? Majikan kita bagi bonus, sukalah kita.

cinnamon.com berkata...

cikgu pun seronok juga la kan..

oittt!!!sekolah atap jeee!!! berkata...

1.untuk mak som!
2.dia akan dapat bonus 500 !
3.dia akan dapat kenaikan gaji 7-13%
4.anak-anak dia akan dapat belanja sekolah 100!
5.dia akan dapat naik gred 34!
6.gaji maksimum dg 34 naik dari 3000++ kepada 5000++!!
7.dia akan pencen pada umur 60!jangan silap cari sekolah nanti ya mak som!terlupa!

MAT SOM berkata...

Cinnamon
Seronok ...seronok

MAT SOM berkata...

Alhamdulillah.....bagus juga ada pembangkang, barulah ada persaingan. Kita yg dapat manfaat. Patutnya dah lama kjaan buat macam tu. Brunei lama dah jadi kerajaan berkebajikan.

Kak Kay berkata...

peruntukan untuk surirumah sepenuh masa cam saya ni tak de ke?... alamak , lupa lah nak tanya Najib ari tu....hehehe...